Surau Al-Muqarrabin

Surau Al-Muqarrabin Pembinaan surau ini diharap akan menjadi pemangkin pembangunan serta ketenteraman sekitar Puncak Alam Jumlah penduduk bagi fasa ini ialah sejumlah 3000 orang.

Taman Alam Suria Fasa 5 adalah kawasan perumahan yang merangkumi 7 (Tujuh) fasa perumahan baru yang terletak di Bandar Puncak Alam, Selangor. Walau bagaimana pun, terdapat surau sediada yang terletak di fasa 5A2 iaitu Surau Al Ehsan, Ahli khairiah yang terlibat bagi surau ini adalah dari fasa 5A1, 5A2 dan 5A4 kerana lokasi yang sangat sesuai dan jarak yang dekat dengan fasa tersebut. kapasiti ini

adalah ramai oleh itu surau sedia ada tidak dapat lagi menampung jumlah jemaah yang ramai. Pada masa kini, selepas 4 tahun setengah dibuka (2011), 80% daripada unit-unit kediaman di Alam Suria telahpun dihuni samada oleh majoriti pemilik asal unit-unit kediaman tersebut atau pun dihuni oleh penyewa-penyewa yang kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam, pekerja swasta dan pesara. Dengan hal itu, cadangan pelan surau Al muqarrabin ini telah diwujudkan bagi menampung jemaah yang melibat komuniti dari fasa 5A3, 5A5, 5A6 & 5A7, dimana jumlah ahli khairiah dijangka seramai 1500 orang. Sebagai memenuhi tanggungjawab fardu kifayah, penduduk telah bersepakat untuk menubuhkan surau ini sebagai inisiatif pusat penyatuan kegiatan agama Islam di kawasan perumahan ini. Para penduduk telah bermesyuarat dan menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau dan sebulat suara, bersetuju memulakan usaha membina Surau Al Muqarrabin Alam Suria (Fasa 5) ini.

05/06/2026
"Taqabbalallahu minna wa minkum. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H. Kami barisan jawatankuasa dan kariah *Surau Al-Muqa...
20/03/2026

"Taqabbalallahu minna wa minkum. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H. Kami barisan jawatankuasa dan kariah *Surau Al-Muqarrabin* mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Semoga segala amal ibadah diterima Allah SWT dan Syawal ini membawa keberkatan serta kebahagiaan buat semua,"

IHYA RAMADAN 2026 / 1447H*Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh*Kepada semua warga Alam Suria dan sekitar yang diho...
26/02/2026

IHYA RAMADAN 2026 / 1447H*

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh*
Kepada semua warga Alam Suria dan sekitar yang dihormati,

Seperti tahun tahun lepas Surau Almuqarrabin mengadakan Program ihya ramadan merangkumi iftar, moreh, tadarrus, menyantuni sumbangan raya untuk fakir miskin dan ahli keluarga istimewa, serta sumbangan raya anak anak kariah almuqarrabin

Program di atas sudah tentu memerlukan dana ramadan supaya boleh terus dilaksanakan seperti yang di rancang bermula hingga akhir ramadan.

Pada masa ini pihak jawatan kuasa berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM45K atau 35% daripada RM 120K yang diperlukan.

Sempena bulan ramadan mulia marilah kita sama sama berinfaq dan bersedekah yang besar ganjaran pahalanya. Sumbangan dalam bentuk material seperti air mineral, bahan pelastik, peralatan minuman moreh juga di alu alukan

Sumbangan untuk kesemua aktiviti di atas boleh disalurkan ke:

• *Bank Rakyat: 1101539860 (Akaun Imarah Al Muqarrabin)*
• *ToyyibPay:* https://toyyibpay.com/IHYA-Ramadan-Imarah-2026

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan Surau Al Muqarrabin di bulan yang mulia ini.
Jazakallahu Khairan Kathira.

*Jawatankuasa Surau Al Muqarrabin*

Address

Alam Suria
Puncak Alam
42300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Muqarrabin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Al-Muqarrabin:

Share