Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa 2 Rawang

Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa 2 Rawang Official Page of Masjid Saidina Ali, Bukit Sentosa 2, Rawang. Selangor.

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI KARIAH? MESYUARAT AGUNG KHASPENCALONAN DAN PEMILIHANJAWATANKUASA SURAU DAN PEMERIKS...
22/07/2026

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI KARIAH?

MESYUARAT AGUNG KHAS
PENCALONAN DAN PEMILIHAN
JAWATANKUASA SURAU DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA
BAGI SURAU SELURUH NEGERI SELANGOR
SESI (2027-2031)
(KARIAH MASJID SAIDINA ALI)

Maklumat Lanjut :
https://www.masjidsaidinaali.com.my/AGMSurau2026.html

InshaAllah taalaMalam ini bersama Al-Fadhil Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany di dalam Majlis Ilmu dan ZikirMasjid Said...
19/07/2026

InshaAllah taala
Malam ini bersama Al-Fadhil Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany di dalam Majlis Ilmu dan Zikir
Masjid Saidina Ali.

Semua dijemput hadir.

TARIKH : 23 JUN 2026MESYUARAT AGUNG PEMBENTANGAN KEWANGAN 2026(BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2025)TARIKH : 12 JULAI 20...
25/06/2026

TARIKH : 23 JUN 2026

MESYUARAT AGUNG PEMBENTANGAN KEWANGAN 2026
(BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2025)

TARIKH : 12 JULAI 2026 (AHAD)
TEMPAT : DEWAN SOLAT UTAMA MASJID SAIDINA ALI
MASA : 8:30 PAGI โ€“ 10:30 PAGI

1. Agenda mesyuarat :
2.1 BACAAN SURAH AL-FATIHAH DAN DOA
2.2 UCAPAN ALUAN OLEH TN. NAZIR MSA
2.3 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2025
2.4 PENANGGUHAN MESYUARAT

27/05/2026

๐Ÿ„๐Ÿ•Œ TEAM JATUH & SEMBELIH
Lajnah Dakwah, Masjid Saidina Ali ๐Ÿ•Œ๐Ÿ„

Alhamdulillah, di sebalik kelancaran ibadah Qurban di Masjid Saidina Ali, terdapat sebuah pasukan yang dipertanggungjawabkan memastikan setiap proses dilaksanakan dengan penuh amanah, tertib dan ihsan.

Team Jatuh & Sembelih terdiri daripada 18 orang anggota dibawah didikan Al-Fadhil Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany (Murobbi), yang berperanan dalam:
โ–ช๏ธ Menjaga kebajikan haiwan qurban
โ–ช๏ธ Mengendalikan proses menjatuhkan haiwan dengan selamat
โ–ช๏ธ Menjalankan penyembelihan mengikut syariat
โ–ช๏ธ Membimbing peserta tentang hukum, adab dan nilai ihsan dalam ibadah qurban

Kesemua yang terlibat merupakan Jurusembelih Bertauliah di bawah JAIS, serta sentiasa berusaha memastikan ibadah qurban dilaksanakan dengan sempurna, tenang dan penuh rahmah.

Pasukan ini bukan sekadar menjalankan tugas teknikal, tetapi turut membawa misi dakwah dan pendidikan kepada masyarakat agar memahami bahawa ibadah qurban bukan hanya tentang penyembelihan, bahkan tentang ketaatan, pengorbanan dan ihsan kepada makhluk Allah SWT.

TEAM JATUH & SEMBELIH, LAJNAH DAKWAH MASJID SAIDINA ALI
(Dibawah didikan ; Al-Fadhil Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany (Murobbi))

*Dari kiri:*
Safuan (Jatuh)
Ust. Tn. Hj. Mohd Said (Sembelih โ€“ Imam)
Tn. Hj. Azham (Sembelih โ€“ Mantan Nazir)
Ust. Azman (Jatuh โ€“ Bilal)
Hj. Yusrizal (Sembelih โ€“ Timb. Nazir)
Ust. Huzaifah (Sembelih)
Shafri (Pembantu)
Ust. Muhammad Amir Hafiz (Sembelih โ€“ Nazir/Penasihat)
Tn. Sham (Sembelih โ€“ S/U/Ketua)
Shahrizal (Jatuh โ€“ Bilal)

*Tiada dalam gambar:*
Tn. Fazlan (Sembelih โ€“ Bilal)
Tn. Baharom (Sembelih โ€“ Siak)
Tn. Hj. Adnan (Sembelih โ€“ Mantan Siak)
Tn. Hj. Azmin (Sembelih)
Tn. Hj. Amin (Sembelih)
Amirul (Sembelih โ€“ Trainee)
Azmin (Admin)
Tn. Musa (Kewangan)

Semoga Allah SWT menerima segala amal, pengorbanan dan khidmat semua petugas qurban serta mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

โ€œBerkhidmat Untuk Ummatโ€ ๐Ÿคœ๐Ÿผ๐Ÿค›








26/05/2026
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*Segala puji bagi Allah SWT yang masih memberi kita peluang menikmati kemuli...
26/05/2026

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*

Segala puji bagi Allah SWT yang masih memberi kita peluang menikmati kemuliaan hari-hari Zulhijjah, khususnya Hari Arafah yang penuh keberkatan, keampunan dan rahmat daripada Allah SWT.

Bersempena dengan hari yang mulia ini, saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Saidina Ali ingin merakamkan doa dan ingatan tulus ikhlas buat seluruh ahli kariah yang sedang menunaikan ibadah haji, khususnya yang sedang berwukuf di Padang Arafah.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah haji Tuan-Puan, mempermudahkan segala urusan, mengurniakan kesihatan, keselamatan serta memperoleh Haji yang Mabrur. Mohon jangan lupa doakan kami disini terutamanya kepada yang masih belum mendapat panggilan Haji.

Rasulullah SAW bersabda:

ุงู„ู’ุญูŽุฌู‘ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉู
โ€œHaji itu adalah Arafah.โ€
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Dan sabda Baginda SAW lagi:

ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูู†ู’ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุนู’ุชูู‚ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูููŠู‡ู ุนูŽุจู’ุฏู‹ุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู ู…ูู†ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ
โ€œTiada hari yang Allah lebih ramai membebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada Hari Arafah.โ€
(Hadis Riwayat Muslim)

Kepada seluruh ahli kariah yang tidak menunaikan haji, marilah kita bersama-sama mengambil peluang keberkatan Hari Arafah dengan memperbanyakkan doa, zikir, istighfar serta melaksanakan Puasa Sunat Arafah.

Rasulullah SAW bersabda:

ุตููŠูŽุงู…ู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ุฃูŽุญู’ุชูŽุณูุจู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠููƒูŽูู‘ูุฑูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉูŽ ุงู„ู‘ูŽุชููŠ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉูŽ ุงู„ู‘ูŽุชููŠ ุจูŽุนู’ุฏูŽู‡ู
โ€œPuasa pada Hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.โ€
(Hadis Riwayat Muslim)

Sehubungan itu, pihak Masjid Saidina Ali dengan penuh rendah hati menjemput seluruh ahli kariah yang berpuasa untuk bersama-sama menghadiri Majlis Berbuka Puasa Arafah dan Doa Arafah di masjid.

Marilah kita menghidupkan suasana ukhuwwah dan kebersamaan dengan membawa sedikit juadah secara potluck untuk dikongsi bersama para jemaah. Tidak kira sedikit atau banyak, semoga setiap sumbangan menjadi asbab keberkatan, pahala sedekah dan pengukuh kasih sayang sesama umat Islam.

Sabda Rasulullah SAW:

ู…ูŽู†ู’ ููŽุทู‘ูŽุฑูŽ ุตูŽุงุฆูู…ู‹ุง ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ู…ูุซู’ู„ู ุฃูŽุฌู’ุฑูู‡ู ุบูŽูŠู’ุฑูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽุง ูŠูŽู†ู’ู‚ูุตู ู…ูู†ู’ ุฃูŽุฌู’ุฑู ุงู„ุตู‘ูŽุงุฆูู…ู ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง
โ€œSesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut.โ€
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Mudah-mudahan dengan keberkatan Hari Arafah ini, Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita, menerima segala amal kebajikan, melimpahkan rahmat dan menyatukan hati-hati kita dalam ketaatan kepada-Nya.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูู„ู’ุญูุฌู‘ูŽุงุฌู ูˆูŽู„ูŽู†ูŽุง ูˆูŽู„ููˆูŽุงู„ูุฏููŠู†ูŽุง ูˆูŽู„ูุฌูŽู…ููŠุนู ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ููŠู†ูŽ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ูŽุงุชู
โ€œYa Allah, ampunkanlah para jemaah haji, kami, kedua ibu bapa kami serta seluruh muslimin dan muslimat.โ€

Sekian, terima kasih.

_*Yang menjalankan amanah,_*
*Ustaz Muhammad Amir Hafiz bin Mohd Hanapi*
*Nazir*
*Masjid Saidina Ali*
Bukit Sentosa, Rawang, Selangor

UCAPAN TAKZIAHKEPADA TN. CHE HAMID BIN ABDULLAH SEKELUARGA Dengan penuh rasa dukacita, Masjid Saidina Ali merakamkan uca...
22/05/2026

UCAPAN TAKZIAH
KEPADA TN. CHE HAMID BIN ABDULLAH SEKELUARGA

Dengan penuh rasa dukacita, Masjid Saidina Ali merakamkan ucapan takziah kepada Tn. Che Hamid bin Abdullah (AJK โ€“ Pengerusi Lajnah IT) di atas pemergian bonda yang dikasihi kembali ke rahmatullah.

Sesungguhnya kami amat bersimpati atas kehilangan ini. Pemergian insan yang tercinta merupakan satu ujian besar daripada Allah SWT, namun ia juga mengingatkan kita bahawa setiap yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุนูŽุงููู‡ูŽุง ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง
ูˆูŽุฃูŽูƒู’ุฑูู…ู’ ู†ูุฒูู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽูˆูŽุณู‘ูุนู’ ู…ูุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ูŽุง
ูˆูŽุงุบู’ุณูู„ู’ู‡ูŽุง ุจูุงู„ู’ู…ูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ุซู‘ูŽู„ู’ุฌู ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽุฑูŽุฏู
ูˆูŽู†ูŽู‚ู‘ูู‡ูŽุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฎูŽุทูŽุงูŠูŽุง ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูู†ูŽู‚ู‘ูŽู‰ ุงู„ุซู‘ูŽูˆู’ุจู ุงู„ู’ุฃูŽุจู’ูŠูŽุถู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽู†ูŽุณู
ูˆูŽุฃูŽุฏู’ุฎูู„ู’ู‡ูŽุง ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ูˆูŽุฃูŽุนูุฐู’ู‡ูŽุง ู…ูู†ู’ ุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„ู’ู‚ูŽุจู’ุฑู ูˆูŽุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู

โ€œYa Allah, ampunilah beliau, rahmatilah beliau, maafkanlah segala kesilapan beliau, dan tempatkanlah beliau dalam kalangan hamba-Mu yang beriman serta solehah. Kurniakanlah beliau syurga tanpa hisab dan jauhkanlah beliau daripada azab kubur dan api neraka.โ€

Saya juga berdoa agar Tn. Che Hamid bin Abdullah dan seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan serta kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian ini. Semoga Allah SWT menggantikan kesedihan ini dengan ketenangan dan ganjaran yang besar di sisi-Nya.

Al-Fatihah.

Ikhlas :

Ustaz Muhammad Amir Hafiz bin Mohd Hanapi
Tn. Nazir
Serta seluruh Pegawai dan Anggota Jawatankuasa Kariah
Masjid Saidina Ali

TAKLIMAT JURUSEMBELIH DAN PENYAMPAIAN BAJU PETUGAS TEAM JATUH & SEMBELIH LAJNAH DAKWAH MASJID SAIDINA ALIAlhamdulillah, ...
21/05/2026

TAKLIMAT JURUSEMBELIH DAN PENYAMPAIAN BAJU PETUGAS TEAM JATUH & SEMBELIH LAJNAH DAKWAH MASJID SAIDINA ALI

Alhamdulillah, pada Rabu, 20 Mei 2026, telah berlangsung satu sesi Taklimat Kepada Para Jurusembelih serta penyampaian baju petugas kepada pasukan Team Jatuh & Sembelih (Jurusembelih Bertauliah) di bawah Lajnah Dakwah Masjid Saidina Ali sebagai persediaan menghadapi pelaksanaan Ibadah Qurban pada tahun ini.

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan serta penyegaran semula kefahaman kepada semua petugas berkaitan hukum-hakam sembelihan, adab pelaksanaan, aspek keselamatan serta tatacara kerja berpasukan di lapangan. Penekanan turut diberikan bahawa tugas jurusembelih bukan sekadar kerja teknikal, tetapi satu amanah ibadah yang menuntut ilmu, ketelitian dan keikhlasan.

Firman Allah SWT:

ููŽุตูŽู„ูู‘ ู„ูุฑูŽุจูู‘ูƒูŽ ูˆูŽุงู†ู’ุญูŽุฑู’
โ€œDirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.โ€
(Surah Al-Kauthar 108:2)

Ayat ini menjadi peringatan bahawa ibadah qurban adalah manifestasi ketaatan seorang hamba kepada Allah SWT yang perlu dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan penghayatan.

Dalam sesi taklimat tersebut, para petugas turut diingatkan agar sentiasa menjaga adab, keselamatan, serta memastikan setiap proses sembelihan dilakukan mengikut syarak. Kerjasama berpasukan antara Team Jatuh dan Team Sembelih amat penting bagi memastikan kelancaran sepanjang program berlangsung.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian baju petugas sebagai simbolik kesiapsiagaan dan semangat kebersamaan dalam melaksanakan amanah besar ini. Ia bukan sekadar uniform, tetapi lambang disiplin, tanggungjawab dan kesatuan hati dalam berkhidmat kepada ummah.

Pihak Masjid Saidina Ali merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat serta mendoakan agar segala persiapan ini dipermudahkan Allah SWT dan ibadah qurban yang dilaksanakan diterima sebagai amal soleh.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ู’ ู…ูู†ูŽู‘ุง ุฅูู†ูŽู‘ูƒูŽ ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ุณูŽู‘ู…ููŠุนู ุงู„ู’ุนูŽู„ููŠู…ู
โ€œYa Allah, terimalah daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.โ€

Address

Bukit Sentosa 2
Rawang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa 2 Rawang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa 2 Rawang:

Shortcuts

Share

Category