04/05/2025
5 SEBAB KORBAN DI MOZAMBIQUE, AFRICA
Ibadah Korban datang lagi!
Tahun ini, tahun ke 3, InsyAllah saya akan laksanakan di Mozambique, Africa bersama sahabat sepengajian, Maulana Muneer Atibo.
Ini 5 sebab kenapa saya memilih Mozambique sebagai lokasi ibadah korban untuk tahun ini dan InsyAllah mendatang.
1. Hajat yang diterima dari pihak di sana. Masyarakat minoriti Islam di sana sangat mengalu2kan, menanti tajaan ibadah korban dan pengagihan daging Korban di sana.
2. Harga yang sangat murah dan mampu disertai semua. Alternative kepada yang ingin bersama-sama merebut pahala ibadah korban dengan harga yang sangat minima.
3. Setiap pelaksanaan akan direkodkan dari proses penyembelihan sehingga proses pengagihan terus ke tangan penduduk minoriti Islam di sana. Daging Korban sampai kepada penerima yang memerlukan.
4. Haiwan Korban yang sangat baik dari segi sais, berat haiwan dan penghasilan daging.
5. Urusan diantara saya dan Maulana Muneer Atibo secara terus tidak melalui mana-mana agensi atau NGO. Atas inisiatif sendiri.
Alhamdulillah, tahun lepas, dapat menghantar 5 ekor lembu dan 2 ekor kambing untuk Ibadah Korban di sana.
Tahun ini target sebanyak mungkin dapat di hantar ke sana.
Gembira rasanya bila mereka hantar video kegembiraan mereka mendoakan kepada para peserta ibadah Korban yang sudi melaksanakan ibadah Korban di sana.
Untuk tahun ini, penyertaan sudah di buka.
Kepada yang berminat boleh www.wassap.my/601114916281/KorbanMozambiqueUNA
Penyertaan secara individu, berkeluarga, komuniti, koprat juga sangat dialu2kan.
Tarikh tutup penyertaan : 22 Mei 2025
Kongsikan kepada yang nak sangat sertai ibadah korban dengan harga yang mampu sertai.