Jemaah Huffaz Rembau Negeri Sembilan

Jemaah Huffaz Rembau Negeri Sembilan JEMAAH undang bantuan Allah. HUFFAZ merupakan ahli-ahli Allah. "HIDUP DALAM JEMAAH,BERJEMAAH DALAM HIDUP"

Makanya JEMAAH HUFFAZ sewajarnya menjadi Ahli-ahli Allah yang sentiasa dibantu Allah dalam menjalankan kerja-kerja kenabian.

KEUTAMAAN BELAJAR DAN MENGAJARKAN AL-QURAN“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mengerjakan sola...
28/03/2017

KEUTAMAAN BELAJAR DAN MENGAJARKAN AL-QURAN
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mengerjakan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri”
(Faathir:29-30)

Dalam kitab Shahihnya, Imam Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadits dari Hajjaj bin Minhal dari Syu’bah dari Alqamah bin Martsad dari Sa’ad bin Ubaidah dari Abu Abdirrahman As-Sulami dari Utsman bin Affan Radhiyallahu Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.” Masih dalam hadits riwayat Al-Bukhari dari Utsman bin Affan, tetapi dalam redaksi yang agak berbeza, disebutkan bahawa Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

إِنَّ أَفْضَلَكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ .
"Sesungguhnya orang yang paling utama di antara kalian adalah yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.” Dalam dua hadits di atas, terdapat dua amalan yang dapat membuat seorang muslim menjadi yang terbaik di antara saudara-saudaranya sesama muslim lainnya, yaitu belajar Al-Qur`an dan mengajarkan Al-Qur`an.

Tentu, baik belajar ataupun mengajar yang dapat membuat seseorang menjadi yang terbaik di sini, tidak akan lepas dari keutamaan Al-Qur`an itu sendiri. Al-Qur`an adalah kalam Allah, firman-firman-Nya yang diturunkan kepada Nabi-Nya melalui perantara Malaikat Jibril Alaihissalam. Al-Qur`an adalah sumber pertama dan acuan utama dalam ajaran Islam. Kerana keutamaan yang tinggi inilah, yang membuat Abu Abdirrahman As-Sulami –salah seorang yang meriwayatkan hadits ini– rela belajar dan mengajarkan Al-Qur`an sejak zaman Utsman bin Affan hingga masa Al-Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi.



Followh.r.n.9h.r.n.9 h.r.n.9

Tahniah kepada warga pendidik Itqan yang bertungkus lumus,berusaha melahirkan para huffaz yang bukan sahaja cemerlang da...
18/03/2017

Tahniah kepada warga pendidik Itqan yang bertungkus lumus,berusaha melahirkan para huffaz yang bukan sahaja cemerlang dalam hal ukhrawi bahkan juga dapat menyeimbangkan sekali ilmu dunia dalam diri mereka. Mabruk alaikum!

18/03/2017

ARTIKEL MENGENAI SIFAT JUJUR

Al-Quran :

وَقُل لِّعِبَادِى يَقُولُواْ اْلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ إِنَّ اْلشَّيْطَنَ يَنزَغُ بَيْنَحُمْ إِن اْلشَّيْطَنَ كَانَ لِلْإِنْسَنِ عَدُوًّا مُبِينًا (٥٣)

Maksudnya :
Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku : ‘Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan (s**a) menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia’.
(Al-Isra’ : 53)

Hadis Nabi SAW :
Dari Abu Bakar As-Siddi RA ia berkata, ‘Rasulullah SAW bersabda : ‘Wajib ke atas mu berlaku jujur, kerana jujur itu bersama kebaikan dan keduanya di syurga. Dan jauhkan lah diri mu dari berkata dusta, kerana dusta itu bersama kederhakaan, dan keduanya di neraka. (Hadis Riwayat Ibnu Hibban Di dalam Sahihnya).

Dalam bahasa Arab, perkataan jujur bermaksud ‘As-Sidqu’ atau ‘Siddiq’ yang bermaksud nyata, benar, atau berkata benar. Lawan bagi sifat ini adalah dusta, penipu atau dalam bahasa Arab nya ‘Al-Kazzab’

Berikut adalah antara sifat kejujuran:

1. Siddqu Al-Qalbi (jujur dalam berniat). Hati adalah sumber dari seluruh gerak langkah manusia. Hati yang bersih mendatangkan manfaat yang banyak. Tapi hati yang keruh, pasti mendatangkan keburukan di dalam kehidupan. Rasulullah SAW bersabda, ‘ingatlah di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Bila ia baik, maka baiklah seluruh tubuhnya dan bila ia rosak, rosak lah ia seluruhnya. Itulah Qalbu (hati)’. (H.R. Bukhari). Kejujuran yang tertanam di dalam hati akan membuahkan ketenteraman di dalam jiwa setiap insan.

2. Siddqu Al-Hadis (jujur dalam berucap). Jujur dalam berkata-kata adalah harga yang mahal untuk mencapai kepercayaan orang lain. Orang yang selalu bercakap jujur, dirinya akan dipercayai seumur hidup. Tetapi sebaliknya, jika sekali berdusta, orang akan susah untuk percaya. Orang yang selalu berkata jujur, bukan hanya dihormati manusia, tetapi juga dihormati oleh Allah SWT. Rasulullah SAW mengkategorikan munafik kepada orang-orang yang selalu berkata dusta, sebagaimana sabdanya, ‘tanda-tanda orang munafik itu ada tiga ; bila bercakap dia berdusta, bila berjanji dia ingkari dan bila diberi kepercayaan dia khianati’. (H.R. Bukhari dan Muslim)

3. Siddqu Al-Wa’d (jujur bila berjanji). Janji membuat diri kita selalu berharap. Janji yang benar membuat kita bahagia. Janji palsu membuat kita menjadi was-was. Jadi janganlah membuat janji jika kita tidak mampu untuk menepati, kerana Allah SWT sangat membenci orang-orang yang selalu mengingkari janji.

Kesimp**annya, ucapan yang baik dan niat yang tulus akan menjadi semakin indah jika wujudnya amal dalam kenyataan. Jujur dalam perbuatan ertinya melihatkan sesuatu yang ada padanya seperti tidak menipu, tidak menambah dan tidak mengada-adakan. Apa yang kita yakin sebagai sebuah kejujuran dan kebenaran, maka kita berada di jalan yang di mana Allah redhai. Imam Qusyairi pernah berkata ‘ kejujuran adalah kemurnian hati anda, keyakinan anda yang mantap dan ketulusan amal anda’.

18/03/2017

SYARAT-SYARAT HADIS SAHIH

Hadis sahih iaitu hadis yang mempunyai sanad yang bersambung daripada seorang perawi kepada perawi yang lain sehingga akhir sanad nya melalui perawi-perawi yang adil dan dhabit. Hadis ini p**a tidak syaz dan tidak ada sebarang kecacatan. Syarat-syarat bagi menentukan kesahihan sesebuah hadis adalah :

1. Bersambung sanad dengan erti setiap perawi dalam rangkaian sanad tersebut, mengambil hadis itu secara langsung daripada perawi yang terdahulu dan begitulah seterusnya sehingga ke akhir sanad.

2. Rangkaian sanad tersebut hendaklah terdiri daripada perawi yang adil, dengan erti setiap perawi dalam rangkaian sanad tersebut terdiri daripada perawi yang lengkap syarat iaitu Islam, baligh, berakal, tidak fasiq dan sempurna akal.

3. Perawi yang dhabit, dengan erti setiap perawi dalam rangkaian sanad tersebut terdiri daripada perawi yang sempurna dhabit, sama ada dhabit sadr (hafalan dan ingatan) atau dhabit kitab (penjagaan yang rapi terhadap buku-buku catatannya).

4. Tidak ada syaz, dengan erti hadis yang diriwayatkan itu tidak ada syaz. Syaz ialah riwayat perawi yang thiqah (dipercayai) adalah menyalahi riwayat perawi yang lebih thiqah (lebih dipercayai).

5. Tidak ada ‘Illah dengan erti hadis tersebut tidak ada ‘Illah. ‘Illah ialah sebab yang s**ar dikesan lagi tersembunyi yang mencacatkan kesahihan bagi sesebuah hadis. Pada masa yang sama hadis itu pada zahirnya terselamat daripada sebab musabab tersebut.

18/03/2017

DEFINISI HADIS
Pengertian hadis menurut bahasa ialah lawan saqim ertinya sihat lawan sakit, sihat lawan batil. sedangkan menurut ahli hadis, hadis sahih adalah hadis yang sanad nya bersambung dikutip oleh orang yang adil lagi cermat dari orang yang sama, sampai berakhir pada Rasulullah, atau sahabat atau tabiin bukan hadis yang syaz dan terkena illah’ dan menyebabkan cacat dalam penerimaan.
Menurut ibnu salah hadis sahih ialah hadis yang sanad nya bersambungan melalui periwayatan orang yang adil lagi dhabit dari orang yang adil lagi dhabit p**a, sampai hujungnya, tidak syaz dan tidak mua’llah (terkena illah”). Manakala menurut Ajjaj al-Khatib memberikan definisi hadis sahih iaitu hadis yang bersambungan sanad nya melalui periwayatan perawi tsiqah dari perawi lain yang tsiqah p**a sejak awalnya (Rasulullah tanpa syuzuz tanpa illah’).
Manakala Imam Al-Sayuti mendefinisikan hadis sahih dengan “hadis yang bersambung sanad nya, diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dhabit (kuat hafalan), tidak syaz (asing) dan tidak ber’illat (cacat).
Definisi hadis sahih baru muncul secara lebih kukuh muncul setelah Imam Syafiee memberikan penjelasan tentang riwayat yang dapat dijadikan hujah iaitu pertama apabila diriwayatkan oleh para perawi yang dapat dipercayai pengamalan agamanya, dikenali sebagai orang yang jujur memahami hadis yang diriwayatkan dengan baik, mengetahui perubahan erti hadis apabila terjadi perubahan lafaz ; mampu meriwayatkan hadis secara lafaz, terpelihara hafalannya bila meriwayatkan hadis secara lafaz , sebutan hadis yang diriwayatkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh orang lain dan terlepas dari kecacatan. Kedua, rangkaian riwayatnya bersambung dan sampai kepada Nabi Muhammad swt atau ada juga yang tidak sampai kepada Baginda.

18/03/2017

KASTA DARI SUDUT ISLAM

Keyakinan Islam terhadap kesatuan umat manusia juga mengikuti kepercayaan kepada Keesaan Ilahi (Tauhid). Seluruh umat manusia adalah ciptaan Tuhan Yang Esa. Mereka semuanya sama dan bersama-sama membentuk suatu persaudaraan tunggal. “Manusia adalah ummat yang tunggal”, begitu diumumkan oleh Allah di dalam Al-Quran (2:213) Perbezaan ras, bahasa, kebudayaan, keturunan, kekayaan, dan jenis kelamin semuanya adalah dibuatbuat, hal itu semuanya tidaklah mempengaruhi kesatuan fundamental fitrah manusia. Seluruh umat manusia adalah sedarjat. Islam dengan keras mengutuk rasa unggul berdasarkan suku, ras, atau bangsa seseorang, dan mencabut sampai ke akarnya sistem kasta.Firman Allah:

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan wanita, dan membuat kamu suku-suku dan kabilah-kabilah agar kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling taqwa di antara kamu.” (49:13)

Dan dalam Khutbah Selamat Tinggal yang terkenal Nabi s.a.w. menyeru :
“Tidak ada orang Arab lebih unggul dari orang bukan Arab, ataupun orang bukan Arab lebih unggul dari orang Arab, tak ada orang kulit hitam lebih unggul dari orang yang berkulit putih, dan tak ada orang yang berkulit putih lebih unggul dari kulit hitam. Dalam pandangan Allah orang yang lebih unggul ialah orang yang
memiliki akhlak yang lebih baik.” Oleh kerana itu dalam Islam tidak ada tempat bagi,nasionalisme yang agresif. Tak pernah dalam sejarahnya yang panjang, kaum Muslimin di berbagai pelosok dunia ini melakukan kesalahan seperti , diskriminasi, perbedaan warna kulit, atau apartheid. Sesuai dengan sejarawan terkenal Arnold Toynbee berkata:
“Terhapusnya kesedaran ras di antara kaum Muslim adalah satu dari pencapaian kemajuan Islam yang menonjol, dan dalam dunia kontemporeri sebagaimana yang terjadi sekarang ini, suatu zaman sangat diperlukan untuk menyiarkan kemulian Islam ini.”

Begitu p**a Islam tidak membezakan antara apa yang disebut pendeta dengan orang awam yang merupakan gambaran menonjol dari agama-agama lainnya. Tidak ada kependetaan dalam Islam. Tidak adanya kelas khusus yang bertindak sebagai perantara Tuhan dengan manusia membezakan Islam dan aliran keagamaan yang lain. “Islamnya Nabi Muhammad s.a.w”, tulis Sayyid Ameer Ali, “tidak mengenal kasta kependetaan, tiada mengizinkan monopoli pengetahuan spiritual, ataupun kesucian-kesucian khusus yang menjadi perantara manusia dengan Tuhannya. Setiap ruh berdoa kepada Pencipta Nya tanpa campur tangan pendeta ataupun orang-orang suci. Tak ada pengorbanan, tak ada upacara yang dibuat-buat oleh kepentingan yang dibutuhkan untuk membawa hati yang gelisah lebih dekat kepada Penciptanya. Setiap manusia adalah pendeta bagi dirinya sendiri, dalam Islamnya Muhammad s.a.w. tak satu pun yang lebih tinggi dibandingkan dengan orang lain.”
Islam mempersatukan seluruh umat manusia dalam kasih sayang dan simpati sebagai saudara. Persaudaraan Islam merasuk segala batas geografi dan politik serta mempersatukan darjat dan persaudaraan manusia dari banyak ras, warna kulit, dan kebangsaan.

Firman Allah:
“Dan berpegang teguhlah pada tali Allah semuanya dan janganlah kamu berpecah belah. Dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu tatkala kamu saling bermusuhan, lalu Ia persatukan hati kamu, maka karena kurniaan Nya kamu menjadi saudara. Dan dahulu kamu ada di tepi jurang api, lalu Ia selamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat Nya kepada
kamu agar kamu mendapat petunjuk.” (3:102)

“Segenap ciptaan Tuhan”, sabda Nabi s.a.w., “adalah keluarga Nya dan yang paling dicintai Tuhan ialah barang siapa berusaha sebaik-baiknya untuk berbuat kebajikan bagi segenap makhluk Tuhan”

18/03/2017

TAJUK: SISTEM KASTA DALAM AGAMA HINDU
Kitab suci Hindu (Shruti) dan kitab hukum (Dharma Shastra) membagi seluruh umat Hindu dalam empat kasta yang terpisah dan tidak sama dalam masyarakat – Brahmana (pendeta), Kshatriya (bangsawan dan perwira), Vaishya (pedagang dan tukang), dan Sudra (budak). Kasta adalah suatu sistem di mana peristiwa kelahiran telah menentukan sekali untuk seumur hidup segenap jalinan hubungan sosial, mahupun rumah tangga hidup manusia. Menurut Sir Edward Blunt:

“Prinsip dasar dari kasta adalah perkawinan dan keturunan. Seorang laki-laki harus kawin dengan seorang wanita dari satu kasta yang sama dengan dirinya; anak-anak mereka dilahirkan dengan kasta yang sama seperti orang tuanya dan seluruh hidupnya harus tetap menjadi anggota dari kasta tersebut. Selanjutnya setiap kasta menetapkan dari kasta apa seseorang boleh memilih kawan untuk sama-sama makan, seorang pembantu untuk menyiapkan makanannya, dan seorang abdar (pembantu) yang akan membawakan air. Seringkali suatu kasta itu terdiri dari berbagaisub-kasta yang endogame (kawin dengan kastanya sendiri-pent.)”

Sistem kasta mempunyai pra anggapan mendasar bahwa ada ketidaksamaan di antara manusia, sebab kelahirannya yang berbeda dan haruslah sepanjang hidupnya dalam status agama dan masyarakat yang lebih tinggi atau lebih rendah.
Masyarakat Indo Arya sebagaimana telah ditunjukkan terbagi tiga golongan, tetapi tidak ada sistem kasta di masa Weda. Sistem kasta ini muncul pertama kali pada masa Brahmana di mana para pendeta Brahma menduduki kedudukan terhormat di India. Sejak saat itu, sistem tersebut menjadi suatu gambaran yang aneh dalam masyarakat India. Di negeri lain tidak terdapat keadaan seperti ini. Dasar dan ciri dari sistem yang mengatur macam-macam kasta digambarkan secara terinci dalam kitab Dharma Shastra (kitab yang bersangkut paut dengan dharma atau hukum-hukum keagamaan), khususnya dalam Manu Smritti.

Menurut Manu ada tiga kasta yang suci atau “yang terlahir kedua kali”. Di sini kasta Brahmana yang tertinggi, kemudian Kshatrya, baru Waishya. Di bawahnya masuk kasta Sudra. Mereka tidak diperbolehkan untuk menaruh sesaji ataupun membaca Weda, dan fungsi utama mereka dengan rendah hati melayani yang telah terlahir keduakalinya. Yang paling rendah adalah orang tak berkasta yang tak boleh disentuh (Paria), sekitar 100 juta orang,dan digambarkan sebagai “golongan rasial yang terbesar namun paling rendah di dunia”. Mereka adalah golongan rendah di India yang mengerjakan tugas-tugas kotor dan hina, menjadi penyapu jalan, tukang cuci pakaian kotor, dan perawat bangkai busuk. Kaum Paria ini telah didefinisikan sebagai “burung gagak dalam jumlah yang fantastis”. Kaum Paria harus hidup terpisah dari penghuni desa lainnya. Sentuhan mereka, hubungan mereka dan seringkali bahkan bayangan mereka dianggap mengotori kasta-kasta Hindu lainnya yang lebih tinggi. Mereka ditolak dalam menaiki kuil-kuil Hindu, menimba air langsung dari sumur-sumur desa, dan anak-anak mereka tidak dapat masuk sekolah bersama-sama dengan murid-murid Hindu lainnya.

Konsepsi Hindu tentang dharma, kewajiban, sangat erat terikat dengan sistem kasta ini. Jika karma (atau perbuatan seseorang manusia waktu kelahiran sebelumnya) menentukan kedudukan dalam jaringan kasta, dharma menyatakan kepadanya apa yang harus dilakukan dan diperbuat dalam kedudukan itu. Varnashrama Dharma tidak sesuai dengan gagasan amaliyah kalangan Kristen ataupun Muslim, karena tidak dihubungkan dengan satu prinsip yang tetap. Dharma dalam pandangan Hindu adalah kedudukan dan tingkah laku yang sesuai pada kastanya dan tidak pada kasta lainnya sepanjang hidup. Namun demikian, ada juga Dharma secara umum (Sadharana Dharma) yang menerangkan ketulusan atau berpegang pada aturan moral berlaku untuk semuanya. Termasuk di sini perintah untuk melakukan perbuatan berguna seperti misalnya pergi menjadi penziarah, menghormati Brahmana, dan memberi derma. Demikian juga berlaku pada larangan, misalnya menyakiti, berbohong, tidak jujur, dan sebagainya.

13/10/2016

Hakikat Islam.

Pada hari ini ramai yang salah faham mengenai hakikat agama Islam yang sebenarnya mudah bagi mereka yang benar-benar memahami agama ini. Golongan-golongan yang cuba mengimport ideologi-ideologi ciptaan barat ini seolah-olah telah kecewa dan menyangka agama ini sudah tidak sesuai untuk zaman ini serta tidak mampu menyelesaikan masalah manusia sejagat.

Walhal hakikat dan tabiat agama ini jika difahami oleh manusia sebenar-benarnya adalah manusia seluruhnya tunduk kepada kekuasaan ataupun hakimiyyah Allah, dalam erti kata lain Hakimiyyah Lillah (kekuasaan hanyalah untuk Allah)

Adakah kita sudah melupakan bahawasanya agama ini diturunkan oleh Allah yang berperanan untuk mewujudkan kesejahteraan dalam kehidupan manusia sejagat? Jadi apakah kita sudah keliru mengenai peranan agama ini sehingga terpaksa mempercayai pendekatan ciptaan manusia yang bertunjangkan hawa nafsu mampu memberikan solusi kepada permasalahan umat Islam pada hari ini?

Terdapat dua sebab yang menjadi punca kepada timbulnya golongan-golongan yang mengimami ideologi-ideologi bertunjangkan hawa nafsu iaitu pertamanya mereka tidak memahami tabiat agama ini dan keduanya adalah mereka telah mengabaikan peranan agama ini.



11/10/2016

Pengenalan Ilmu Tajwid

Sebelum mulai mempelajari ilmu Tajwid sebaiknya kita tahu sepuluh asas yang menjadi dasar pemikiran kita. Berikutnya dikemukakan sepuluh asas ilmu Tajwid:

1.
Pengertian Tajwid menurut bahasa: Memperelokkan sesuatu
Manakala menurut istilah ilmu Tajwid: Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf yakni sifat aslinya,dan mustahaknya yakni sifat mendatangnya.

2.
Hukumnya: Mempelajari Ilmu Tajwid adalah fardhu kifayah dan mengamalkannya yakni membaca Al-Quran dengan bertajwid adalah fardhu ain bagi setiap Muslim yang mukallaf.

3.
Tumpuan perbincangannya ialah pada kalimah-kalimah Al-Quran.

4.
Kelebihannya: Ia adalah semulia-mulia ilmu kerana ia langsung berkaitan dengan kitab Allah Al-Quran Al-Karim,berdasarkan sepotong hadis Rasulullah SAW yang bermakna:

Daripada Uthman bin Affan r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari ilmu Al-Quran dan yang mengajarkannya."

(Riwayat Imam Al-Bukhari)

5.
Penyusunnya ialah imam-imam qiraat.

6.
Faedahnya: Mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat Dan keredhaan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Insya Allah.

7.
Dalilnya: Dari kitab Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW

Makna firman Allah SWT: Bacalah Al-Quran itu dengan secara Tartil

(Surah Al-Muzammil:4)

Makna Tartil menurut Saiyidina Ali bin Abi Talib ialah mentajwidkan huruf dan mengetahui tempat berhenti.

Makna hadis: Daripada Zaid bin Thabit r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT menyukai hambaNya membaca Al-Quran secara Tartil sebagaimana Ia diturunkan.

(Riwayat Ibnu Khuzamah)

8.
Namanya:Ilmu Tajwid

9.
Masalah yang dibincangkan: Mengenai kaedah-kaedah dan cara-cara bacaannya secara keseluruhan yang memberi pengertian hukum-hukum cabangan.

10.
Matlamatnya ialah memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat-ayat suci Al-Quran pada ketika membacanya. Membaca sejajar dengan penurunannya yang sebenar dari Allah SWT



27/05/2016

"Lebih banyak kita bersedekah dan menderma, lebih mudah untuk kita menjadi jutawan"

Bukan tunggu jadi jutawan baru nak bersedekah, tetapi bersedekahlah untuk menjadi jutawan.

Jutawan dunia.
Juga jutawan akhirat.

12/03/2016

We’re in the business of building a community , helping people in need, making a professional huffaz.

27/01/2016

Terkini : Dewan Rakyat lulus penyertaan Malaysia dalam TPPA.

Address

Rembau
71350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jemaah Huffaz Rembau Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share