KEMBARA CINTA RASUL OFFICIAL

KEMBARA CINTA RASUL OFFICIAL "Menggilap Fitrah Insan, Menuju Cinta Hakiki"

Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Ust. Haji Awang Juri bin Awang Tah...
20/02/2026

Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Ust. Haji Awang Juri bin Awang Tahir atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Semoga Allah SWT memberkati amanah yang dipertanggungjawabkan, mengurniakan kebijaksanaan dalam kepimpinan serta memberikan kekuatan untuk terus memacu kecemerlangan pengurusan hal ehwal Islam di Negeri Sabah.

Sesungguhnya pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap keilmuan, pengalaman serta komitmen berterusan dalam memperkasa syiar Islam demi kesejahteraan ummah.

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada:
Keluarga Besar Kembara Cinta Rasul

📢 *HEBAHAN DOA BERSAMA — PRAY FOR SANDAKAN* 🤲🏻Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Marilah kita bersama-sama menad...
20/02/2026

📢 *HEBAHAN DOA BERSAMA — PRAY FOR SANDAKAN* 🤲🏻

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon kepada Allah SWT agar diberikan perlindungan, keselamatan dan rahmat buat seluruh warga Sandakan yang sedang diuji dengan musibah banjir. Semoga segala urusan dipermudahkan, mangsa diberikan kekuatan serta keadaan kembali pulih seperti sediakala.

*Doa:*
اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالْآجَامِ وَالظِّرَابِ وَالْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

*Maksud:*
“Ya Allah, turunkanlah hujan ini di sekeliling kami dan bukan menimpa ke atas kami. Ya Allah, curahkanlah hujan ini di tempat-tempat tinggi, gunung-ganang, bukit-bukit, lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan.”

Semoga Allah SWT mengangkat segala kesulitan dan menggantikan dengan kebaikan yang lebih besar.
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻




JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA 1447H / 2026M 🌙Assalamualaikum wbt.Untuk makluman semua, berikut dikongsikan Jadual W...
19/02/2026

JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA 1447H / 2026M 🌙

Assalamualaikum wbt.

Untuk makluman semua, berikut dikongsikan Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa bagi Zon 1 Bahagian Sandakan (Timur): Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Semawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam sebagai panduan kita sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita membuat persiapan ibadah dengan lebih teratur serta memanfaatkan bulan penuh keberkatan ini dengan sebaiknya.

✨ Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H

Semoga segala amalan kita diterima Allah SWT dan Ramadan kali ini menjadi yang terbaik buat kita semua.

📌 Mohon kongsikan kepada keluarga dan sahabat yang memerlukan.


/2026M

SALAM RAMADAN 1447H/2026M 🌙Alhamdulillah, kita bakal memasuki bulan yang penuh keberkatan, bulan Ramadan Al-Mubarak. Sem...
18/02/2026

SALAM RAMADAN 1447H/2026M 🌙

Alhamdulillah, kita bakal memasuki bulan yang penuh keberkatan, bulan Ramadan Al-Mubarak. Semoga Allah SWT memanjangkan usia kita untuk bertemu dengannya serta memberikan kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan.

Sebagai peringatan bersama, berikut disertakan bacaan niat puasa Ramadan sama ada niat sebulan mahupun niat harian untuk diamalkan. Semoga dengan niat yang betul, ibadah kita menjadi lebih sempurna dan diterima oleh Allah SWT.

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga mendidik jiwa agar lebih sabar, memperbanyakkan amal ibadah, memperbaiki akhlak, serta meningkatkan hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia.

📌 Marilah kita manfaatkan bulan mulia ini dengan:
• Memperbanyakkan doa dan istighfar
• Membaca dan mentadabbur Al-Quran
• Bersedekah dan membantu yang memerlukan
• Menjaga solat fardhu dan memperbanyakkan solat sunat
• Menjaga lidah, hati dan perbuatan

Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka buat kita semua. Aamiin 🤲🏻

Silakan kongsikan sebagai peringatan bersama agar lebih ramai mendapat manfaat.

✨ Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak ✨

Ikhlas daripada:
Kembara Cinta Rasul Official

SELAMAT MEMPERINGATI PERISTIWA ISRA & MIRAJ🌙📅 17 Januari 2026 | 27 Rejab 1447HSemoga peristiwa agung ini menjadi peringa...
17/01/2026

SELAMAT MEMPERINGATI PERISTIWA ISRA & MIRAJ🌙

📅 17 Januari 2026 | 27 Rejab 1447H

Semoga peristiwa agung ini menjadi peringatan dan penguat iman buat kita semua, khususnya dalam menjaga solat sebagai tiang agama serta memperkukuh hubungan kita dengan Allah SWT.

Tulus ikhlas daripada,
Keluarga Besar Kembara Cinta Rasul

Assalammu'alaikum Keluarga Besar Kembara Cinta Rasul📌Program Jalinan Ukhuwah KCR30 akan di adakan pada ketetapan :Tarikh...
09/01/2026

Assalammu'alaikum Keluarga Besar Kembara Cinta Rasul

📌Program Jalinan Ukhuwah KCR30 akan di adakan pada ketetapan :

Tarikh : 16 - 17 Januari 2026
Masa : 04.00pm - 11.00am
Tempat : Masjid Daerah Sandakan

📌Program adalah bermalam...

👉🏻Sila pastikan ahli keluarga tahu
👉🏻Sila bawa pakaian yang mencukupi

Untuk mendaftar boleh tekan link di bawah ⤵️⤵️⤵️⤵️

https://docs.google.com/forms/d/1RcRygDgPzVcG-SxoddZ2z61XSN0D5x2HRyP6RHxuE3c/edit

Address

Masjid Daerah Sandakan
Sandakan
90000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMBARA CINTA RASUL OFFICIAL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to KEMBARA CINTA RASUL OFFICIAL:

Shortcuts

Share