Surau At-Tijarah KPDN Putrajaya

Surau At-Tijarah KPDN Putrajaya Surau At-Tijarah adalah Surau di bawah KPDN Putrajaya. Melaksanakan pelbagai program kerohanian.

09/06/2025

PROGRAM KORBAN KPDN TAHUN 2025

02/04/2024
02/04/2024

PROGRAM BUBUR LAMBUK : Anjuran Surau At-Tijarah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Badan Kebajikan Dan Sukan Kementerian. 1 April 2024 - 1445H

06/03/2024

Makruh menolak pemberian minyak wangi atau haruman

09/01/2024

AMALAN YANG DICINTAI ALLAH

Daripada Abdullah bin Mas’ud, beliau berkata:

Maksudnya: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan amalan apakah yang paling afdhal, lalu Baginda menjawab: “Solat pada waktunya.” Kemudian aku bertanya lagi, apakah amalan yang seterusnya? Jawab Baginda: “Berbakti kepada kedua ibubapa.” Kemudian aku bertanya, apakah lagi seterusnya? Jawab Baginda: “Berjihad di jalan Allah.”

Riwayat al-Bukhari (85)

02/09/2023

DOA KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”

Amalkan membaca doa ini setiap kali selesai selepas solat.

26/07/2023

Puasa Sunat Bulan Bulan Muharram 1445H

Puasa pada bulan Muharram adalah seafdhal puasa selepas berpuasa pada bulan Ramadhan kerana Muharram merupakan awal tahun Hijriah maka sangat digalakkan dibuka dengan amalan puasa yang merupakan amalan paling utama.

26/07/2023

ANJURAN BERPUASA PADA 9 & 10 MUHARRAM

Marilah kita rebut peluang kedatangan bulan Muharram untuk melakukan puasa sunat khususnya pada 9 & 10 Muharram serta memperbanyakkan solat malam.

26/07/2023

Niat Puasa Muharram Tasu’a dan ‘Asyura 1445H

11/07/2023

SEDEKAH KETIKA SUSAH

Sabda Rasulullah SAW :

(SEDEKAH YANG PALING BESAR GANJARANNYA IALAH)

Engkau bersedekah ketika sihat sedangkan hatimu berasa sangat kedekut (untuk bersedekah), jiwamu sedang takutkan kemiskinan dan engkau bercita-cita mengharapkan kekayaan.

(Hadis Riwayat Bukhari)



22/01/2023

SEBAIK-BAIK KAMU ADALAH YANG PALING BAIK AKHLAKNYA

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya yang terbaik di antara kamu adalah yang paling baik akhlaknya."

Marilah sama-sama kita cuba untuk menjadi seorang muslim yang baik pada peribadi atau akhlak dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan yang terbaik. Amin.

Address

KPDN Presint 2
Putrajaya
63620

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau At-Tijarah KPDN Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau At-Tijarah KPDN Putrajaya:

Share