16/01/2025
PENUBUHAN KOMUNITI PENGGUNA HALAL DAERAH (PPHD)
1. PENGENALAN
Komuniti Pengguna Halal Daerah (PPHD) dicadangkan untuk menjadi platform rasmi yang memantau dan memastikan produk serta premis perniagaan di daerah ini mematuhi standard halal yang sah. Usaha ini bertujuan untuk melindungi hak pengguna Islam, memupuk kesedaran halal, dan mempertingkatkan kepercayaan terhadap produk tempatan.
2. OBJEKTIF
- Mengumpulkan maklumat dan mengenalpasti kedai serta produk halal di daerah.
- Membantu pengguna membezakan logo halal yang sah dan palsu.
- Menyediakan platform aduan bagi pengguna berkaitan isu halal.
- Meningkatkan kesedaran tentang keperluan sijil halal dalam kalangan peniaga.
- Mewujudkan hubungan strategik dengan pihak berkuasa seperti JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri.
3. AKTIVITI UTAMA
A. Menggalakkan pendaftaran Premis Halal
- Menyediakan direktori kedai dan premis yang mempunyai sijil halal.
B. Pemeriksaan dan Audit
- Mengadakan lawatan berkala untuk memastikan pematuhan standard halal.
C. Kempen Kesedaran Halal
- Mengadakan seminar, bengkel, dan kempen kesedaran tentang halal.
D. Platform Aduan Pengguna
- Menyediakan saluran rasmi untuk pengguna membuat laporan tentang isu halal.
E.Penglibatan Komuniti
- Melibatkan belia, pelajar, dan masyarakat dalam aktiviti sukarelawan untuk menyebarkan kesedaran halal.
3. MANFAAT
- Meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk dan kedai di daerah.
- Memupuk budaya kepatuhan halal dalam kalangan peniaga.
- Mewujudkan komuniti pengguna yang lebih peka dan bertanggungjawab.
4. PENUTUP
Penubuhan KPHD adalah langkah penting dalam memastikan pengguna Islam di daerah ini mendapat hak mereka untuk membeli produk halal yang sah. Dengan kerjasama semua pihak, komuniti ini mampu memberi impak besar kepada masyarakat.