07/06/2026
Antum kalau mandi wajib. Masa basuh bahagian belakang, tak pasti kena semua atau tidak. Anggap sahaja semua sudah kena . Susah nak perhatikan. Tak perlu sampai sua kat cermin tengok basah ke tidak. Cukup rasa kena kebanyakannya sahaja. Sah mandi wajib.
Antum tengah mandi wajib. Tiba rasa nak kencing dan berak. Boleh. Mandian tidak terbatal. Selesai qada hajat, sambung mandi semula anggota yang seterusnya tanpa perlu berniat balik.
Antum tengah mandi. Antum stop sekejap atau lama. Kerana nak uruskan perkara tertentu, seperti memasak, paip rosak, tengok anak atau tengok jiran. Sah mandian. Nanti sambung je balik.
Air mandian antum yang terpercik masuk dalam baldi atau gayung tidak menjadikannya musta'mal. Ianya terlalu sedikit. Teruskan guna air tersebut. Melainkan antum memang mandi dalam baldi itu. Barulah musta'mal.
Antum dah selesai mandi. Baru teringat ada anggota yang tak kena air lagi. Pergi dan basuh anggota yang tidak terkena air itu. Tidak perlu mandi dan berniat semula.
Ingat. Yang ustaz maksudkan diatas adalah anggota badan. Bukan anggota bomba atau tentera. Yang itu kalau antum mandikan. Jangan salahkan ustaz kalau pili bomba kena ke p**i.
Antum yang susah atau bertangguh nak mandi wajib tu. Tak payah pikir 2-3 kali. Pergi bilik air. Bukak air. Mandi macam biasa. Tinggal berniat je. Tak boleh jugak. Meh sini ustaz mandikan. Barakallahfikum