Surau Al-Fatih Presint 15

Surau Al-Fatih Presint 15 Surau Al-Fatih P15-12A Presint 15, Putrajaya Surau Al-Fatih ini telah dibuka secara rasminya pada bulan September 2009 di Presint 15, Putrajaya.

Surau ini dinamakan Surau Al-Fatih berikutan surau ini adalah surau pertama yang dibuka di kawasan Presint 15 ini. Surau ini telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) dengan no. pendaftarannya adalah JAWI/5/042/6/2010. Surau ini kini dianggotai oleh kira-kira 15 ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penduduk di

komuniti Presint 15. Surau Al-Fatih terletak di Kawasan Perumahan Penjawat Awam Presint 15-12A, Presint 15, Putrajaya. Antara aktiviti yang telah dijalankan semenjak surau ini dibuka adalah seperti Kuliah Agama, Ceramah Agama Sempena Israk Mikraj, Solat Sunat Tarawikh di Bulan Ramadhan, Jamuan AidilFitri dan juga aktiviti Ziarah Menziarahi penduduk sekitar Surau Al-Fatih.

Jadual Kuliah Bulanan Surau Al-Fatih, Presint 15, Putrajayaالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُTuan-tuan...
30/07/2026

Jadual Kuliah Bulanan Surau Al-Fatih, Presint 15, Putrajaya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tuan-tuan yang mulia,

Jadual Kuliah Bulanan Surau Al-Fatih, Presint 15, Putrajaya

Disertakan Jadual Kuliah Bulanan Surau Al-Fatih, Presint 15 Putrajaya bagi Bulan Ogos untuk perhatian dan rujukan semua.

Terima kasih.

Jadual Kuliah Bulanan Surau Al-Fatih, Presint 15, Putrajayaالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُTuan-tuan...
01/06/2026

Jadual Kuliah Bulanan Surau Al-Fatih, Presint 15, Putrajaya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tuan-tuan yang mulia,

Jadual Kuliah Bulanan Surau Al-Fatih, Presint 15, Putrajaya

Disertakan Jadual Kuliah Bulanan Surau Al-Fatih, Presint 15 Putrajaya bagi Bulan Jun untuk perhatian dan rujukan semua.

Terima kasih.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

JADUAL KULIAH BULANAN SURAU AL-FATIH, PRESINT 15, PUTRAJAYA BULAN APRIL 2026السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَر...
30/03/2026

JADUAL KULIAH BULANAN SURAU AL-FATIH, PRESINT 15, PUTRAJAYA BULAN APRIL 2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tuan/Puan yang dihormati,

Dengan segala hormatnya disertakan Jadual Kuliah Bulanan Surau Al-Fatih, Presint 15, Putrajaya bagi bulan April untuk perhatian dan rujukan semua.

Sehubungan dengan itu, marilah kita bersama-sama warga kariah P15-12A meneruskan momentum ibadah sepanjang Ramadan yang lalu dengan mengimarahkan Surau Al-Fatih melalui kehadiran ke solat berjemaah serta penyertaan dalam kuliah yang telah dijadualkan.

Semoga usaha ini diberkati dan memberi manfaat kepada kita semua, insya-Allah.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Undangan Program Qiamullail dan SahurWarga P15-12A dan sekitar dengan ini dij...
14/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Undangan Program Qiamullail dan Sahur

Warga P15-12A dan sekitar dengan ini dijemput hadir ke Program Qiamullail dan Sahur yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 15 Mac 2026 (Ahad)
🕓 Masa: 4.30 pagi – 6.45 pagi
📍 Tempat: Surau Al-Fatih, Presint 15, Putrajaya

Program ini diadakan bagi menghidupkan malam Ramadan dengan ibadah qiamullail serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan komuniti setempat.

Semoga kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan program ini serta bersama-sama merebut keberkatan di bulan Ramadan.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,Tuan/Puan yang dihormati,Sumbangan Ikhlas, Derma dan Infa...
13/03/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan yang dihormati,

Sumbangan Ikhlas, Derma dan Infak Surau Al-Fatih, Presint 15, Putrajaya

Bersempena hari Jumaat pada 10 RAMADAN TERAKHIR yang penuh berkat ini, pihak Surau Al-Fatih Presint 15 menyeru tuan/puan untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan, derma dan infak demi menyokong penganjuran pelbagai aktiviti keagamaan, kemasyarakatan dan kebajikan yang memberi manfaat kepada seluruh kariah P15-12A.

Sesungguhnya setiap sumbangan yang dihulurkan akan menjadi bekalan pahala yang berpanjangan, insya-Allah.

Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:

Maksudnya:
"Apabila mati seorang manusia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya."
— Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

Semoga segala infak dan sumbangan tuan/puan mendapat ganjaran besar di sisi Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat,

BENDAHARI
Surau Al-Fatih, Presint 15, Putrajaya

Program Iftar Rahmah Madani anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI   dan Majlis Agama Islam Wilayah Pers...
21/02/2026

Program Iftar Rahmah Madani anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Surau Al-Fatih Presint 15 telah berlangsung dengan penuh meriah dalam suasana ukhuwah di Presint 15, Putrajaya hari ini. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Rahmah Madani yang bertujuan menyantuni masyarakat setempat di samping mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan umat Islam.

Majlis ini telah menghimpunkan penduduk setempat dan ahli kariah surau untuk bersama-sama berbuka puasa dalam suasana penuh keberkatan. Selain menyediakan juadah berbuka puasa, program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh semangat kebersamaan, memupuk sikap saling membantu serta menyemai nilai kasih sayang dalam kalangan komuniti selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Penganjuran program seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan pihak JAWI dan MAIWP dalam mendekati masyarakat melalui pelbagai aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan. Ia juga memberi peluang kepada komuniti untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan institusi agama serta memperkukuh peranan surau sebagai pusat ibadah, perpaduan dan penyatuan ummah.

Pihak Surau Al-Fatih Presint 15 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada JAWI dan MAIWP atas penganjuran serta inisiatif murni ini. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memupuk perpaduan, mempererat hubungan silaturrahim serta menyemarakkan lagi penghayatan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dalam kalangan masyarakat setempat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Tuan / Puan,JEMPUTAN KE PROGRAM IFTAR RAHMAH MADANI TAHUN...
20/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan / Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM IFTAR RAHMAH MADANI TAHUN 2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Surau Al-Fatih Presint 15 Putrajaya akan menganjurkan Program Iftar Rahmah Madani (IRM) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 21 Februari 2026 (Sabtu)
🕖 Masa: 7.00 petang hingga 8.00 malam
📍 Tempat: Ruang Makan Surau Al-Fatih, Presint 15, Putrajaya

Sehubungan itu, seluruh kariah Surau Al-Fatih dan penduduk sekitar adalah dengan ini dijemput hadir bagi memeriahkan majlis serta bersama-sama mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Semoga kehadiran tuan/puan dapat mengeratkan ukhuwah dan memperkukuhkan silaturrahim dalam kalangan komuniti.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

(SURAU AL-FATIH PRESINT 15, PUTRAJAYA)

Address

P15-12A
Putrajaya
62050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Fatih Presint 15 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share