Surau Al-Fateh PPR Taman Sri Serigai, Putatan

Surau Al-Fateh PPR Taman Sri Serigai, Putatan Surau Al-Fateh PPR Taman Sri Serigai
PPR Taman Sri Serigai, Putatan

Alhamdulillah, InshaaAllah malam ini.. jom imarahkan surau dengan majlis ilmu..
23/08/2026

Alhamdulillah, InshaaAllah malam ini.. jom imarahkan surau dengan majlis ilmu..

Assalammualaikum wbtAlhamdulillah, malam ini kuliah khas sempena Maulidur Rasul...Disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Muham...
21/08/2026

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah, malam ini kuliah khas sempena Maulidur Rasul...Disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Amin bin Ribbang.. selepas solat maghrib...

Jom imarahkan majlis ilmu.. InshaaAllah

๐ŸŒธ KURSUS RAUDHATUL SAKINAH โ€“ CARA MENGURUS JENAZAH WANITA ๐ŸŒธAlhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Kursu...
18/08/2026

๐ŸŒธ KURSUS RAUDHATUL SAKINAH โ€“ CARA MENGURUS JENAZAH WANITA ๐ŸŒธ

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Kursus Raudhatul Sakinah โ€“ Cara Mengurus Jenazah Wanita pada 16 Ogos 2026 (Ahad), bertempat di Surau Al-Fateh, PPR Taman Sri Serigai.

๐Ÿ“š Anjuran: Unit Pembangunan Insan, Jabatan KEMAS Daerah Putatan
๐ŸŽ™๏ธ Penceramah: Ustazah Noorlela Binti Mohd Yusof
โฐ Masa: 7.30 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿฆฐ Jumlah peserta: 30 orang
โœ… Kehadiran: 30/30 peserta (100%)

Program ini memberikan pendedahan dan ilmu kepada para peserta berkaitan tatacara pengurusan jenazah wanita menurut syariat Islam, di samping meningkatkan kefahaman mengenai tanggungjawab fardu kifayah dalam masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan KEMAS Daerah Putatan, Ustazah Noorlela Binti Mohd Yusof, para peserta serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Syabas dan tahniah kepada Ketua Syukbah Muslimah Surau Al-fateh, Puan Norizan Mansor mewakili pihak surau dalam memastikan program berjalan dengan lancar.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan disebarkan kepada masyarakat serta menjadi amal jariah yang berpanjangan. ๐Ÿคฒ

๐ŸŒน โ€œIlmu yang dipelajari hari ini, menjadi bekalan untuk berbakti kepada ummah pada hari esok.โ€








PEMASANGAN KARPET SEJADAH SURAU AL-FATEH (PROJEK RUANG SOLAT WANITA)ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ูAlhamdulillah, ...
13/08/2026

PEMASANGAN KARPET SEJADAH SURAU AL-FATEH (PROJEK RUANG SOLAT WANITA)

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT.
Pihak pengurusan Surau Al-Fateh, PPR Taman Sri Serigai ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh para penyumbang yang telah mengambil bahagian dalam Kempen Infak Karpet Sejadah Surau Al-Fateh.

๐Ÿ“Œ LAPORAN KUTIPAN INFAK

๐ŸŽฏ Sasaran: 100 โ€“ 200 lot
๐Ÿ’ฐ Nilai 1 lot: RM50.00
๐Ÿ“Š Jumlah lot diterima: 90 lot
๐Ÿ’ต Jumlah kutipan: RM4500

(NOTA : Ada pun jika ada lebihan infak melalui QR Infak sejadah akan diguna pakai untuk keperluan dan fasiliti surau yang lain)

Alhamdulillah, hasil infak ini akan digunakan bagi menyediakan karpet sejadah yang lebih selesa dan sesuai untuk kegunaan para jemaah muslimat di Surau Al-Fateh.

Sesungguhnya setiap ringgit yang diinfakkan untuk rumah Allah merupakan satu bentuk amal kebajikan yang amat besar nilainya di sisi Allah SWT.

โ€œApa yang kamu infakkan pada jalan Allah SWT, nescaya Allah SWT akan menggantikannya.โ€

Kami mendoakan semoga setiap sumbangan yang telah diberikan menjadi amal jariah yang berterusan, diterima oleh Allah SWT serta dilimpahkan keberkatan kepada para penyumbang dan seluruh ahli keluarga.

๐Ÿคฒ Jazakumullahu Khairan Kathira
Terima kasih kerana bersama-sama membantu menceriakan dan menyediakan keselesaan untuk rumah Allah.

Pihak Pengurusan
Surau Al-Fateh
PPR Taman Sri Serigai

SELAMAT DATANG SAUDARA BAHARUุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT.Surau Al-Fateh...
03/08/2026

SELAMAT DATANG SAUDARA BAHARU

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT.
Surau Al-Fateh PPR Taman Sri Serigai telah menjadi saksi kepada satu detik yang amat bermakna apabila seorang saudara kita dengan kerelaan hati melafazkan dua kalimah syahadah dan memeluk agama Islam yang telah dibimbing Syahadah oleh Pengerusi Surau Al-fateh sendiri , En Khairul Azmil Bin Mansor Khairul Azmil Pepeng.

Semoga Allah SWT menerima keislaman beliau, mengurniakan keteguhan iman, melapangkan hati dalam menuntut ilmu serta mengurniakan istiqamah hingga ke akhir hayat.

Pihak Jawatankuasa Surau Al-Fateh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JHEAINS Putatan, para saksi, ahli jawatankuasa surau serta semua yang terlibat dalam membantu melancarkan dokumentasi pengislaman beliau.

Sesungguhnya, tugas kita tidak terhenti di sini. Marilah kita bersama-sama menjadi keluarga yang membimbing, menyantuni dan mendoakan saudara baharu kita agar sentiasa mendapat kasih sayang, sokongan dan bimbingan dalam menghayati keindahan Islam.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang menunjukkan kepada suatu kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala orang yang melakukannya."
(Hadis Riwayat Muslim)

Semoga Surau Al-Fateh terus menjadi medan penyebaran dakwah, penyatuan ummah dan tempat berkembangnya rahmat Islam kepada seluruh masyarakat.

Selamat datang ke dalam keluarga besar Islam. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara dan memberkati setiap langkah kehidupan saudara kita. Aamiin. ๐Ÿคฒ

Alhamdulillah, kutipan infak sejadah karpet telah ditutup dan bajet pembelian karpet sejadah sudah mencukupi bilangan lo...
02/08/2026

Alhamdulillah, kutipan infak sejadah karpet telah ditutup dan bajet pembelian karpet sejadah sudah mencukupi bilangan lot yang diperlukan..

Tahniah kepada yang mengambil bahagian lot.. semoga Allah SWT menerima amalan kita semua dan peroleh pahala berpanjang. InshaaAllah

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Proses pemasangan karpet sejadah akan dikemaskini pada masa akan datang.

KEMASKINI PROJEK PEMBANGUNAN SURAU (RUANG SOLAT WANITA)2HB OGOS 2026 : 90% siapAlhamdulillah, pemasangan sliding door da...
02/08/2026

KEMASKINI PROJEK PEMBANGUNAN SURAU (RUANG SOLAT WANITA)

2HB OGOS 2026 : 90% siap

Alhamdulillah, pemasangan sliding door dan pemasangan penghawa dingin sedang dalam proses pemasangan.

Penghawa dingin telah disumbangkan oleh Ybhg Datuk Dr Mohamed Hatta bin Mohamed Tarmizi, selaku penasihat Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Putatan

Terima kasih kepada para penyumbang kepada projek ini agas terus berjalan dengan lancar dan tidak lupa kepada semua yang menginfakkan dana, kemahiran, waktu dan tenaga bagi melaksanakan projek ini.

Fasa terakhir bagi projek ini adalah pemasangan karpet sejadah yang akan dipasang setelah semua fasa telah siap diselesaikan dengan sempurna.

Mohon doa semua agar projek ini siap sepenuhnya dan dipermudahkan.. aamiiin yrb InshaaAllah.

Address

PPR TAMAN SRI SERIGAI Jalan Tombovo Meruntum
Putatan
88200

Telephone

+60168376247

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Fateh PPR Taman Sri Serigai, Putatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category