Masjid Mukim Kubang Kual Rantau Panjang

Masjid Mukim Kubang Kual Rantau Panjang Masjid Mukim Kubang Kual

20/03/2025

Sekitar suasana usai solat teraweh di Masjid Mukim Kubang Kual. Terima kaseh kepada semua yang hadir.

19/03/2025

Utk makluman semua ini adalah keadaan dalaman masjid kami pada banjir 26.11.2024 yg lalu.. Banyak barangan yg rosak dan yg lebih terkesan ialah karpet..

Pada mesyuarat Ajk Jan 2025 yg lepas pihak kami mencadangkan utk menukar karpet baru... Alhamdulillah pihak masjid mendapat tawaran pemasangan karpet dengan harga RM 30K dengan pembayaran pendahuluan sebanyak RM15 K.. yg perlu dijelaskan selepas Raya Aidilfitri nanti..

Alhamdulillah.. Sehingga 18 Ramadhan ini masjid sudah pun mendapat sumbangan dari orang ramai sebanyak RM 8K. Masih banyak lg sumbangan tunai yg diperlukan utk menjelaskan bayaran karpet ini dan kami Ajk Masjid memohon kpd mana-mana yg mampu, bersama-sama menyumbang utk menjelaskan bayaran ini..

Disini kami sertakan nombor akaun masjid bagi memudahkan urusan tuan puan..
No Akaun : 03081010024462
Nama Akaun : Masjid Kubang Kual
Bank : Bank Islam Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:
019-5256653 (Imam Tua)
016-8099780 (Imam Muda)
019-8659600 (Setiausaha)
014-9435285 (Bendahari)

Segala bentuk sumbangan dari tuan puan kami mengucapkan jutaan terim kasih..

Assalamualaikum semua sahanat Masjid Mukim Kubang Kual. Mohon jasa baik pakat follow tt Masjid deh. Kita nak cukupkan 10...
17/03/2025

Assalamualaikum semua sahanat Masjid Mukim Kubang Kual. Mohon jasa baik pakat follow tt Masjid deh. Kita nak cukupkan 1000 followers utk buat live. Terima kaseh😊

Tonton, ikut dan terokai lebih banyak kandungan sohor kini.

Assalamualaikum wbt..Salam 16 Ramadhan 1446 HTempahan kanopi/ khemah masih lagi dibuka kepada sesiapa saja yang  ingin m...
17/03/2025

Assalamualaikum wbt..
Salam 16 Ramadhan 1446 H
Tempahan kanopi/ khemah masih lagi dibuka kepada sesiapa saja yang ingin menyewa utk mengadakan majlis kenduri dan sebagainya ..Setakat ini belum lagi ada tempahan dan pihak Masjid mengesyorkan kpd yang berminat bleh lah membuat tempahan awal bagi mengelakkan pertembungan permintaan..
Kepada yg berminat boleh berhubung dengan
Abe Aris 0149435285

Alhamdulillah.. Malam ni masjid berjaya memasang sepenuhnya' lampu solar di tapak letak kenderaan / benteng yg berhadapa...
16/03/2025

Alhamdulillah.. Malam ni masjid berjaya memasang sepenuhnya' lampu solar di tapak letak kenderaan / benteng yg berhadapan dengan masjid.. Semoga dgn limpahan cahaya lampu ini sedikit sebanyak dapat membantu jemaah atau sesiapa sahaja yang meletakkan kenderaan di sini.. .Masjid jg ingin merakamkan berbanyak terima kasih Kpd yg menyumbang samada wang ringgit atau tenaga untuk pembangunan masjid kami..

Alhamdulillah, hari terakhir tadarus(muslimat). Tahniah kepada semua yang menyertai dari 1 ramadan hingga berakhir 15 ra...
16/03/2025

Alhamdulillah, hari terakhir tadarus(muslimat). Tahniah kepada semua yang menyertai dari 1 ramadan hingga berakhir 15 ramadan.

2 juzuk sehari dibaca, diteliti, dihayati dan dipelajari dengan penuh khusyuk dan istiqamah sehingga berhasil dikhatamkan dalam tempoh 15 hari.

*Esok solat sunat tasbih (muslimat) bermula jam 9 pagi di Masjid Mukim Kubang Kual.

Kredit gambar: cikgu Salmiah Mohamad

16/03/2025

Assalamualaikum.

Al-Fadhil Imam Tua Masjid Mukim Jajahan Pasir Mas Zon 2 (Rantau Panjang)

*SISTEM BANCIAN e-MUKIM MAIK BAGI TAHUN 2025*

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas

Sukacita dimaklumkan kepada Al-Fadhil Imam Tua Masjid Mukim berkenaan dengan *PENGISIAN SISTEM BANCIAN e-MUKIM MAIK BAGI TAHUN 2025* untuk Memaklumkan kepada kariah anak mukim untuk mengisi bancian tersebut dengan kadar segera kerana bancian tersebut di pantau oleh pihak *MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK)*

Atas segala perhatian dan perhatian yang bakal diberikan adalah didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian.

Video tutorial dan link ada di bawah deh. Pastikan semua anak Mukim Kubang Kual isi deh. Yg tok tau mitok tulong yg tau. Kalu ada org tua tulong isikan.

https://emukimbancian.e-maik.my/

Seperti biasa MMKK menjadi tempat berkumpulnya penduduk-penduduk kampung untuk menerima sedikit sebanyak bantuan banjir ...
09/12/2024

Seperti biasa MMKK menjadi tempat berkumpulnya penduduk-penduduk kampung untuk menerima sedikit sebanyak bantuan banjir yang sampai kepada mangsa-mangsa banjir setiap tahun.

Alhamdulillah beberapa hari lalu telah sampai sedikit sebanyak bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Mukim Kubang Kual.

Kesan daripada banjir amat terasa dan semua penduduk amat berterima kaseh kepada semua pihak yang sudi hadir menghulurkan bantuan dalam apa sahaja bentuk.

Banjir yang bermula 26/11 yang lalu adalah rekod baru paras air di Kg Kubang Kual sehingga banyak rumah yang tenggelam sepenuhnya. Bayangkan segala barangan yang diangkat tinggi tenggelam dan terbalik kerana air naik mencecah paras bumbung.

Begitulah yang berlaku di sini beberapa tahun kebelakangan ini. Semoga Allah membalas kesabaran semua mangsa dengan perkara-perkara yang lebih baik dan memberikan pahala serta menghapuskan dosa-dosa mereka.

Kepada semua penderma dan petugas-petugas yang terlibat, kami doakan SEMOGA ALLAH MEMBERKATI SEMUA DALAM KELUARGA DAN HARTA.

Sekali lagi TERIMA KASEH yang tidak terhingga dari kami di Kampung Kubang kual.

Masjid Mukim Kubang Kual, siao sedia untuk solat jumaat. Terima kaseh kepada semua yang bersusah payah mencuci dan menyi...
06/12/2024

Masjid Mukim Kubang Kual, siao sedia untuk solat jumaat. Terima kaseh kepada semua yang bersusah payah mencuci dan menyiapkan masjid.

27/07/2024

Alhamdulillah.. Kaca SURO 5 kawah di masjid kubang kual pg ini.. Tkasih kpd semua yg terlibat. Insya Allah petang nanti Masjid akan mengagihkan kepada semua anak mukim..

Khidmat sewa konopi Masjid Mukim Kubang Kual.Assalamualaikum. Untuk menambah tabung kewangan Masjid Mukim Kubang Kual, p...
02/02/2024

Khidmat sewa konopi Masjid Mukim Kubang Kual.

Assalamualaikum. Untuk menambah tabung kewangan Masjid Mukim Kubang Kual, pihak Masjid berusaha mencari cara untuk memastikan kewangan masjid sentiasa dalam keadaan sihat.

Selain dari sumber derma tabung masjid secara harian dan mingguan (solat jumaat), masyuarat telah memutuskan untuk membuka perkhidmatan sewa konopi masjid.

Perkhidmatan ini diuruskan sepenuhnya oleh bendahari masjid bersama pasukannya. Kami bermula hanya dengan 2 konopi jenis piramid dan 6 biji meja untuk setiap set konopi.

Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam menambah dana masjid dan memudahkan urusan anak mukim untuk menyewa konopi selepas ini.

Sokongan semua amat dihargai. Untuk menempah dan sebarang pertanyaan boleh hubungi abe Aris Ibrahim +6014-943 5285

PENDAFTARAN ONLINE KEM TAHFIZ AL-QURAN 2024🔰 KEM TAHFIZ AL-QURAN 2024🔰◼Sempena dengan cuti sekolah yang bakal menjelma !...
22/01/2024

PENDAFTARAN ONLINE KEM TAHFIZ AL-QURAN 2024

🔰 KEM TAHFIZ AL-QURAN 2024🔰

â—¼Sempena dengan cuti sekolah yang bakal menjelma ! Pihak pengurusan Maahad Tahfiz Daril Ulum (MAFIZ) Kampung Meranti Pasir Mas Kelantan akan mengadakan Kem Tahfiz Al-Quran.

â—¼Butiran maklumat adalah seperti yang tertera:

📆Tarikh: 10/02/2024 - 16/02/2024
🔖Sasaran: Pelajar Lelaki
📊Umur: 8-12 Tahun
📗Yuran: RM230 Seorang

📣 Pelbagai aktiviti menarik menanti antaranya:
- Hafazan Al-Quran
- Tahsin Al-Quran
- Kelas Fardu Ain
- Motivasi Pelajar
- Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
- Al-Quran Explorer

🔌Bagi yang berminat boleh mengisi secara online mengikut pautan link ini:
Sebarang persoalan boleh terus diajukan kepada nombor berikut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScep9VoJOQyGJx3Wm5mSs1vl6vy-B2ulN3Cdd4M6-P36OTH1w/viewform?usp=sf_link

Sebarang persoalan boleh terus diajukan kepada nombor berikut:
📞 Ustaz Atiq Hilmi - 011 10930700 ( https://wa.link/tj0c8x )
📞 Ustaz Ilmam - 014 5150046 ( https://wa.link/e6vpxb )
📞 Ustaz Syaraf - 014 5202 208 ( https://wa.link/eazrlj )

Address

Kg Kubang Kual
Rantau Panjang
17200

Telephone

+60195256653

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Mukim Kubang Kual Rantau Panjang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share