03/06/2026
Assalamualaikum w.b.t
Pihak Pengerusi Masjid Imam Haji Kahar (MIHAK), Penyelaras Program Qurban serta seluruh barisan AJK MIHAK ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah membantu menjayakan Program Qurban MIHAK 1447H, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Sesungguhnya segala pengorbanan, keringat, usaha membanting tulang, semangat bekerjasama serta sikap saling bantu membantu yang ditunjukkan oleh semua sukarelawan amatlah dihargai. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, program telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan sempurna dari awal sehingga ke akhir acara.
Kami juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan, kelemahan atau kekhilafan sepanjang pengurusan dan pelaksanaan program berlangsung.
Semoga segala amal kebajikan dan pengorbanan yang diberikan mendapat ganjaran pahala serta keberkatan daripada Allah SWT 🤲🏻
InsyaAllah, kami berharap agar ukhwah dan semangat kerjasama ini dapat diteruskan dan dikekalkan lagi pada tahun-tahun akan datang.
Terima kasih atas segala jasa dan komitmen semua ☺️