Pertubuhan Duat Al-Falah

Pertubuhan Duat Al-Falah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Duat Al-Falah, Religious organisation, Komplek Islam, Putrajaya.

SALAM NISFU SYAABANManfaatkan malam nisfu syaaban dengan melaksanakan amalan seperti membaca al-Quran, qiamullail, istig...
24/02/2024

SALAM NISFU SYAABAN

Manfaatkan malam nisfu syaaban dengan melaksanakan amalan seperti membaca al-Quran, qiamullail, istighfar,solat sunat dan berdoa memohon keampunan daripada Allah SWT.

DUAT AL-FALAH KE PUSAT LATIHAN KENEGARAAN MERU KLANG.Pada 19-22 Februari 2024 telah diadakan Kursus Kenegaraan Madani be...
22/02/2024

DUAT AL-FALAH KE PUSAT LATIHAN KENEGARAAN MERU KLANG.

Pada 19-22 Februari 2024 telah diadakan Kursus Kenegaraan Madani bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Meru Klang, Selangor.

Tujuan program ini diadakan bagi mengukuhkan jati diri dan menekankan kepentingan beragama kepada mahasiswa yang akan menyambung pengajian ke Jerman.

Seramai 5 orang Duat Al-Falah telah menjadi penceramah kuliah subuh dan maghrib pada program kali ini.

Tahniah dan Syabas kami ucapkan semoga para Duat yang lain akan terus bersemangat menyampaikan dakwah tidak kira tempat dan masa.

Senarai 5 ahli Duat Al-Falah ke Kursus Kenegaraan Madani :
1. Dr. Wan Muhamad Adam bin Wan Norudin
2. Ustazah Nordiran binti Idris
3. Ustaz Muhd Adib Zaim bin Mohd Radzmi
4. Ustaz Muhamad Nazmi bin Ab Rahim
5. Ustaz Amir 'Izzuddin bin Muhammad



Dengar dan hayati perkongsian daripada Duat Al-Falah Ust Azizi Ab Hamid Al Hafiz hari ini jam 9.00 pagi di Tv Alhijrah d...
19/02/2024

Dengar dan hayati perkongsian daripada Duat Al-Falah Ust Azizi Ab Hamid Al Hafiz hari ini jam 9.00 pagi di Tv Alhijrah dalam rancangan Assalamualaikum.

Saksi dan hayati bicara Duat Al-Falah (Muslimat) Ustazah Atriza Umar dalam rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah jam ...
19/02/2024

Saksi dan hayati bicara Duat Al-Falah (Muslimat) Ustazah Atriza Umar dalam rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah jam 9.00 pagi hari ini.



Hidup tentunya mengandungi makna yang lebih berharga apabila kita dapat meninggalkan kesan positif terhadap dunia dan masyarakat.

Dengan menyebarkan manfaat kepada orang lain dan meninggalkan warisan yang baik, kita bukan hanya memuliakan diri sendiri tetapi juga memenuhi tanggungjawab dalam beragama.

Tindak-tanduk baik kita juga boleh menginspirasikan orang lain dan membentuk masyarakat yang lebih baik. Oleh itu, dalam setiap tindakan dan perkataan, kita harus berusaha untuk meninggalkan kesan positif yang akan terus memberi manfaat walaupun selepas ketiadaan kita nanti.

Mari bersama saya, Atriza Umar, Pegawai Kanan Jabatan Pendidikan Masyarakat, Pertubuhan IKRAM Malaysia secara langsung di TVAlhijrah Assalamualaikum Tvah dalam topik , pada Isnin 19 Februari 2024, 9 pagi.

Moga ada manfaatnya, insya-Allah.



Terima kasih Dr Zulkarnain Lokman sebagai panel dan pasukan penerbit podcast Bicara Semasa Ehwal Islam pagi ini. Moga de...
14/02/2024

Terima kasih Dr Zulkarnain Lokman sebagai panel dan pasukan penerbit podcast Bicara Semasa Ehwal Islam pagi ini. Moga dengan pencerahan yang diberikan Dr Zulkarnain menjadi panduan dan membuka mata masyarakat mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Berjumpa lagi di siaran podcast seterusnya.

Mahkamah telah membuat keputusan ke atas kes Nik Elin Zurina mencabar 20 enakmen Undang-undang Syariah Negeri Kelantan. ...
14/02/2024

Mahkamah telah membuat keputusan ke atas kes Nik Elin Zurina mencabar 20 enakmen Undang-undang Syariah Negeri Kelantan.

Namun kes ini telah mencetus polemik yang mengundang kepada naratif Islam dan mahkamah Syariah terancam.. adakah benar TERANCAM?

Jawapan dikupas dalam Edisi Bicara Semasa Ehwal Islam di rangkaian media sosial JAKIM (Facebook, X & Youtube, MYJAKIM) 14 Februari 2024 jam 11.30 pagi.

30 HARI MENJELANG RAMADANMarilah kita perbanyakkan amalan soleh serta memohon keampunan kepada ALLAH SWT.
13/02/2024

30 HARI MENJELANG RAMADAN

Marilah kita perbanyakkan amalan soleh serta memohon keampunan kepada ALLAH SWT.

13/02/2024

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN DUAT AL-FALAH MENYERU AGAR UMAT ISLAM KEKAL TENANG, INSTITUSI MAHKAMAH SYARIAH TIDAK TERJEJAS.

Pertubuhan Duat Al-Falah mengikuti rapat perkembangan kes yang membabitkan perayu Nik Elin Zurina di Mahkamah Persekutuan. Pertubuhan Duat Al-Falah memahami kerisauan serta kegusaran yang dihadapi oleh umat Islam.

Pertubuhan Duat Al-Falah menyeru agar umat Islam untuk kekal dalam keadaan tenang dan elakkan diri daripada terlibat sebarang gerakan yang boleh menimbulkan kerisauan serta kegusaran orang awam.

Pertubuhan Duat Al-Falah menyokong kenyataan YB Senator Dato' Setia Dr. Naim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang telah menggariskan langkah-langkah untuk melaksanakan pemerkasaan Mahkamah Syariah.

Pertubuhan Duat Al-Falah ingin memaklumkan semula bahawa kes ini tidak mengganggu gugat kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah akan tetapi menekankan pengkhususan bidang kuasa Dewan Undangan Negeri untuk menggubal perundangan tersebut.

Pertubuhan Duat Al-Falah juga menyeru kepada umat Islam agar sentiasa budaya semak imbang dan tabayyun dalam sesuatu isu sebelum dibangkitkan agar tidak memberi mudarat pada masa akan datang.

PEMBIMBING MALAYSIA MADANI.

Address

Komplek Islam
Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Duat Al-Falah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pertubuhan Duat Al-Falah:

Share