Pakar Runding Keluarga Islam

Pakar Runding Keluarga Islam Kami menawarkan khidmat berbentuk nasihat, kaunseling, cadangan penyelesaian dan sebagainya.

05/07/2024

Hari ini, seorang lelaki datang ke pejabat kami dengan hati yang remuk. Dia membawa surat yang ada letter head JAKIM, menceritakan bagaimana dia ditipu sebanyak 80k oleh scammer yang tidak berperikemanusiaan.

Kami telah menerima banyak aduan mengenai pelaburan yang kononnya menggunakan nama JAKIM sebagai jaminan kepatuhan syariah. Perlu ditegaskan, ini bukan bidang kuasa JAKIM.

Kepada semua, sebagai peringatan, pastikan setiap pelaburan yang anda buat adalah sah dan di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa seterusnya. Masyarakat perlu meningkatkan kesedaran dan berhati-hati dengan penipuan yang semakin berleluasa ini.

20/12/2023

Sumbangan kepada P@lesteen sangat digalakkan, namun bagaimana pengurusan dana tersebut dilakukan? Link di komen 👇🏻

27/09/2022

Assalamualaikum.

28/11/2017

TAHUKAH ANDA!!!

- Dalam satu muka surat mushaf al-Quran ada 15 baris ayat.
- Dalam satu baris ada lebih kurang 25 ke 30 huruf.
- Bermakna dalam satu muka surat ada lebih kurang 450 huruf.

- Satu huruf bersamaan dengan 10 ganjaran pahala.
- Bermakna satu muka surat kita boleh mendapat lebih kurang 4,500 ganjaran pahala.

- Satu muka surat boleh dibaca lebih kurang 3 ke 5 minit.

Cuba bayangkan apabila kita mendapat gaji sebanyak RM4,500 untuk kerja yang dilakukan selama 3 ke 5 minit sahaja.

Ironinya, ramai yang mengabaikan ganjaran pahala 4,500 dalam masa 3 ke 5 minit yang Allah hadiahkan kepada hambaNya.

اللهم مصرف القلوب صرف قلوبنا على طاعتك
يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك

"Wahai Allah yang mengarahkan hati! Arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepada-Mu,
Wahai Zat yang membolak-balikkan hati! Tetapkanlah hati-hati kami ke atas agama-Mu."

Kredit : Darul Quran JAKIM

أمهات صنعن أمجاداIbu yang melahirkan nama-nama besarنساء صنعن أمجاداً لنا فخلد التاريخ ذكرهن كرموز من رموز الإسلام همهن ...
16/11/2017

أمهات صنعن أمجادا
Ibu yang melahirkan nama-nama besar

نساء صنعن أمجاداً لنا فخلد التاريخ ذكرهن كرموز من رموز الإسلام همهن نصرة الإسلام .

Wanita-wanita melahirkan nama-nama besar buat kita, sejarah pun mengabadikan nama mereka sebagai tokoh-tokoh besar Islam, obsesi mereka hanyalah​ memperjuangkan agama Islam.

١- أم الإمام مالك
1-Ibu dari lmam Malik
🔹العالية بنت شريك بن عبد الرحمن الأسدية :
دفعت ابنها لحفظ القرآن الكريم فحفظه، وأرسلته إلى مجالس العلماء، فألبسته أحسن الثياب، وعممته، ثم قالت له : "اذهب فاكتب الآن" .
Al-'Āliyah binti Syarīk bin Abdur Rahmān Al-Asadiah.

Beliau memotivasi anaknya untuk menghafal Al-quran, sehingga anaknya berhasil menghafalnya.

Beliau juga mengantar anaknya ke majlis-majlis ilmu bersama para Ulama; sang anak dipakaikan pakaian terbaik dan serban, lalu beliau berkata kepada anaknya: "Pergilah dan belajarlah sekarang".

🔸ولم تكتفِ أمه بالعناية بمظهره، بل كانت تختار له ما يأخذه عن العلماء، فقد كانت تقول له :
"اذهب إلى ربيعة فتعلم من أدبه قبل علمه"،
Sang ibu tidak hanya perhatian dengan penampilan sang anak. Beliau juga memilihkan untuk anaknya apa yg dipelajarinya dari para ulama.

Beliau berkata kepada anaknya:"Pergilah ke Rabīah. Belajarlah adab dari beliau, sebelum kamu menimba ilmunya".

⬅فأصبح الإمام مالك جبلا من جبال العلم وعالم المدينة النبوية ومفتيها، وأحد أكابر علماء الأمة الإسلامية .
Imam Malik akhirnya menjadi salah satu figur ilmu, dan menjadi ulama & m***i Kota Nabi, Madinah, serta menjadi salah seorang ulama besar ummat Islam.

٢- أم الإمام الشافعي
2-Ibu dari Imam As-syafie

🔹مات زوجها بعد أن وُلِدَ الشافعي بزمن قصير، فنشأ الشافعي يتيمًا، وأصبح مصيره مرتبطًا بتصرُّف أمه .

Suami beliau meninggal tidak lama setelah melahirkan Imam Asy-Syafi'i.

Imam Asy-Syafi'i pun tumbuh dalam keadaan yatim, hidup bergantung pada sang ibu.

🔸وكانت أم الشافعي ذات حذق وذكاء، وتفقُّه في الدين، ومثل هذه الأم الفاضلة لا يُتَوَقع منها إلا أن تحسن رعاية وليدها، وتسهر على تنشئته تنشئة صالحة، وتختار له الطريق القويم .
Ibu Imam Asy-Syafi'i adalah seorang yang bijak & cerdas, serta seorang ibu yang telah mengecap pendidikan ilmu agama.

Apa yang diprediksi dari ibu mulia seperti itu kecuali mengurus anaknya dengan baik, begadang di malam hari demi mendidik sang anak dengan baik serta mencarikan jalan yang terbaik untuknya.

🔹ارتحلت به حين بلغ عامين من عمره من غزَّة -مسقط رأس الشافعي- إلى مكة، حيث العلم والفضل، وحيث البادية حولها، والتي فيها يقوَّم لسان الغلام وتصح لغته،

Beliau memutuskan membawa sang anak ketika anaknya berusia dua tahun dari Gaza, tanah kelahiran sang Imam, ke kota Makkah yang menjadi gudang ilmu dan keutamaan, dan dikelilingi padang sahara dimana para Arab Badui menetap, tempat dimana sang anak mengembangkan kemampuan bahasa dan kefasihan lisannya.

⬅فأصبح الإمام العلامة الفقيه والشاعر الفصيح ومن أئمة الإسلام وهو ثمرة جهود تلك المرأة الفاضلة .

Imam Asy-Syafi'i pun menjadi seorang Imam yang alim, faqih dan penyair yang sangat fasih, serta salah seorang ulama besar umat Islam.

Dan itu semua merupakan buah perjuangan perempuan yang mulia tersebut.

٣- أم الإمام أحمد بن حنبل
3-Ibu dari Imam Ahmad bin Hanbal

🔹صفية بنت عبد الملك الشيبانية :
ولد الإمام أحمد في آخر القرن الثاني في بغداد، وعاش في بيتٍ فقير، مات أبوه وهو طفل، فتكفلت أمه بتربيته .
Sofiah binti Abdul Malik As-Syaibaniah.

Imam Ahmad dilahirkan pada akhir abad ke-2 di Kota Baghdad.

Beliau hidup dalam sebuah keluarga yang faqir.

Ayahnya meninggal dunia ketika usianya masih kanak-kanak. Maka ibunyalah yang bertanggungjawab untuk merawatnya.

🔸قال أحمد رحمه الله : فحفظتني أمي القرآن وعمري عشر سنوات، فحفظ كتاب الله واستوعاه في صدره، رعته والدته حق الرعاية، وقال رحمه الله : كانت أمي تلبسني اللباس، وتوقظني، وتحمي لي الماء قبل صلاة الفجر وأنا ابن عشر سنوات .
Imam Ahmad rahimahullah berkata: Aku menghafal Al-quran dari Ibu ketika umurku sepuluh tahun". Akhirnya, Beliau pun berhasil menghafal Kitabullah di luar kepala.

Sang Ibu benar-benar memelihara anaknya dengan didikan yang benar.

Imam Ahmad rahimahullah berkata: "Ibuku lah yang memakaikan aku pakaian, membangunkan aku dari tidur, memanaskan air untukku sebelum solat Subuh (Fajar) dan usiaku ketika itu sepuluh tahun".

🔹كانت تتخمر وتتغطى بحجابها وتذهب معه إلى المسجد؛ لأنه بعيد، فانظروا رحمكم الله إلى المرأة الصالحة !

Sang ibu pun mengenakan pakaian yang lengkap dan menutupi kepalanya dgn kain tudungnya untuk pergi bersama anaknya ke masjid karena jaraknya yang jauh....

Coba perhatikan -semoga Allah merahmati kalian- kesungguhan wanita solehah itu.

🔸قال : فلما بلغت السادسة عشرة من عمري، قالت لي أمي : اذهب في طلب الحديث، فإن السفر في طلب الحديث هجرة إلى الله الواحد الأحد، قال : فأعطتني متاع السفر عشرة أرغفة شعير، ووضعت معها صرة ملح، وقالت: يا بني! إن الله إذا استُودع شيئاً لا يضيعه أبداً، فأستودعك الله الذي لا تضيع ودائعه،

Imam Ahmad rahimahullah berkata: Ketika usiaku menjangkau 16 tahun, ibuku berkata kepadaku: "Pergilah menuntut ilmu hadits, karena perjalanan jauh dalam menuntut hadits hakikatnya adalah hijrah menuju Allah SWT Yang Maha Esa, Maha Tunggal".

Imam berkata lagi: "Dan ibuku memberiku bekal perjalanan berupa 10 buah roti, diletakkan bersamanya sekantong garam. Beliau berkata: "Wahai anakku, sesungguhnya Allah SWT itu jika dititipi maka tidak ada yang akan hilang dari-Nya, dan aku menitipkanmu kepada Allah SWT yang tidak pernah sama sekali menghilangkan amanah".

👈🏼فأصبح العالم المحدث الفقيه الشجاع في الحق وإماما من أئمة السنة.

Beliau pun akhirnya menjadi seorang Alim, ahli hadith, faqih, yang berani dalam menegakkan kebenaran.

Beliau juga seorang ulama besar (imam)Ahli Sunnah Wal Jama'ah-.

٤- أم الإمام البخاري
4-Ibu dari al-Imam Al-Bukhari.

🔹ولد الإمام البخاري رحمه الله (194هـ) ببلدة بخارى. مات أبوه وهو صغير فكفلته أمه وأحسنت تربيته .
Imam Bukhari rahimahullah dilahirkan pd tahun 194H, di negeri Bukhara.

Ayahnya telah meninggal dunia ketika sang imam masih kecil.

Maka ibunyalah yang memelihara dan mendidiknya dengan pendidikan terbaik.

🔸ذهبت عيناه في صغره، فرأت والدته الخليل إبراهيم عليه السلام في المنام، فقال لها :
"يا هذه ! قد رد الله على ابنك بصره بكثرة دعائك" فأصبح وقد رد الله عليه بصره، فتبدل حزنها سرورا، وكانت أمه كثيرة الدعاء له والبكاء عليه .

Sang imam kehilangan penglihatannya di masa kecil. Kemudian Ibunya bermimpi melihat Al-Khalil Nabi Ibrahim alaihissalām, Nabi Ibrahim berkata kepadanya: "Wahai ibu, sesungguhnya Allah SWT telah mengembalikan penglihatan anakmu disebabkan banyaknya doa yang kau panjatkan".

Paginya, Allah Mengembalikan penglihatan anaknya, kesedihan sang ibu berubah menjadi kegembiraan.

Sang Ibu memang banyak mendoakan anaknya dan sangat menangisi keadaannya.

🔹ربته أمه أحسن تربية، كانت تذهب به للمسجد، وكانت ترسله للعلماء وحلقات العلم،

Sang ibu mendidik anaknya dengan didikan terbaik.

Beliau membawa sang anak ke masjid, dan mengirimkannya untuk belajar dari para ulama dan berbagai majlis ilmu.

⬅ فأصبح الحافظ الفذ إمام الحديث وصاحب أصح كتاب في الدنيا بعد كتاب الله تعالى .
Sang anak pun akhirnya menjadi seorang al-Hafiz yang tiada tandingannya, Imam Hadits, pemilik kitab paling shahih yang ada di dunia setelah Kitabullah Taala.

​┈┈ 🌼🌼🌼🌼🌼┈┈

Kiriman Maulana Fadhilatus Syeikh Ahmad Al-hajin di WA pada 8 november 2017M

01/11/2017

Pernikahan merupakan suatu ibadah bagi mereka yang berniat ianya adalah kerana Allah. Apabila berniat kerana Allah, pahala juga akan bersama seiring. InsyaAllah.

Perceraian juga boleh dikira ibadah? Bagaimana itu? Sama juga seperti pernikahan, perceraian yang diniatkan kerana Allah juga akan memperoleh pahala.

Pernikahan dibuat secara baik, perceraian juga boleh dibuat secara baik. Apa gunanya bermusuhan kerana bermusuhan itu meragut ketenangan hati, tidak memberikan apa-apa manfaat kepada pihak-pihak.

Jika sudah tekad untuk bercerai, berbincang lah dengan baik agar pihak-pihak berlapang dada menerima taqdir yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Esa.

:: Tazkirah ::Apabila seorang isteri lagi seorang ibu tidak mampu dari mengemblengkan antara sikap ambil berat dengan ke...
30/10/2017

:: Tazkirah ::

Apabila seorang isteri lagi seorang ibu tidak mampu dari mengemblengkan antara sikap ambil berat dengan keperluan keluarga, aktiviti kebudayaan dan kemasyarakatan yang lain maka sesungguhnya wajib atas isteri dan ibu bagi anak - anak begini pada perkara yang memerlukan keutamaan bahawa dia perlu penuhkan waktunya untuk bersegera menyelesaikan perkara keutamaan itu yang ianya ialah berjaga melakukan kerja rumah tangga SEKALIPUN semua itu perlu mengorbankan dengan kerja yang lain, lebih khusus lagi jika perempuan yang bergelar ibu dan isteri ini ianya terdorong untuk kerja tersebut hanya semata - mata tamakkan terhadap mahsyur di sisi masyarakat ramai atau nak berlazat dengan bertambah harta.
--------------------
Kesimpulannya, tidak salah perempuan berkerja asalkan urusan rumah tangga melibatkan suami dan anak - anak terjaga, tapi jika urusan ini terabai, tinggalkanlah kerja bahkan tumpukan pada urusan rumah tangga.

27/10/2017

*AKHLAK RASULULLAH MUHAMMAD SAW*

١. Baginda selalu diam.

٢. Berbicara ketika perlu.

٣. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .

٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.

٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt).

٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.

٧. Berfikir terus-menerus.

٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila s**a, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.

١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.

١١ . Marah bukan kerana nafsu.

١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.

١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.

١٤ . Apabila s**a Baginda akan memejamkan mata.

١٥ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.

١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.

١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.

١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله swt.

١٩ . Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.

٢٠ . Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.

٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.

٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.

٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.

٢٥ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.

٢٦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.

٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.

٢٨ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.

٢٩ . Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.

٣٠ . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.

٣١ . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan di kalangan mereka.

٣٢ . Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.

٣٣ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.

٣٤ . Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.

٣٥ . Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.

٣٦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.

٣٧ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.

٣٨ . Paling berlapang dada.

٣٩ . Paling tepat dalam berbicara.

٤٠ . Paling halus keperibadiannya.

٤١ . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.

(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

Perbanyakkan Selawat pada Nabi..

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

27/10/2017

:: KATA-KATA MUTIARA IMAM SYAFI'I YG DAHSYAT ::

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan."
- (Imam Syafi'i)

"Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"
- (Imam Syafi'i)

"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia".
- (Imam Syafi'i)

"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
- (Imam Syafi'i)

"Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
- (Imam Syafi'i)

"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''
- (Imam Syafi'i)

"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun".
- (Imam Syafi'i)

SEMOGA BERMANFAAT.....

Dalam Kitab Muhimmah, Sebahagian Ulama  berkata, "Jangan kahwini wanita yang memiliki enam sifat ini;1. Al-Ananah;Wanita...
26/10/2017

Dalam Kitab Muhimmah, Sebahagian Ulama berkata, "Jangan kahwini wanita yang memiliki enam sifat ini;

1. Al-Ananah;
Wanita yang selalu mengeluh. Sedangkan dia sentiasa menghias diri. Berkahwin dengan wanita seperti ini hanya akan lebih menyakitkan hati dan tidak memberikan pahala kepada suaminya.

2. Al-Mananah;
Wanita yang banyak mengungkit dengan suaminya. Dia berkata, "Aku sentiasa melakukan kebaikan kepadamu sedangkan tiada satu kebaikan pun yang kau lakukan untukku."

3. Al-Hunanah;
Wanita yang mengimpikan suami lain. Ini adalah antara sifat yang wajib dijauhi daripada berkahwin dengannya.

4. Al-Hudaqah;
Wanita yang selalu mahukan sesuatu dan meminta suaminya belikan untuknya.

5. Al-Buraqah; Ada dua makna:
i. Wanita yang sepanjang hari berhias sehingga tidak mempedulikan suami dan kerjaya rumahnya

ii. Wanita yang selalu merungut dgn pemberian suaminya dan selalu merasakan pemberian suaminya itu tidak pernah cukup.

6. As-Salaqah;
Wanita yang banyak berleter.

Tilik dalam Kitab Muhimmah.. Tok Musonif pesan situ.

Bermula yang terlebih jahat sifat lelaki itu iaitu yang terlebih baik bagi sifat perempuan iaitu tiga perkara : Saidina Ali berkata, "Ada tiga sifat yang buruk bagi lelaki suaminya yang baik:

1. Al-Bukhlu;
Kedekut. Wanita yang kedekut akan menjaga harta suaminya dgn baik.

2. Az-Zuhu;
Sombong. Ini kerana dia tidak akan melayan orang sebarangan. Jadi suaminya tidak perlu merasa cemburu terhadapnya.

3. Al-Jubnu;
Penakut. Ini kerana wanita yang penakut tidak akan keluar rumahnya dan akan mentaati suaminya.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
الفقــــــــير الــى الله
والله أعلـــــــم.
اّميـــــــن

20/10/2017

"Sekufu" bukan bermakna setara atau sepadan dalam semua aspek. Kaya dengan yg kaya, fakir dengan papa, enggang dengan enggang manakan boleh bersaing dengan pipit atau kesetaraan kesarjanaannya. Sekufu ini adalah profiling peribadi yg akan menyempurnakan pasangan dan mengharmonikan perkahwinan. Ia juga adalah aspirasi pencapaian misi dakwah. Sebab itu Muhammad SAW mengahwini Khadijah RA kerana peribadi Khadijah akan memudahkan urusan dakwahnya walaupun pada asalnya Muhammad SAW hanya pekerjanya sedang Khadijah wanita kaya dan ternama. Perkahwinan yg sekufu bukan kisah hobi dan minat yg sama, bukan juga soal Phd dan sarjana, bukan kisah "Aku anak kampung" mencari kebahagian dengan orang bandar, bukan soal kemampuan serba berdiri, duduk dan baring.Ini soal penyempurnaan misi rahmatan lillalamin. Pasangan yg sekufu adalah pasangan yg jelas visi serta sokongan & pelaksanaan misi dakwahnya!

credit : Puan Fadhlina Sidek.

Address

Putrajaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakar Runding Keluarga Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share