09/04/2026
KASIH YANG MELAMPAUI SEGALANYA
Yohanes 21:15
Sesudah sarapan Yesus berkata kepada Simon Petrus: "Simon, anak Yohanes, apakah engkau mengasihi Aku lebih daripada mereka ini?"
Shalom jemaat Tuhan.
Kita melihat bagaimana Petrus pernah mengalami kegagalan dalam mengekspresikan kasihnya, yang akhirnya membawa kepada penyangkalan. Namun, penyesalan yang sungguh-sungguh membawanya tetap setia dalam persekutuan para murid. Di tepi pantai itu, Yesus memberikan kesempatan kedua.
Syarat yang diminta Yesus bukanlah kesempurnaan masa lalu, melainkan kualiti kasih di masa kini: Adakah kita mengasihi-Nya lebih daripada segalanya?
~Lebih daripada hobi atau keselesaan kita.
~Lebih daripada kerjaya dan profesion (seperti Petrus yang dipanggil meninggalkan jala nelayan untuk menjadi "penjala manusia").
~Lebih daripada impian peribadi kita.
Tuhan Yesus menghendaki setiap kita meletakkan kasih kepada-Nya sebagai keutamaan yang tertinggi, mengatasi segala sesuatu yang lain di dunia ini.
Bukan dengan keperkasaan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan Roh-Ku, firman TUHAN semesta alam. (Zakharia 4:6)
Kiranya kasih kita kepada-Nya semakin bertumbuh melampaui segala sesuatu yang ada di dalam dunia ini.
Doa saya menyertai ibu/bapa semua.
Tuhan Yesus memberkati.
Rev. Sintoh Yusop
SIB Sabah
9/4/2026