17/07/2026
17Julai 2026 | Jumaat
Majlis Bacaan Yasin KPKT Bulan Julai 2026
Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), bersama Bahagian Khidmat Pengurusan KPKT dan Surau Al-Bayt KPKT, telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin Bulanan serta Bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan, kesejahteraan, kesihatan dan perlindungan Allah SWT buat seluruh warga KPKT.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) merangkap Pengerusi Surau Al-Bayt KPKT, Tuan Haji Zulkeflee bin Sulaiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti), serta Tuan Mohd Hazli bin Ahmad @ Adnan, Timbalan Ketua Setiausaha (Kemampanan dan Perancangan Strategik).
Semoga majlis yang diadakan ini menjadi wadah untuk mengeratkan ukhuwah, menyemarakkan penghayatan nilai-nilai Islam serta membawa keberkatan dan rahmat kepada seluruh warga KPKT dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipikul.