10/04/2020
DRAF SURAT ADUAN KE JABATAN TENAGA KERJA
Disini admin ada drafkan contoh surat aduan yang boleh pekerja gunakan untuk membuat aduan ke JTK melalui email ke JTK dalam tempoh PKP (MCO) Covid 19 ini.
Anda boleh tambah lagi maklumat sekiranya perlu, atau delete yang mana tak berkenaan.
Apa anda perlu buat, anda buka email, copy contoh draf surat aduan ni, edit apa yang patut .. dan hantar aduan ini ke email Jabatan Tenaga Kerja seperti dibawah.
[email protected]
Lampirkan/Attach bersama Offer Letter/Employment Letter, Termination Letter, Memo Majikan Gaji Dipotong ke, Email majikan beritahu memaksa pekerja ambil Unpaid Leave ke,..
lampirkan apa-apa yang anda rasa boleh dijadikan fakta hujah berkenaan isu anda dan majikan.
Kalau majikan ugut melalui wassup, sreen shot wassup tu dan attach bersama-sama.
Kalau anda takda Employment Letter Tu semua, memadai Termination Letter atau apa2 bukti yg majikan melakukan kesalahan terhadap anda.
Pihak admin just nak ingatkan, surat ni hanya sekadar draf sahaja, yang mana bagi pihak admin sekiranya pekerja masukkan detail-detail diatas tu pun sudah cukup utk pekerja buka kes anda di JTK.
Sekiranya ada kesalahan bahasa, mohon diperbetulkan.
Pihak admin berharap, mana-mana pekerja yang tertindas, ditipu, ditekan majikan, supaya beramai-ramai copy surat ni dan hantar aduan ke JTK, supaya pihak Kerajaan maklum tentang perkara ini.
Kami admin berharap sekiranya pekerja2 beramai2 melapurkan salah laku majikan ke JTK ini, pekerja akan dapat pembelaan nanti, atau mungkin PM akan umum insentif yang lagi banyak dan lagi baik lepas ini utk pekerja2.. hehehe..
Tolong share kepada semua rakan-rakan sekerja anda.
Disaat kesusahan krisis sebegini, Pekerja-Pekerja semua mesti Satu Hati membantu pekerja-pekerja lain.
Mungkin hari ini musibah kepada kawan anda, mungkin esok giliran anda menghadapi masalah yang sama, disebbkan virus Covid ini kita tak tahu bila akan selesai.
Dibawah ni contoh draf surat aduan yang tuan puan boleh gunakan utk membuat aduan melalui email ke JTK
[email protected]
Didalam komen admin dibawah juga, kami ada letakkan ni telefon pegawai2 Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) utk pekerja2 hubungi setelah anda semua membuat aduan ke JTK. Hubungi pegawai MTUC utk khidmat nasihat dan rundingan berhubung permasalah anda dan majikan.
PERINGATAN!!
Jgn sesekali hantar resignation letter, Jgn setuju utk ambil Unpaid Leave atau LOA, Jgn sain apa2 surat Termination Letter (kalau dipaksa sain, tulis Under Protest disebelah tandatangan anda).
Jgn berlengah2, buat aduan ke JTK, tanpa aduan ke JTK, tiada siapa boleh bantu anda menyelesaikan masalah pekerjaan anda.
Akhir kata dari pihak admin.
Suara Pekerja Suara Keramat..
Fight For Your Right..
Workers Right..
CONTOH DRAF SURAT ADUAN KE JTK
Nama Penuh Pengadu Cth Muhammad Bin Abdullah
Alamat Lengkap Pengadu
Cth. No 1, Jalan Presint 3,
Putrajaya, 01007
Utk Perhatian:
Pegawai Jabatan Tenaga Kerja
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Tarikh:
Tuan,
Aduan Terhadap Majikan – Pembehentian Pekerjaan/ Pemotongan Gaji Semasa Tempoh Cuti PKP/ Dipaksa Mengambil Unpaid Leave/ Dipaksa Bekerja Tanpa Kelulusan MITI dan Kerajaan Dlm Tempoh PKP(pilih yang berkenaan)
Sehubungan perkara diatas, Saya Muhammad Bin Abdullah, no K/P 810101-08-8888, bekerja sebagai pemandu peribadi di syarikat James Bond Sdn Bhd telah Ditamatkan (Perkhidmatan/ Diberhentikan Kerja/ Dipotong Gaji/ Dipaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji/Dipaksa Bekerja Dlm Tempoh PKP Tanpa Kelulusan MITI dan Pihak Kerajaan..Pilih mana berkaitan) dlm tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid 19 ini.
Di bawah ini saya nyatakan detail peribadi dan majikan saya.
Nama : Muhamamad Bin Abdullah
No K/P : 810101-08-8888
Alamat :
No Telefon dan Email : 010-11000011, [email protected]
Jawatan dan Gaji Akhir : Pemandu Peribadi – RM3000
Nama Majikan : James Bond Sdn Bhd
Alamat Majikan :
No Telefon Dan Email Majikan :
(boleh juga tambah dibawah ni dan letakkan nama dan no telefon manager dan bos anda untuk pihak JTK hubungi)
Saya berharap pihak JTK dapat membantu saya dalam mendapatkan pembelaan dan hak saya sebagai seorang pekerja. Adalah tidak adil, dalam tempoh PKP Covid ini, pihak majikan mengambil peluang (membuang pekerja/memotong gaji pekerja/memaksa pekerja mengambil cuti tanpa gaji/dipaksa bekerja dlm tempoh PKP) tanpa persetujuan dari pekerja.
Ini adalah bercanggah dengan perintah dan saranan kerajaan kepada pihak majikan supaya mengekalkan pekerja-pekerja dalam tempoh PKP ini.
Pihak kerajaan juga telah mengumumkan perbagai insentif kepada majikan bagi meminimakan kerugian dan perbagai insentif membantu majikan membayar gaji-gaji kepada pekerja.
Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat membantu saya dalam perkara ini.
Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai.
Sekian Terima Kasih.
…………………………………………….
Nama:
No Telefon :
Email: