Masjid Muhammadiah Padang Bukit

Masjid Muhammadiah Padang Bukit Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Muhammadiah Padang Bukit, Religious organisation, Rantau Panjang.

Amalan Yang Memasukkan Ke syurgaعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ...
17/08/2024

Amalan Yang Memasukkan Ke syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَنْبِئْنِي بِعَمَلٍ إِنْ عَمِلْتُ بِهِ دَخَلْتُ الْجَنَّةَ قَالَ أَفْشِ السَّلَامَ وَأَطِبْ الْكَلَامَ وَصِلْ الْأَرْحَامَ وَقُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلْ الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya ia mendatangi Nabi SAW seraya berkata; Ya Rasulullah, Beritakanlah kepadaku tentang amalan yang jika aku kerjakan maka aku akan masuk syurga?" maka baginda bersabda: "Sebarkanlah salam, ucapkanlah perkataan yang baik, sambunglah hubungan silaturahim dan solatlah di waktu malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, maka engkau akan masuk syurga dengan selamat." (Musnad Ahmad No: 10027) Dar Ihya Turath Arabiy. Status: Isnad Tsiqah

Pengajaran:

1.Satu daripada kaedah mempelajari Islam ialah bertanya kepada mereka yang arif dan mahir seperti mana sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW.

2.Antara amalan yang jika di kerjakan boleh menjadi asbab seseorang masuk syurga ialah menyebarkan ucapan salam kepada orang Islam yang kita kenal mahupun yang tidak dikenali.

3.Menuturkan sesuatu perkataan yang baik merupakan amalan yang dijanjikan syurga.

4.Memelihara hubungan silaturahim juga adalah amalan yang wajib kepada orang mukmin dan menjadi antara prasyarat jaminan syurga.

5.Solat sunat di waktu malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur adalah antara amalan yang akan memasukkan seorang Muslim ke syurga dengan selamat.

Dalam kita membina masyarakat dan negara yang teguh dan kukuh, suburkanlah amalan yang mengeratkan ukhuwah dan silaturahim kita sesama kita serta kaum kerabat antaranya dengan menyebarkan salam, ucapkanlah perkataan yang baik-baik sesama kita dan sambunglah hubungan silaturahim sesama kerabat.

11/06/2024
*بسم الله الرحمن الرحيم**الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين**TERJEM...
25/01/2024

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين*

*TERJEMAHAN. DOA JIHAD ATAU KESELAMATAN,*

Wahai Tuhan kami, Engkaulah keselamatan, dan daripada Mulah keselamatan.

Kau Maha Suci Tuhan kami dan Maha Tinggi, hai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Kami dengar dan kami taat, ampunkanlah kami, hai Tuhan kami dan kepadamulah kesudahan kami.

Wahai Tuhan, tolonglah tentera-tentera Islam, dan askar-askar yang mengesakan Tuhan, dan binsakanlah orang-orang kafir ,

orang-orang degil, pembawa-pembawa bid'ah dan orang-orang yang menyekutukanmu dan hancurkanlah musuh-musuhMu, musuh-musuh agama Islam.

Dan tolonglah kami terhadap mereka, wahai Tuan sekelian alam.

Wahai Tuhan, pecahkanlah kumpulan mereka dan bubarkan himpunan mereka dan kurangkan bilangan mereka dan goncangkan kaki-kaki mereka, dan turunkan siksa yang pedih keatas mereka dengan rahmatmu (kekuasaanMu) wahai Tuhan sekelian alam.

Tuhan kami, wahai Tuhan kami, tolonglah kami mengatasi kaum kafir. Hai Tuhan kami ampunkanlah kami dari dosa-dosa kami dan matikan kami sebagai orang Islam.

Dan moga-moga Allah sejahterakan penghulu kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat- sahabatnya sekelian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mulia daripada segala sifat kekurangan.

Dan salam keatas sekalian rasul dan pujian sebenar ialah bagi Allah Tuhan sekelian alam.

13/01/2024
Simpanan Tetap Seorang Muslimعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ م...
13/01/2024

Simpanan Tetap Seorang Muslim

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara perkara yang akan mengikut orang-orang mukmin dari segi amalan dan kebajikannya sesudah mati antaranya Ilmu (berguna) yang diajar dan disebarkan, atau anak yang soleh yang ditinggalkan (memohon istighfar dan berdoa untuknya), atau al-Quran yang diwariskan, atau masjid yang ia bina, atau rumah yang ia bina untuk ibnu sabil, atau sungai yang ia alirkan (untuk orang lain), atau sedekah yang ia keluarkan dari harta miliknya pada masa ia sihat dan masa hidupnya, semuanya akan mengiringinya setelah kematiannya" (HR Ibnu Majah No: 238) Status: Hadis Hasan.

Pengajaran:

Amalan seorang Mukmin akan berterusan ganjaran pahalanya walaupun pemiliknya telah meninggal dunia antaranya:

1. Ilmu berguna dan bermanfaat yang diajar dan disebarkan kepada orang lain: melalui lisan seperti ceramah juga tulisan dalam bentuk buku, artikel, jurnal, termasuk dalam bentuk e-book, dalam FB, Laman Sesawang mahupun telegram dan whatsapp.

2. Anak soleh yang mendoakan dan memohon keampunan untuknya

3. Al-Quran yang diwariskan berbentuk mushaf atau yang diajar

4. Masjid yang dibina

5. Rumah tumpangan yang dibangunkan untuk musafir yang terputus bekalan

6. Sungai yang dibina untuk manfaat manusia dan makhluk lain

7. Sedekah yang kita lakukan ke atas harta semasa kita sihat dan semasa hidup sama ada dalam bentuk wakaf, derma, mahupun sedekah.

Marilah kita berusaha melakukan amal soleh antaranya ilmu berguna yang diajar dan disebarkan - agar ia menjadi simpanan tetap yang faedah keuntungannya akan berterusan walaupun kita telah meninggal dunia.

Doa Elak Mudaratجَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا لَقِيتُ مِن...
06/01/2024

Doa Elak Mudarat

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا لَقِيتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ قَالَ: أَمَا لَوْ قُلْتَ حِينَ أَمْسَيْتَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ لَمْ تَضُرَّكَ

Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu: Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta”, nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.” (HR Muslim No: 2709) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Doa merupakan salah satu ibadah yang hebat kerana ia menghubungkan di antara seorang hamba dengan Pencipta (Allah SWT).

2. Rasulullah SAW mengajarkan doa agar dijauhkan daripada perkara yang memudaratkan. Antara doanya:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

“Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta”

3. Dalam hadis lain, yang diriwayatkan daripada Suhail bin Abu Soleh, daripada bapanya, daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يُمْسِي ثَلاَثَ مَرَّاتٍ : أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ ، لَمْ يَضُرَّهُ حُمَةٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ

Barangsiapa yang mengucapkan pada waktu petang tiga kali:
“Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta”, tidak akan terkena sengatan binatang berbisa pada malam itu.” (HR Tirmizi No: 3604)

Suhail (perawi hadis ini) berkata: “Keluarga kami mempelajarinya dan mengucapkannya pada setiap malam, hingga tiba suatu hari seorang anak perempuan kami disengat oleh seekor binatang, namun dia tidak merasa sakit sedikit pun.” (Lihat Sunan al-Tirmizi, 5/475)

4. Barangsiapa membaca doa ini ketika waktu petang atau malam, nescaya tidak ada yang boleh memudaratkannya sehingga esok pagi.

[Gambar sekadar hiasan]

Zikir Menjauhi Perkara Yang Tidak Diinginiعَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ...
01/01/2024

Zikir Menjauhi Perkara Yang Tidak Diingini

عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَالَ فِي دُبُرِ صَلاَةِ الفَجْرِ وَهُوَ ثَانٍ رِجْلَيْهِ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ كُتِبَتْ لَهُ عَشْرُ حَسَنَاتٍ وَمُحِيَ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ وَرُفِعَ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ وَكَانَ يَوْمَهُ ذَلِكَ كُلَّهُ فِي حِرْزٍ مِنْ كُلِّ مَكْرُوهٍ وَحُرِسَ مِنَ الشَّيْطَانِ وَلَمْ يَنْبَغِ لِذَنْبٍ أَنْ يُدْرِكَهُ فِي ذَلِكَ اليَوْمِ إِلاَّ الشِّرْكَ بِاللَّهِ.

Daripada Abu Dzar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang membaca selepas solat Subuh dalam keadaan menyilangkan kedua kakinya (dalam kedudukan tasyahud), sebelum berkata-kata dia membaca: Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah tidak ada sekutu bagi-Nya, semua kerajaan milik-Nya dan bagi-Nya seluruh pujian, Dia yang menghidupkan, serta mematikan, dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu, sebanyak 10 kali, maka tercatat untuknya sepuluh kebaikan dan terhapus darinya sepuluh kesalahan serta diangkat untuknya sepuluh darjat, dan pada hari itu dia berada dalam perlindungan dari segala yang tidak diingini, serta terjaga dari Syaitan, begitu juga tidak layak ada dosa atasnya pada hari itu kecuali syirik kepada Allah." (HR Tirmidzi No: 3474) Status: Hassan Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim digalakkan berzikir dan berdoa selepas solat.

2. Antara zikir yang dianjurkan untuk dibaca selepas solat Subuh dalam keadaan menyilangkan kedua kakinya (dalam kedudukan tasyahud), sebelum berkata-kata yang lain adalah;

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Barang siapa membaca sebanyak 10 kali, maka:

a) Dicatat untuknya sepuluh kebaikan
b) Terhapus daripadanya sepuluh kesalahan
c) Diangkat untuknya sepuluh darjat
d) Pada hari tersebut dia berada dalam perlindungan dari segala yang tidak diingini
e) Terjaga dari Syaitan pada hari tersebut
f) Tidak layak ada dosa atasnya pada hari itu (terampun) kecuali dosa syirik kepada Allah

3. Orang yang membaca zikir ini selepas solat subuh sebanyak 10 kali dalam keadaan masih duduk seperti tahiyat akhir dan belum bercakap yang lain, maka akan terpelihara daripada sesuatu yang tidak diingini termasuklah pelbagai penyakit juga dilindungi dari mara bahaya yang lain.

[Gambar sekadar hiasan]

25 Disember 2022 | Isnin | 4.30 petang Mengatasi banjir 2014..
25/12/2023

25 Disember 2022 | Isnin | 4.30 petang

Mengatasi banjir 2014..

20/12/2023

DOA BERLINDUNG DARI APA-APA KEJAHATAN YANG ADA KETIKA KITA BERHENTI ATAU BERADA DI SUATU TEMPAT.

23/10/2023

Bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat..

Address

Rantau Panjang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Muhammadiah Padang Bukit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share