28/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐
27 - 28 Mei 2026
Rabu & Khamis
Alhamdulillah.
MMP telah mengadakan Majlis Ibadah Korban 2026 pada hari raya pertama & ke 2 Aidiladha.
Sebanyak 11 ekor lembu dikorbankan dan telah diagihkan kepada semua penerima dalam kalangan peserta yang mengambil bahagian, Asnaf, serta anak kariah MMP.
Program dimulakan dengan sembelihan seekor lembu sado pada hari raya pertama yang diuruskan oleh semua petugas & sukarelawan korban.
Jamuan istimewa Sup Daging, Singgang Daging & Daging Goreng Kunyit disediakan kepada semua jemaah bermula selepas solat zohor berjemaah.
Pada hari raya ke 2, Majlis dimulakan dengan pendaftaran pada pukul 8:30 pagi dan disempurnakan agihan daging korban oleh Tan Sri Datuk Seri Othman Bin Haji Mahmood, Pengerusi Anggota Jawatankuasa Kariah MMP
Turut hadir Ustaz Abu Bakar Bin Mohamad Noor, Naqib / Ketua Imam MMP serta pegawai-pegawai dan AJK MMP.
Sekalung penghargaan buat Syarikat MAGGI MALAYSIA yang sudi menghadiahkan goodies buat semua peserta korban dan anak kariah.
Terima kasih diucapakan kepada semua peserta yang mengambil bahagian, tidak dilupakan kepada semua petugas & sukarelawan yang bertungkus lumus membantu dari awal program sehingga akhir.
Semoga Allah SWT menerima korban & ibadah kita Insya Allah.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Masjid Mahmoodiah Putrajaya:
โ
No akaun: 566010621212 (Maybank)
โ
Nama bank: Masjid Mahmoodiah SRA