Surau Pudina

Surau Pudina Join Group Whatsapp Kariah Surau Pudina :
https://chat.whatsapp.com/FktXWcDzi6b6M46sjycnXA

KHUTBAH & SOLAT JUMAAT SURAU PUDINAAssalamualaikum WBTTajuk khutbah pada hari tersebut ialah:β€œDUNIA DINIKMATI, AKHIRAT J...
03/07/2026

KHUTBAH & SOLAT JUMAAT SURAU PUDINA

Assalamualaikum WBT
Tajuk khutbah pada hari tersebut ialah:
β€œDUNIA DINIKMATI, AKHIRAT JANGAN DILUPA”

KHATIB & IMAM: USTAZ AZIZI ARIFIN
MUAZIN: USTAZ SAUFI MANSOR

Mari kita datang lebih awal untuk ambil wuduk dengan tenang dan isi saf depan. 😊

Semoga Allah terima amalan kita dan Semoga Jumaat kita diberkati. Aamiin 🀲


πŸ“Œ HEBAHAN JADUAL KULIAH SURAU PUDINA BULAN JULAI 2026Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Muslimin dan muslimat ya...
01/07/2026

πŸ“Œ HEBAHAN JADUAL KULIAH SURAU PUDINA BULAN JULAI 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Muslimin dan muslimat yang dihormati,
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jadual Kuliah Surau Pudina bagi Bulan JULAI 2026 telah disediakan.

πŸ“… Pelbagai pengisian ilmu bermanfaat merangkumi pengajian fardhu ain, tafsir, hadis dan tazkirah rohani yang akan disampaikan oleh para asatizah jemputan.

πŸ“– Marilah kita bersama-sama memanfaatkan majlis ilmu ini sebagai bekalan iman dan amal untuk kehidupan seharian.

πŸ“ Tempat: Surau Pudina
πŸ“† Tarikh: Sepanjang JULAI 2026
⏰ Masa: Seperti dalam jadual

✨ β€œMenuntut ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim.”

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Semoga kehadiran kita diberkati dan dirahmati Allah SWT.

*PENGURUS SURAU PUDINA*

PROGRAM JOM KACAU BUBUR ASYURAMarilah kita bergotong-royong membuat bubur Asyura!πŸ“… TARIKH: 27 JUN 2026 (SABTU)πŸ•£ MASA: BE...
26/06/2026

PROGRAM JOM KACAU BUBUR ASYURA

Marilah kita bergotong-royong membuat bubur Asyura!

πŸ“… TARIKH: 27 JUN 2026 (SABTU)
πŸ•£ MASA: BERMULA JAM 8.30 PAGI
πŸ“ TEMPAT: PERKARANGAN SURAU PUDINA

SARAPAN PAGI AKAN DISEDIAKAN!!

Program ini bukan sekadar menyediakan Bubur Asyura, malah menjadi medan untuk mengeratkan silaturrahim, memupuk semangat gotong-royong serta menyemai budaya saling membantu dalam kalangan masyarakat. Jumpa anda di Surau Pudina! πŸ’šπŸ€²

JAWATANKUASA SURAU PUDINA

KURSUS MANASIK UMRAH Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dimaklumkan bahawa OGP Travel & Tour dengan kerjasama Su...
19/06/2026

KURSUS MANASIK UMRAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa OGP Travel & Tour dengan kerjasama Surau Pudina akan mengadakan Kursus Manasik Umrah bagi memberi pendedahan dan panduan kepada bakal jemaah serta mereka yang berminat untuk memahami ibadah umrah dengan lebih mendalam.

πŸ—“ Tarikh: 21 Jun 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Surau Pudina, PPAM Pudina, No. 2, Jalan Kasturi, Presint 17, 62150 Putrajaya
πŸŽ™ Penceramah: Ustaz Mohamed Zamri bin Haji Basir (Pembimbing Umrah)

✨ PERCUMA & TERBUKA KEPADA SEMUA JEMAAH

Marilah kita mengambil peluang ini untuk menambah ilmu dan memahami tatacara pelaksanaan ibadah umrah dengan lebih sempurna.

πŸ“ž Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Puan Ain – 012-3062544

Jom hadir beramai-ramai dan sebarkan kepada ahli keluarga serta rakan-rakan. Semoga mendapat manfaat dan keberkatan daripada Allah SWT. 🀲🏻

PEMAKLUMAN AHLI JAWATANKUASA SURAU PUDINA SESI 2026 - 2029Assalamualaikum wbt, sukacita dimaklumkan berikut adalah baris...
19/06/2026

PEMAKLUMAN AHLI JAWATANKUASA SURAU PUDINA SESI 2026 - 2029

Assalamualaikum wbt, sukacita dimaklumkan berikut adalah barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Pudina bagi sesi 2026-2029

PENGERUSI
* Zainudin Bin Malek

TIMBALAN PENGERUSI
* Mohd Saufi Bin Mansor

BENDAHARI
* Azizi Bin Mohd Arifin

SETIAUSAHA
* Mohd Noor Saufi Bin Mohamad

AHLI JAWATANKUASA (AJK)
* Azmi Bin Abd Karim
* Nasir Bin Abd Rahman
* Muhammad Zulfadhli Bin Zaini (Belia)
* Mohd Sharol Azlan Bin Mohd Azahar
* Mazli Bin Mansor
* Ahmad Mujiddin Bin Alias
* Afizuddin Bin Mohamad Ayob
* Noor Haslizawati Binti Hasan (Beliawanis)
* Norsitah Binti Zaini (Wanita)
* Jumaiza Mizwa Binti Mohd Termizi (Wanita)

Kami juga memohon doa, sokongan dan kerjasama daripada seluruh anak kariah agar segala perancangan dan aktiviti yang bakal dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

JAWATANKUASA SURAU PUDINA
SESI 2026 - 2029

SEMOGA KITA DAPAT BERHIJRAH KEPADA KEHIDUPAN DAN AMAL YANG LEBIH BAIK
16/06/2026

SEMOGA KITA DAPAT BERHIJRAH KEPADA KEHIDUPAN DAN AMAL YANG LEBIH BAIK

Dimaklumkan bahawa selepas masuk waktu Maghrib pada petang ini, kita akan melangkah masuk ke 1 Muharram 1448H, menandaka...
16/06/2026

Dimaklumkan bahawa selepas masuk waktu Maghrib pada petang ini, kita akan melangkah masuk ke 1 Muharram 1448H, menandakan bermulanya tahun baharu dalam kalendar Hijrah.

Marilah kita bersama-sama menghidupkan malam yang penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan doa, istighfar, zikir dan muhasabah diri atas segala amalan yang telah dilakukan sepanjang tahun yang lalu. Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan kita, mengampunkan segala dosa dan kesilapan, serta mengurniakan keberkatan, rahmat dan kejayaan kepada kita semua pada tahun yang baharu ini.

Jangan lupa untuk membaca Doa Akhir Tahun sebelum Maghrib dan Doa Awal Tahun selepas Maghrib.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H.

PEMAKLUMAN TAMAT KHIDMAT AJK SESI 2023 - 2026Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Haji Zainudi...
16/06/2026

PEMAKLUMAN TAMAT KHIDMAT AJK SESI 2023 - 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Haji Zainudin Bin Malek (Timbalan Pengerusi) mengumumkan bahawa Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Pudina bagi sesi 2023–2026 di bawah pimpinannya telah berakhir secara rasmi pada tarikh 15 Jun 2026, Ianya selaras dengan ketetapan yang telah di keluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Jawatankuasa Surau Pudina memohon maaf sekiranya sepanjang tempoh perkhidmatan ini terdapat sebarang kekhilafan, kekurangan atau kelemahan daripada pihak kami

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang kurang itu adalah kelemahan kami sebagai hamba-Nya.

Senarai AJK Surau Pudina sesi 2026 - 2029 akan dimaklumkan dalam masa terdekat ini, inshaAllah

Pengurusan Surau Pudina

*πŸ“Œ HEBAHAN JADUAL KULIAH SURAU PUDINA BULAN JUN 2026*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Muslimin dan muslimat ya...
11/06/2026

*πŸ“Œ HEBAHAN JADUAL KULIAH SURAU PUDINA BULAN JUN 2026*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Muslimin dan muslimat yang dihormati,
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jadual Kuliah Surau Pudina bagi Bulan JUN 2026 telah disediakan.

πŸ“… Pelbagai pengisian ilmu bermanfaat merangkumi pengajian fardhu ain, tafsir, hadis dan tazkirah rohani yang akan disampaikan oleh para asatizah jemputan.

πŸ“– Marilah kita bersama-sama memanfaatkan majlis ilmu ini sebagai bekalan iman dan amal untuk kehidupan seharian.

πŸ“ Tempat: Surau Pudina
πŸ“† Tarikh: Sepanjang JUN 2026
⏰ Masa: Seperti dalam jadual

✨ β€œMenuntut ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim.”

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Semoga kehadiran kita diberkati dan dirahmati Allah SWT.

*PENGURUS SURAU PUDINA*

Address

Jalan Kasturi P17
Putrajaya
62150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Pudina posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Pudina:

Shortcuts

Share