28/05/2025
*๐ข HEBAHAN RASMI KEPADA AHLI KARIAH ๐ข*
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa *Masjid Kariah Kampung Sega* dengan kerjasama *Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)* dan *SMA Datoโ Syeikh Mohd Murtadza* akan menganjurkan:
*KURSUS ASAS SEMBELIHAN*
๐
*Tarikh:* Sabtu, 31 Mei 2025
๐ฃ *Masa:* 8.30 pagi
๐ *Tempat:* Masjid Kariah Kampung Sega
Kursus ini diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang, dengan objektif untuk memberikan pendedahan serta kefahaman yang jelas berkenaan tatacara penyembelihan yang sah, bersih dan menepati syariat Islam.
Sehubungan itu, semua ahli kariah dijemput hadir dan mengambil peluang ini untuk menimba ilmu serta bersiap sedia menghadapi ibadah korban dengan lebih yakin dan berpengetahuan.
Bagi ahli kariah yang ingin menyertai kursus ini sila lengkapkan maklumat diri di dalam Link yang disediakan ini : https://forms.gle/VkhaJ4FmiwnQCKDk9
*Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan menjadi amal jariah buat kita semua.*
*Sekian, terima kasih.*