Soccom St Peter Claver Ranau SPCR

Soccom St Peter Claver Ranau SPCR Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Soccom St Peter Claver Ranau SPCR, Christian church, Ranau.

PERHIMPUNAN PEMBIMBING KATEKETIKAL PAROKI RANAU TAHUN 2026 DI ST. PETER DE APOSTLE KG. PAGINATAN (II) Pix by Fendi Kamil...
15/08/2026

PERHIMPUNAN PEMBIMBING KATEKETIKAL PAROKI RANAU TAHUN 2026 DI ST. PETER DE APOSTLE KG. PAGINATAN (II) Pix by Fendi Kamilis

PERHIMPUNAN PEMBIMBING KATEKETIKAL PAROKI RANAU TAHUN 2026 DI ST. PETER DE APOSTLE KG. PAGINATAN (I) Pix by Fendi Kamili...
15/08/2026

PERHIMPUNAN PEMBIMBING KATEKETIKAL PAROKI RANAU TAHUN 2026 DI ST. PETER DE APOSTLE KG. PAGINATAN (I) Pix by Fendi Kamilis

Umat Katolik diajak menjadikan Bonda Maria sebagai teladan dalam menghayati kehidupan beriman, khususnya dalam aspek ker...
15/08/2026

Umat Katolik diajak menjadikan Bonda Maria sebagai teladan dalam menghayati kehidupan beriman, khususnya dalam aspek kerendahan hati, ketaatan kepada kehendak Tuhan dan keyakinan terhadap janji keselamatan-Nya.

Seruan itu disampaikan oleh Rev. Fr. Lasius Gantis dalam homilinya semasa Misa Kudus sempena Solemniti Maria Diangkat ke Syurga di Gereja St Peter Claver Ranau, Sabtu, 15 Ogos 2026.

Beliau mengajak umat merenungkan kisah kunjungan Maria kepada saudaranya, Elizabeth, sebagaimana dikisahkan dalam Injil. Pertemuan tersebut memperlihatkan bagaimana kehadiran Maria membawa sukacita kepada Elizabeth dan anak yang dikandungnya, Yohanes Pembaptis.

Namun, kata beliau, perkara yang paling menarik daripada respons Maria bukanlah keinginan untuk menerima pujian terhadap dirinya, tetapi bagaimana Maria segera mengarahkan segala pujian kepada Tuhan melalui nyanyian Magnificat.

“Saya bersyukur kepada Tuhan atas anugerah panggilan yang telah diberikan kepada saya. Hari ini, saya merayakan ulang ta...
11/08/2026

“Saya bersyukur kepada Tuhan atas anugerah panggilan yang telah diberikan kepada saya. Hari ini, saya merayakan ulang tahun kepadrian yang ke-4.

“Empat tahun yang lalu, saya berdiri di hadapan altar Tuhan dan mengucapkan "Ya" kepada panggilan-Nya. Hari ini, saya berdiri di sini dengan hati yang penuh kesyukuran kerana Tuhan terus setia membimbing saya dalam perjalanan pelayanan ini.

“Apabila saya merenungkan kembali perjalanan hidup saya, saya menyedari bahawa menjadi seorang imam bukanlah sesuatu yang berlaku dalam sekelip mata. Panggilan Tuhan bukanlah seperti kilat yang menyambar dari langit. Selalunya, panggilan Tuhan hadir secara perlahan-lahan melalui keluarga, Gereja, para Paderi, katekis, sahabat-sahabat, dan pengalaman hidup.

“Tuhan memanggil setiap orang dengan cara yang unik. Ada yang mendengar panggilan-Nya sejak kecil, ada yang hanya menyedarinya ketika dewasa. Ada yang menerima panggilan itu dengan penuh keyakinan, ada juga yang bergelut dengan ketakutan dan keraguan.

“Kepada para belia: Jangan takut bermimpi bersama Tuhan. Jangan takut menyerahkan hidup anda kepada-Nya. Jika Tuhan memanggil, jawablah dengan berani: "Ya Tuhan, aku datang untuk melakukan kehendak-Mu."

“Semoga Tuhan terus memberkati kita semua, dan semoga lebih ramai belia berani menyahut panggilan Tuhan.”

– Rev Fr Lasius Gantis

03/08/2026

Umat Katolik diajak meneladani kasih, ketaatan, iman Bonda Maria

Pesta Hati Maria Yang Tak Bernoda yang disambut di Gereja St Victor Bongkud, Ranau pada 13 Jun 2025 mengajak umat Katolik meneladani kasih, kelembutan, ketaatan dan kepercayaan penuh Bonda Maria kepada Tuhan dalam setiap cabaran kehidupan.

Dalam homilinya, Fr Jalius Joannes Sading menjelaskan bahawa hati manusia ialah tempat lahirnya perasaan, kehendak dan keputusan, namun Hati Maria Yang Tak Bernoda istimewa kerana sentiasa terbuka kepada kehendak Tuhan serta bebas daripada kejahatan, kebencian dan kepentingan diri.

Baca berita penuh di https://www.catholicsabah.com/umat-katolik-diajak-meneladani-kasih-ketaatan-iman-bonda-maria/

DOKUMEN YANG DIKELUARKAN OLEH DICASTERY FOR THE              DOCTRINE OF THE FAITH DARI VATIKAN.
26/07/2026

DOKUMEN YANG DIKELUARKAN OLEH DICASTERY FOR THE
DOCTRINE OF THE FAITH DARI VATIKAN.

Upacara Penerimaan Katekumen, SPCR, 19 Julai 2026
19/07/2026

Upacara Penerimaan Katekumen, SPCR, 19 Julai 2026

RANAU, 19 Julai, 2026: Menyentuh bacaan Injil mengenai perumpamaan lalang di tengah gandum, Fr. Ambrose Atang berkata Ye...
19/07/2026

RANAU, 19 Julai, 2026: Menyentuh bacaan Injil mengenai perumpamaan lalang di tengah gandum, Fr. Ambrose Atang berkata Yesus mengajar bahawa kehidupan manusia sentiasa memperlihatkan kewujudan kebaikan dan kejahatan yang tumbuh bersama.

Beliau menjelaskan bahawa apabila para pekerja ingin segera mencabut lalang, tuan ladang menghalangnya kerana bimbang gandum turut tercabut. Gambaran itu menunjukkan bahawa Allah tidak terburu-buru menghukum manusia, sebaliknya memberikan masa untuk setiap orang berubah dan bertobat.

"Kita sering bertanya mengapa orang yang melakukan kejahatan masih diberi umur panjang atau kelihatan hidup senang. Jawapannya ialah kerana Allah masih memberikan ruang dan kesempatan untuk mereka berubah. Kesabaran Allah adalah peluang untuk keselamatan," katanya.

Menurut beliau, manusia tidak seharusnya cepat menghakimi atau menghukum sesama sendiri kerana hanya Allah yang mengetahui isi hati setiap insan serta waktu yang paling tepat untuk melaksanakan penghakiman-Nya.

Fr. Ambrose turut mengingatkan bahawa setiap orang mempunyai kelemahan dan kekurangan. Oleh itu, umat Kristian dipanggil untuk saling membantu, saling mendoakan dan sentiasa memberi ruang kepada pertobatan, sebagaimana Allah sendiri bersabar terhadap umat manusia.

Beliau berkata perjalanan iman bukanlah bebas daripada cabaran. Setiap orang berhadapan dengan godaan, kelemahan dan pengaruh kejahatan. Namun Tuhan tidak pernah meninggalkan umat-Nya.

Dalam Misa Kudus itu seramai 61 orang Katekumen diterima masuk dalam gereja Katolik. Mereka akan melalui proses bembelajaran dan pertumbuhan iman sebelum menerima pembaptisan pada masa yang sudah ditetapkan.

Thank you Catholic Sabah
16/07/2026

Thank you Catholic Sabah

Hayati makna Ekaristi dalam perayaan Corpus Christi

Umat Katolik di Gereja St Peter Claver Ranau (SPCR) diraikan dalam Misa Kudus Hari Raya Tubuh dan Darah Kristus pada 7 Jun 2026, dengan paderi paroki SPCR, Fr Ambrose M Atang, menyeru umat agar lebih menghayati makna Ekaristi sebagai pusat kehidupan iman dan lambang kasih Tuhan yang menyelamatkan manusia.

Perayaan yang berlangsung di gereja tersebut dihadiri ramai umat paroki. Selepas Misa Kudus, sambutan diteruskan dengan Perarakan Ekaristi mengelilingi bangunan gereja sebagai tanda penghormatan dan kesaksian iman terhadap kehadiran sebenar Kristus dalam Sakramen Mahakudus.

Baca berita penuh di https://www.catholicsabah.com/hayati-makna-ekaristi-dalam-perayaan-corpus-christi/

14/07/2026

Reflection session (WCD)
3.7.2026, St Bede Kokob Retreat Centre Ranau

Address

Ranau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Soccom St Peter Claver Ranau SPCR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share