14/07/2025
Alhamdulillah, selesai sudah Program Gerak Rahmah: Jom Kacau Asyura!
Pada hari Ahad lepas, 13 Julai 2025 bersamaan 18 Muharram 1447H, pihak Surau (SKJ) Felda Selendang 2 dengan kerjasama pelbagai agensi dan komuniti setempat telah berjaya menganjurkan program memasak bubur Asyura secara gotong-royong.
Program bermula seawal jam 7:45 pagi dengan penuh semangat kerjasama dan kemeriahan. Antara yang turut hadir dan menjayakan program ini termasuklah FELDA, JKKR, GPW, MBFM, Koperasi, KRT, Badan Agama dan Surau, serta pihak AADK yang turut menyumbang dalam menjayakan program.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga semangat kebersamaan ini terus kukuh dalam komuniti kita. 🌾🤝