Surau Al Mardhiah Taman Desa Kundang

Surau Al Mardhiah Taman Desa Kundang Tabung Infak Untuk Dana "Surau Al Mardhiah"
No. Akaun CIMB Islamic 860 058 136 9 Permohonan pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Selangor, No. Ruj.

Surau Al Mardhiah sebelum ini dinamakan Surau As Sobirin.Nama tersebut telah ditukar atas permintaan penderma pembinaan surau ini. Ditubuhkan pada 01 Feb 2006,bermula dari sebuah rumah No.2,Jln Desa Kundang 8,kemudian berpindah ke rumah No.1, Jln Desa Kundang 6 hinggalah terbinanya banggunan surau ini di Jalan Desa Kundang 12,Taman Desa Kundang,Rawang,Selangor. Pendaftran JAL.SELBPM./01/035/184. M

endapat kelulusan membina pada 29 Jan 2007 No.Ruj. kelulusan (4) dlm.JAL.SEL.BPM.01/030/8

Surau Al Mardhiah. Insya Allah akan menyediakan tempat ibadah yang selesa dan akan menjadi pusat aktiviti masyarakat bagi penduduk-penduduk di Taman Desa Kundang. AKTIVITI SURAU

Surau Al Mardhiah dibina untuk kebaikan masyarakat Taman Desa Kundang.Pihak Jawatankuasa Surau Al-Mardhiah akan menyediakan aktiviti kemasyarakatan kepada penduduk Taman Desa Kundang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

i) Kuliah Agama
- Kuliah Maghrib
- Kuliah Subuh
- Kuliah Dhuha

ii) Kelas Pengajian
- Kelas Tajwid (Dewasa)


iii) Ibadah Korban Sempena Aidul Adha

iv) Khairat Kematian

v) Kem Motivasi & Bina Insan

Oleh itu masyarakat Taman Desa Kundang adalah digalakan untuk memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pihak Jawatankuasa Surau Al-Mardhiah. Pihak Jawatankuasa Surau Al-Mardhiah juga merancang untuk menjadikan Surau Al Mardhiah sebagai pusat kegiatan ekonomi untuk penduduk setempat. Ini tertakluk kepada kemampuan kewangan surau. Pihak Jawatankuasa Surau Al-Mardhiah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga sumbangan yang disalurkan mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah S.W.T di dunia dan di Akhirat Insya-Allah.

[27 May 2026 | 10 Zulhijjah 1447 ] Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kelanc...
27/05/2026

[27 May 2026 | 10 Zulhijjah 1447 ]

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Program Ibadah Perdana Surau Al Mardhiah Taman Desa Kundang 1447H
yang telah berlangsung pada 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H hasil kerjasama GoodScience Sdn. Bhd., KRT Taman Desa Kundang , Persatuan Penduduk Taman Desa Kundang serta Persatuan Muslimat Surau.

Program telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna melibatkan ibadah korban sebanyak 1 ekor unta dan 13 ekor lembu.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak GoodScience Sdn. Bhd., para peserta ibadah korban, penyumbang dana, petugas sukarelawan serta seluruh ahli kariah yang telah bersama-sama bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Segala jasa, tenaga, masa dan sumbangan yang diberikan amatlah dihargai dan hanya Allah SWT mampu membalas dengan sebaik-baik ganjaran.

Semoga segala amal ibadah, pengorbanan dan kebajikan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT, dikurniakan keberkatan rezeki, kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus dipelihara dalam rahmat dan kasih sayang-Nya.

Semoga ukhuwah dan semangat gotong-royong ini terus mekar dalam komuniti kita pada masa akan datang.

Aamiin Ya Rabbal β€˜Alamin.

Makluman:Berhati-hati! Terdapat scammer yang membuat laman web palsu menggunakan rekaan dan interface sama seperti dalam...
15/08/2025

Makluman:
Berhati-hati! Terdapat scammer yang membuat laman web palsu menggunakan rekaan dan interface sama seperti dalam gambar ini untuk memperdaya orang ramai. Mereka akan menggunakan pautan yang mencurigakan seperti yang tertera, kononnya untuk memohon bantuan BINGKAS. Jangan masukkan maklumat peribadi atau klik pautan tersebut. Pastikan semak laman web rasmi kerajaan negeri atau pihak berkuasa sebelum membuat sebarang permohonan.

Link palsu
πŸ‘‡πŸ½πŸ‘‡πŸ½πŸ‘‡πŸ½
https://programbantuantunaibingkasterkini dot ip-in1 dot com

01/03/2025
25 October 2024Kuliah Maghrib Terakhir Ustaz Razis di Surau Al Mardhiah. Semoga diberkati segala ilmu yang dipelajari.Mo...
25/10/2024

25 October 2024
Kuliah Maghrib Terakhir Ustaz Razis di Surau Al Mardhiah. Semoga diberkati segala ilmu yang dipelajari.

Mohd Razis Md Shainisi

23/09/2024

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024
21 September 2024
Taman Desa Kundang
Surau Al Mardhiah Taman Desa Kundang
KRT Taman Desa Kundang
Persatuan Penduduk Taman Desa Kundang



πŸ•Œ Surau Al Mardhiah Taman Desa Kundang πŸ”ΉπŸ”ΉπŸ”ΉπŸ”ΆπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”ΈKULIAH DHUHAV(TADABUR)πŸ“… AHAD, 29/9/2024πŸ•˜ 9pagiπŸ•Œ Di Surau Al-MardhiahDisamp...
23/09/2024

πŸ•Œ Surau Al Mardhiah Taman Desa Kundang

πŸ”ΉπŸ”ΉπŸ”ΉπŸ”ΆπŸ”ΈπŸ”ΈπŸ”Έ
KULIAH DHUHAV(TADABUR)

πŸ“… AHAD, 29/9/2024
πŸ•˜ 9pagi
πŸ•Œ Di Surau Al-Mardhiah

Disampaikan oleh: Ustaz Sazren Bin Ghani
πŸ“– Sambungan SURAH ADDUKHAN

πŸ’ž BTidak akan pernah rugi orang yang menghadiri majlis ilmu, kerana majlis ilmu itu adalah bagaikan "Taman-Taman Syurga" yang didalamnya dipenuhi ketenangan hati πŸ’ž

Semua Ahli kariah dialu-alukan hadir bagi menimba dan memperoleh ilmu yang disampaikan.

πŸ”Š Barang siapa yang membangunkan rumah ALLAH di dunia, maka ALLAH membangunkannya rumah di Syurga*

🍽️ Jamuan ringan akan disediakan.
PORTLUCK DIALU-ALUKAN

Sumbangan ikhlas juga dialu-alukan ke akaun Surau Al-Mardhiah

CIMB ISLAMIC NO AKAUN: 8600581369

Sekian Harap Maklum.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H/202421 September 2024Taman Desa Kundang Surau Al Mardhiah Taman Desa KundangKRT Tam...
21/09/2024

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024
21 September 2024
Taman Desa Kundang
Surau Al Mardhiah Taman Desa Kundang
KRT Taman Desa Kundang
Persatuan Penduduk Taman Desa Kundang



Address

Jalan DESA KUNDANG 12
Rawang
48050

Telephone

+60193737992

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Mardhiah Taman Desa Kundang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category