Surau 'Ibadurrahman KPT

Surau 'Ibadurrahman KPT Surau 'Ibadurrahman, Kementerian Pengajian Tinggi.

Kempen Puasa 6Nabi S.A.W bersabda:  "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal ...
17/04/2024

Kempen Puasa 6

Nabi S.A.W bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun." (HR MUSLIM)

Ayuh bersama-sama mengejar pahala bak berpuasa selama setahun ini. Nak puasa berselang seli boleh, nak berpuasa berterusan selama enam hari pun boleh.

Moh!!! cari pahala bersama-sama.😊

Alhamdulillah, Majlis Bacaan Bacaan Yasin & Tadabbur Al-Quran Siri ke 3 dan minggu terakhir sempena Ramadan 1445H pada h...
05/04/2024

Alhamdulillah, Majlis Bacaan Bacaan Yasin & Tadabbur Al-Quran Siri ke 3 dan minggu terakhir sempena Ramadan 1445H pada hari ini yang dianjurkan Surau 'Ibadurrahman, KPT dengan kerjasama Puspanita Cawangan KPT telah berlangsung dengan sempurna.

Majlis bacaan yasin yang bermula jam 8.15 pagi telah dipimpin oleh En. Zainorhisyam bin Mohamad Nor dan diteruskan dengan sesi Taddabbur oleh En. Mohd Jamil bin Abdul Wahab, Jurulatih Tadabbur, Akademi Sinergi Ikhlas.

Terima kasih kepada warga KPT yang meluangkan masa mengimarahkan program pada hari ini.

Alhamdulillah, Majlis Bacaan Bacaan Yasin & Tadabbur Al-Quran Siri ke 2 sempena Ramadan pada hari ini yang dianjurkan Su...
29/03/2024

Alhamdulillah, Majlis Bacaan Bacaan Yasin & Tadabbur Al-Quran Siri ke 2 sempena Ramadan pada hari ini yang dianjurkan Surau 'Ibadurrahman, KPT dengan kerjasama Puspanita Cawangan KPT telah berlangsung dengan sempurna.

Majlis bacaan yasin yang bermula jam 8.15 pagi telah dipimpin oleh En. Ahmad Al-Munzir bin Ridzuan dan diteruskan dengan sesi Taddabbur oleh En. Mohd Jamil bin Abdul Wahab, Jurulatih Tadabbur, Akademi Sinergi Ikhlas.

Terima kasih kepada warga KPT yang meluangkan masa mengimarahkan program pada hari ini.

Sekitar Pembukaan Kaunter Zakat di Lobi Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2024M/1445H pada 26 Mac 2024M/15 Ramadhan 14...
26/03/2024

Sekitar Pembukaan Kaunter Zakat di Lobi Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2024M/1445H pada 26 Mac 2024M/15 Ramadhan 1445H(Selasa)

Terima Kasih kepada Amil Zakat Dari Surau Ar-Rahman Presint 16 atas kerjasama yang diberikan demi memudahkan urusan kakitangan KPT dalam menunaikan tanggungjawab kewajipan membayar Zakat Fitrah

Semoga usaha yang sedikit ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Alhamdulillah, Majlis Bacaan Bacaan Yasin & Tadabbur Al-Quran pada hari ini yang dianjurkan Surau 'Ibadurrahman, KPT den...
22/03/2024

Alhamdulillah, Majlis Bacaan Bacaan Yasin & Tadabbur Al-Quran pada hari ini yang dianjurkan Surau 'Ibadurrahman, KPT dengan kerjasama Puspanita Cawangan KPT telah berlangsung dengan sempurna.

Majlis bacaan yasin yang bermula jam 8.15 pagi telah dipimpin oleh En. Mohd Iskandar Zulkarnain bin Abdullah. Majlis diteruskan dengan sesi Taddabbur oleh En. Mohd Jamil bin Abdul Wahab, Jurulatih Tadabbur, Akademi Sinergi Ikhlas.

Terima kasih kepada warga KPT yang meluangkan masa mengimarahkan program pada hari ini.

Sekitar Majlis Bacaan Yasin bersama warga KPT pada hari ini Jumaat 15 Mac 2024 bersamaan 4 Ramadan 1445H bermula jam 8.3...
15/03/2024

Sekitar Majlis Bacaan Yasin bersama warga KPT pada hari ini Jumaat 15 Mac 2024 bersamaan 4 Ramadan 1445H bermula jam 8.30 pagi di Surau 'Ibadurrahman KPT yang dipimpin oleh En. Haziman bin Ab Ghani.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) bersama pegawai bahagian dan jabatan.

Terima kasih kepada warga KPT yang meluangkan masa mengimarahkan program Bacaan Yasin pada hari ini.

Alhamdulillah selesai Majlis Bacaan Yasin bersama warga KPT bermula jam 8.30 pagi ini di Surau 'Ibadurrahman KPT.Terima ...
01/03/2024

Alhamdulillah selesai Majlis Bacaan Yasin bersama warga KPT bermula jam 8.30 pagi ini di Surau 'Ibadurrahman KPT.

Terima kasih kepada warga KPT yang meluangkan masa mengimarahkan program Bacaan Yasin pada hari ini.

Alhamdulillah selesai Majlis Solat Hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin dan  Bacaan Yasin bersama warga KP...
31/10/2023

Alhamdulillah selesai Majlis Solat Hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin dan Bacaan Yasin bersama warga KPT bermula jam 8.30 pagi ini di Surau 'Ibadurrahman KPT.

Alhamdulillah selesai sudah Ceramah Maulidur Rasul pada hari ini.Terima kasih buat Ustaz Che Amran bin Md Yussoff atas k...
02/10/2023

Alhamdulillah selesai sudah Ceramah Maulidur Rasul pada hari ini.
Terima kasih buat Ustaz Che Amran bin Md Yussoff atas kesudian hadir memberi ceramah dan berkongsi ilmu.
Ucapan penghargaan juga buat warga KPT yang hadir memberi sokongan dalam program ini.

Program Ihya Ramadan Surau 'Ibadurrahman KPT menganjurkan Majlis Bacaan Yasin & Tazkirah Ramadan bertajuk "Adab Muslim D...
07/04/2023

Program Ihya Ramadan Surau 'Ibadurrahman KPT menganjurkan Majlis Bacaan Yasin & Tazkirah Ramadan bertajuk "Adab Muslim Di Bulan Ramadan" disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Shauqi bin Abu Kashim, pensyarah kanan Politeknik Nilai pada 7 April 2023 (Jumaat).

Program Ihya Ramadan Surau 'Ibadurrahman KPT menganjurkan Majlis Bacaan Yasin & Tazkirah Ramadan bertajuk "Keagongan Ram...
29/03/2023

Program Ihya Ramadan Surau 'Ibadurrahman KPT menganjurkan Majlis Bacaan Yasin & Tazkirah Ramadan bertajuk "Keagongan Ramadan" disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Helmy bin Yahya, Pegawai Hal Ehwal Islam MAIWP pada 24 Mac 2023 (Jumaat).

Malam Nisfu Syaaban merupakan antara malam yang dinantikan oleh umat Islam dalam mendapatkan pengampunan Allah SWT. Semp...
07/03/2023

Malam Nisfu Syaaban merupakan antara malam yang dinantikan oleh umat Islam dalam mendapatkan pengampunan Allah SWT.

Sempena malam Nisfu Syaaban ini, marilah kita bersama memanfaatkan peluang ini dengan melakukan amal ibadah seperti solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir dan bersangka baik dengan kehidupan ini.

Sahut keberkatan bersama dengan saling memaafkan. Salam Nisfu Syaaban 1444 H.

Address

Aras 1, Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi, Presint 5
Putrajaya
62200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau 'Ibadurrahman KPT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share