TV 60s

TV 60s Jommm follow page ni!.. Hamzah Ali is the founder, chairman, and CEO of TV 60s, ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

๐’๐€๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐ ๐๐€๐•๐˜ ๐…๐‹๐„๐„๐“ ๐‘๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โš“๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฑ๐—ž๐—  ๐—™๐—จ๐—ก ๐—ฅ๐—จ๐—ก ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ซ๐ข๐›๐ฎ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š!โš“ ๐‘๐š๐ฌ๐š๐ข ๐ฌ๐ž๐ง๐๐ข๐ซ๐ข ๐š๐ฎ๐ซ๐š ๐๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ ๐š๐ญ ๐“๐‹๐ƒ๐Œ!๐Ÿ… ๐ƒ๐š๐ฉ...
03/09/2026

๐’๐€๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐ ๐๐€๐•๐˜ ๐…๐‹๐„๐„๐“ ๐‘๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โš“

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฑ๐—ž๐—  ๐—™๐—จ๐—ก ๐—ฅ๐—จ๐—ก ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ซ๐ข๐›๐ฎ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š!
โš“ ๐‘๐š๐ฌ๐š๐ข ๐ฌ๐ž๐ง๐๐ข๐ซ๐ข ๐š๐ฎ๐ซ๐š ๐๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ ๐š๐ญ ๐“๐‹๐ƒ๐Œ!
๐Ÿ… ๐ƒ๐š๐ฉ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐›๐š๐ฃ๐ฎ & ๐ฆ๐ž๐๐š๐ฅ ๐ž๐ค๐ฌ๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐Ÿ!
๐ŸŽ ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐ข ๐ก๐š๐๐ข๐š๐ก ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐œ๐š๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐ฎ๐š๐ก!
๐Ÿ”ฅ ๐๐ž๐ฅ๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐š๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ซ๐ข๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐ญ๐ข ๐š๐ง๐๐š!

๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐๐š๐ซ ๐ฅ๐š๐ซ๐ข๐š๐ง - ๐ข๐ง๐ข ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐š ๐“๐‹๐ƒ๐Œ

โœจ ๐Ž๐๐„ ๐‘๐”๐. ๐Ž๐๐„ ๐…๐‹๐„๐„๐“. ๐Ž๐๐„ ๐„๐—๐๐„๐‘๐ˆ๐„๐๐‚๐„.โœจ

๐Ÿ“ ๐’๐š๐ง๐๐š๐ค๐š๐ง, ๐’๐š๐›๐š๐ก
๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿ“ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ)

๐Ÿšจ ๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘ ๐’๐„๐Š๐€๐‘๐€๐๐†!๐Ÿšจ
๐Ÿ‘‰ https://sandakannavyfleetrun.onpay.my/order/form/daftarsnfr2026

๐Ÿ“ฆ ๐“๐š๐ค ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ก๐š๐๐ข๐ซ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐›๐ข๐ฅ ๐‘๐ฎ๐ง๐ง๐ข๐ง๐  ๐Š๐ข๐ญ?
Jangan risau! ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฉ๐จ๐ฌ ๐ญ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ ๐๐ข๐ฌ๐ž๐๐ข๐š๐ค๐š๐ง bagi yang berminat mendapatkan Running Kit.

๐Ÿ ๐‰๐”๐Œ๐๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐†๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐Œ๐”๐‹๐€!โš“๐Ÿ”ฅ

Sumber : Markas Wilayah Laut 2

โ€œApa yang ada di sini?โ€Mungkin itulah soalan pertama yang terlintas di fikiran seorang pelancong ketika berhenti di sini...
03/09/2026

โ€œApa yang ada di sini?โ€

Mungkin itulah soalan pertama yang terlintas di fikiran seorang pelancong ketika berhenti di sini. Jangan kan pelancong, kita warga local pun rasa pelik..hehehe ๐Ÿ˜‚

Dan menariknya, jawapannya bukan sekadar sebuah stesen bas.

Stesen bas mesra pelancong pertama di Sandakan ini telah siap dibina oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), lengkap dengan peta serta penerangan mengenai Jejak Warisan Sandakan. Projek ini menerima peruntukan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di bawah Program Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Naik Taraf (PPUN).

Lokasinya p**a berada di antara Sabah Hotel dan Jalan Istana/Bulatan Menara Jam Jaycee yelaaa tidak jauh daripada kawasan yang menyimpan sebahagian daripada wajah dan sejarah lama Sandakan.

Lagi pun laluan ni sebenarnya disukai para pelancong yang menginap di Sabah Hotel kalu nak turun pusat bandar jalan-jalan. Di sini, seorang pelancong boleh berhenti seketika, melihat peta dan mula mengenali apa yang ada di sekelilingnya.

Kadang-kadang, sejarah perlu dihidupkan kembali melalui kaki kita sendiri yakni dengan berjalan, melihat dan merasai bandar itu.

Sebab itu kemudahan seperti ini sebenarnya boleh menjadi lebih daripada sekadar tempat menunggu bas. Cuma lagi bagus, laluan itu kena mesra pejalan kaki laluan dari Sabah Hotel itu sendiri sampai la ke laluan jejak Warisan itu sendiri.

Bus stop pelancong

Dulu aku selalu duduk-duduk di sini, sementara menunggu ayah dan ibu selesai berbelanja di dalam.Mungkin masa itu aku be...
02/09/2026

Dulu aku selalu duduk-duduk di sini, sementara menunggu ayah dan ibu selesai berbelanja di dalam.

Mungkin masa itu aku belum begitu ambil tahu pun tentang urusan membeli barang dapur. Aku pun bukan jenis yang pandai mengambil kesempatan bila orang tua berbelanja yakni minta itu, minta ini. ๐Ÿ˜„

Sebaliknya, perhatian aku lebih banyak tertumpu kepada apa yang ada di luar.

Suara peniaga memanggil pelanggan.
Orang keluar masuk sambil membawa beg barang dapur.

Entah kenapa, benda-benda kecil begitu yang lebih menarik perhatian aku. Mungkin ketika itu aku tidak sedar bahawa aku sebenarnya sedang menyimpan kenangan.

Yaโ€ฆ mungkin memang begitu.Ada benda dalam hidup yang kita boleh perjuangkan, dan ada benda yang akhirnya kita cuma mampu...
02/09/2026

Yaโ€ฆ mungkin memang begitu.

Ada benda dalam hidup yang kita boleh perjuangkan, dan ada benda yang akhirnya kita cuma mampu terima sebagai sebahagian daripada putaran masa.

Kedai datang dan pergi.
Orang yang dulu memenuhi jalan-jalan itu pun semakin berusia, membawa kenangan masing-masing.

Kita p**a terus berjalan.

Bukan bermaksud kita tidak sayang masa lalu. Cuma kita tidak mampu memaksa masa untuk berhenti.

Mungkin yang paling baik ialah kita teruskan hidup yang ada yakni hargai apa yang masih tinggal, simpan apa yang pernah bermakna, dan kalau ada kesempatan, kita cuba tinggalkan sesuatu yang baik untuk generasi selepas kita.

Sebab akhirnya, kita semua cuma sedang melalui satu putaran.

Yang semalam menjadi kenangan.
Yang hari ini menjadi cerita.
Dan yang esokโ€ฆ akan menjadi kenangan kepada orang lain p**a.

Hari ini 31 Ogos ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSalam Kemerdekaan Negara kita, Malaysia yang ke-69 dan hari ini juga kita menyambut Hari Sabah yang k...
31/08/2026

Hari ini 31 Ogos ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Salam Kemerdekaan Negara kita, Malaysia yang ke-69 dan hari ini juga kita menyambut Hari Sabah yang ke-63.

Adik tidak mahu bercakap panjang lebar tentang ucapan kemerdekaan. Cukuplah satu harapan kecil yakni semoga ada sesuatu yang lebih baik daripada semalam untuk tanah tempat kaki ini berpijak dalam radius 30 kilometer yang kita lalui siang dan malam.

Sandakan bukanlah sebuah daerah yang kecil di mata dunia. Daerah ini sentiasa ada dalam perhatian orang luar. Lihat sahaja kedatangan Mat Salleh dari serata tempat yang semakin mengenali dan mengunjungi Sandakan.

Cuma kadang-kadang kita terlalu lama bernostalgia dengan kegemilangan yang pernah kita ada.

Kita selalu bercerita tentang Sandakan yang dahulu, tetapi mungkin kurang bercerita tentang Sandakan yang mahu kita bina selepas ini.

Atau mungkin kita sebenarnya mahu bergerak, tetapi belum cukup kuat untuk melangkah kerana warganya sendiri masih belum nampak dengan jelas ke mana arah tuju daerah ini dan apakah pelan besarnya.

Kalau pelan pembangunan itu memang sudah ada, mungkin warga perlu lebih banyak tahu. Bukan kerana kita mahu mempertikaikan kemampuan yang ada, tetapi kerana rakyat juga perlu melihat harapan yang sedang dibina.

Kita tidak mahu terus hidup dengan nostalgia.

Kita mahu mencipta nostalgia baharu untuk generasi selepas kita.

Entahlah...

Kita jalan jelaaa.
Pelan-pelan pun tidak apa. Asalkan masih bergerak, masih berharap dan masih percaya bahawa tanah tempat kita berpijak ini boleh menjadi lebih baik daripada semalam. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69.
Selamat Hari Sabah ke-63.

Mungkin sudah tiba masanya Sandakan tidak hanya menjadi penonton kepada acara-acara besar yang berlangsung di Negeri ini...
30/08/2026

Mungkin sudah tiba masanya Sandakan tidak hanya menjadi penonton kepada acara-acara besar yang berlangsung di Negeri ini.

Sekali-sekala, biarlah Sandakan p**a menjadi pentasnya.

Bawalah semula kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sabah ke daerah ini.

Mungkin sudah lama jalan-jalan di pusat bandar ini tidak menyaksikan lautan manusia yang berkumpul, kibaran bendera, bunyi paluan dan barisan perarakan yang memenuhi jalan raya.

Anak-anak muda Sandakan hari ini juga berhak merasai kemeriahan itu.

Kami yang terdahulu pernah merasainya.
walaupun bukan sebagai peserta,
kami berdiri di tepi jalan,
menunggu perarakan melintas,
melihat kereta berhias,
mendengar sorakan dan muzik,
dan membawa p**ang kenangan yang masih diingati hingga hari ini.

Kini mungkin tiba masanya generasi baharu p**a diberikan kenangan yang sama.

Biar mereka suatu hari nanti boleh berkata:

โ€œAku pernah berdiri di tepi jalan pusat bandar Sandakan, menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan.โ€

Sandakan juga mampu.
Sandakan juga layak.
Dan Sandakan juga ingin merasainya semula.

Hujung minggu di sekitar Sejati Walk dan Pasaraya Besar Mydin kali ini memang bukan kaleng-kaleng. Kawasan ini dihimpunk...
29/08/2026

Hujung minggu di sekitar Sejati Walk dan Pasaraya Besar Mydin kali ini memang bukan kaleng-kaleng. Kawasan ini dihimpunkan dengan pelbagai booth yakni daripada makanan dan minuman, pakaian, produk tempatan hinggalah pelbagai aktiviti yang menjadikan suasana meriah sepanjang hari.

Yang paling menarik perhatian ialah dua pentas besar yang berdiri begitu hampir antara satu sama lain.

Sebelah pentas untuk Food Festival, manakala sebelah lagi menjadi pentas untuk Program Gegar Seri Semantan.

Bayangkan apabila kedua-duanya berlangsung serentak yakni muzik berkumandang, pengacara rancak berbicara, persembahan silih berganti, sementara orang ramai p**a bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Memang terasa hidup suasana Sandakan hujung minggu ini!

Apa pun, kita harap warga Sandakan terus memberikan sokongan kepada program-program yang dianjurkan di sekitar Sandakan kita. Sama ada festival makanan, program komuniti, jualan, hiburan atau aktiviti keluarga, setiap penganjuran sebenarnya turut membantu menghidupkan suasana bandar dan memberi peluang kepada para peniaga tempatan.

Mari kita meriahkan Sandakan bersama-sama.

Alhamdulillah, hujung minggu ini Sandakan dihiasi dengan pelbagai program dan aktiviti di sana sini. Sama ada di pusat b...
27/08/2026

Alhamdulillah, hujung minggu ini Sandakan dihiasi dengan pelbagai program dan aktiviti di sana sini. Sama ada di pusat bandar, bandar-bandar satelit mahupun kawasan tumpuan awam, kita masih dapat melihat warga Sandakan memberikan sokongan apabila ada usaha mempertemukan masyarakat dengan para peniaga dan aktiviti komuniti.

Hari ini, warga Sandakan sendiri semakin banyak memainkan peranan menghidupkan suasana daerah in yakni berniaga di tepi jalan, taman, kat bandar satelit, join event, membuka meja kecil mahupun menjadikan bonet kereta sebagai ruang berniaga. Kecil atau besar, semuanya memberi warna kepada kehidupan Sandakan.

Cuma dalam kemeriahan itu, aspek peraturan dan keselamatan jangan dilupakan. Aktiviti perniagaan perlulah mendapat kebenaran serta lesen yang sewajarnya daripada pihak berkuasa tempatan atau pemilik kawasan. Bagi peniaga makanan p**a, aspek kebersihan perlu diberi keutamaan, termasuk mendapatkan sijil pengendalian makanan dan suntikan yang diwajibkan.

InshaAllah, jika suasana seperti ini terus berkembang, warga Sandakan akan terus menyokong warga sendiri yakni lebih-lebih lagi apabila sesuatu kawasan itu mempunyai vibe yang menarik, santai dan menjadi tempat orang datang untuk menikmati suasana serta โ€œhealingโ€.

Di sinilah pentingnya peranan PBT dan pihak-pihak berkaitan. Bukan sekadar mengawal, tetapi turut mencipta ruang yang teratur dan selamat untuk rakyat berniaga, berkarya dan berkumpul. Wakil rakyat dan pemimpin setempat juga boleh memainkan peranan dalam membantu mewujudkan lebih banyak ruang serta program yang merancakkan ekonomi komuniti.

Kerana kadang-kadang, untuk menghidupkan sebuah bandar, kita tidak perlu menunggu projek besar.

Cukup dengan menyediakan ruang, memberi peluang dan membiarkan masyarakat menghidupkannya sendiri.

Sandakan akan terus bernyawa apabila rakyatnya diberi ruang untuk berniaga, berkarya, berkumpul dan mencipta cerita baharu di tanah sendiri.

Salam Maulidur Rasul 1448H to all.Semoga bumi Sandakan terus disirami rahmat dan keberkatan Allah SWT, dilimpahi kedamai...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H to all.

Semoga bumi Sandakan terus disirami rahmat dan keberkatan Allah SWT, dilimpahi kedamaian, dipelihara keharmonian,
dan disatukan hati seluruh warganya dalam kasih sayang serta persaudaraan.

Semoga cahaya perjuangan dan akhlak mulia Rasulullah ๏ทบ terus menjadi pedoman dalam setiap langkah kita, menerangi kehidupan, menyuburkan kebaikan, serta membawa Sandakan menuju masa depan yang lebih indah dan sejahtera.

Allahumma solli โ€˜ala Sayyidina Muhammad
wa โ€˜ala ali Sayyidina Muhammad. ๐Ÿค

๐ŸŒน

Dulu-dulu, kita selalu juga dengar ajakan daripada kawan-kawan,โ€œJom berjalan-jalan ke bandar.โ€Padahal tiada hala tuju.Ti...
24/08/2026

Dulu-dulu, kita selalu juga dengar ajakan daripada kawan-kawan,

โ€œJom berjalan-jalan ke bandar.โ€

Padahal tiada hala tuju.

Tidak tahu pun mahu pergi mana.
Tiada barang khusus yang mahu dibeli.
Tiada urusan penting yang perlu diselesaikan.

Sekadar mahu berjalan-jalan.

Turun ke bandar, tengok kedai, masuk pasar, terserempak dengan kawan, singgah makan, duduk bersembang dan kemudian berjalan lagi.

Bandar itu sendiri sudah cukup menjadi alasan untuk kita datang.

Dan bagi aku, pusat Bandar Sandakan memang mempunyai karakter yang sesuai untuk pengalaman seperti itu, berbanding bandar-bandar satelit yang kini wujud di beberapa tempat di daerah Sandakan.

Bandar satelit kebanyakannya dibina untuk mencapai sesuatu tujuan.

Kita datang, parking, masuk ke premis yang dituju, selesai urusan dan p**ang.

Tetapi pusat bandar lebih daripada itu.

Ia menjadi tempat untuk kita berjalan, berhenti, melihat, bertemu dan menikmati suasana.

Namun sekarang sudah lain.

Bila kawan ajak,
โ€œJom jalan-jalan ke bandar.
Jawapan yang kita dengar p**a,
โ€œBosanlah... itu-itu juga.โ€

Bagi aku, ayat itu sebenarnya cukup bermakna.

Ia menunjukkan mungkin ada sesuatu yang telah hilang daripada pusat bandar kita.

Bukan semestinya bangunannya.
Bukan semestinya kedainya.
Tetapi mungkin daya penariknya.

Dahulu kita datang walaupun tiada tujuan.
Hari ini kita perlukan sebab untuk datang.
Itulah perbezaannya.

Pendek kata, kita kehilangan โ€œsebab untuk berhentiโ€.

Sebab itu, kalau mahu menghidupkan kembali pusat Bandar Sandakan, kita tidak boleh hanya bertanya:

โ€œApa yang perlu dibina?โ€

Kita juga perlu bertanya:
โ€œApa yang boleh membuatkan orang mahu datang semula walaupun mereka tiada urusan?โ€

Address

Jalan Bomba, Batu 3
Sandakan
90000

Telephone

+60195354405

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TV 60s posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to TV 60s:

Shortcuts

Share