31/01/2018
Sewaktu berada di Masjidil Haram aku selalu perhatikan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian seragam hijau bekerja. Tak pernah aku tengok mereka berhenti mencuci lantai sepanjang masa aku berada di sini..
Kadang-kadang terbit rasa simpati di hati tapi dalam pada masa yang sama terselit sedikit perasaan cemburu. Walaupun cuma bekerja sebagai tukang cuci masjid tetapi adalah lebih hebat daripada menjadi bos besar di syarikat sendiri.
Bukan semua orang dapat peluang melihat Kaabah dan merasa bersolat di Masjidil Haram pada setiap hari. Sedangkan kita yang sampai ke sini pun kena balik bila cukup masa..
Tahukah anda berapa gaji sebulan seorang tukang cuci di Masjidil Haram? Pendapatan yang mereka terima tidaklah sebesar mana, cuma SAR500 atau RM400 saja sebulan. Bayangkan! Sangat kecil tapi mereka tetap bekerja dengan rajin kerana Allah.
Setiap hari, siang malam pagi petang, mereka akan bekerja untuk memastikan kawasan luar dan dalam masjid sentiasa bersih untuk digunakan oleh para jemaah.
Mereka sangat cekap mencuci walaupun di kawasan yang sesak dengan manusia seperti di sekitar tempat bertawaf dan di lorong mengerjakan saie.
Selain mencuci lantai tugas mereka yang lain adalah mengelap air zamzam yang tumpah serta memastikan kawasan persekitaran Masjidil Haram sentiasa bersih dan terjaga.
Tersebutlah kisah seorang tukang cuci di Masjidil Haram, Kerjanya setiap hari ialah mencuci dan mengelap air zamzam yang tumpah di lantai masjid.
Begitulah rutin pekerjaannya pada setiap hari dan bila ada kelapangan dia akan menggunakan waktu tersebut untuk menghafaz Al-Quran. Agak lama tukang cuci ini berkhidmat di Masjidil Haram sehinggalah pada suatu hari dia pun meninggal.
Selang beberapa tahun lama jenazahnya disemadikan, kawasan perkuburan yang menjadi rumah sementara itu telah digali, untuk dipindahkan ke perkuburan lain untuk digantikan dengan jenazah2 baru..
Sewaktu mereka menggali kubur tersebut mereka terkejut apabila mendapati jenazah tukang cuci ini masih sempurna seolah-olah baru dikafankan. Kemudian setelah diselidik barulah mereka mengetahui kisah sebenar jenazah ini semasa hayatnya hanya seorang tukang cuci Masjid. Subhanallah.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, "Barangsiapa yang beristiqamah dalam beristighfar maka Allah akan memberikan jalan keluar dari setiap kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka"- Hadis riwayat Abu Dawud, Al-Nasa'i, Ibn Majah
Untuk mendapatkan pakej umrah yang menarik, boleh wasap disini..http://www.wasap.my/0192828062..atau terus layari web kami, myumrahhaji.com