25/10/2023
Iklan tabung himpun untuk korban 2024.
Tadi dapat iklan orang buat tabung korban. Sebab sekarang korban sudah mencecah rm800 lebih. Mungkin tahun depan akan jadi rm900 kalau ikut trend nila wang kita. Jangan risau, mahal ke murah ke, pahala Allah pasti akan beri menurit peritnya terasa pengorbanan kita 😁.
Dan tok pun lepas bersara kapasiti kewangan menjadi 50%, kalau dulu main bayar saja bila tiba masanya, sekrang tok rasa ide menabung bulanan ni sesuai untuk tok.
Namun, seperti biasa lah bila nak join orang, mesti ada modifikasi tok perlu buat sehingga akhir sekali buatlah sendiri. Tabung yang dibuat tu untuk korban di kampung mereka sahaja. Kita sebelum korban remote, elok cukupkan wang untuk korban depan mata dahulu.
Jadi tok nak buka projek menabung bulanan untuk budget korban. Korbannya, peserta buatlah di depan mata. Mabil balik duitnya nanti.
Tarikh korban - pertengahan jun. Ada 8 bulan lagi. Rm100 sebulan. Nak korban dapatlah rm800. Buat masa ni tok tak buat projek korban remote. Tapi sahabat boleh ambil semula wang korban tu dan lakukan di tempat masing2. Jika ada yang remote nanti, tok akan iklan n sahabat boleh upkanna lagi tabungan. Selalu ya remote masih boleh dapat rm300- rm400. Nanti kita cari sahabat di India atau di mana mana yang memerlukan.
Projek ini tidak buka untuk semua orang, hanya untuk peserta tabung bulanan ini sahaja:
1) Tabung sedekah subuh bawah dato dr. Jui. Via tok
( rm30 x berapa saham n rm100 x berapa saham) dibayar ikut bulan hijriyah)
2) tabung bulanan sokong sahabat. Minimum rm30, digalakkan rm100. Tapi tak tetapkan jumlah bulanan, boleh berubah.
Jadi kerja catat duit masuk ini sudah 2 in 1, tak tambah kerja. Resit jumlah tabungan korban akan ditulis beserta resit projek di atas.
Tok catat via mesej whatsapps personal sahaja. Bintangkan tau dan offkan timer padam tu. N tok baclup catatan dalam buku, tapi ini tak dibuat bulanan jadi bintangkan catatan dalam whatsapps anda juga supaya bila tukar phobe ke hilang phone ke, kita boleh update notes.
Akaunmasuk ke akaun amal saya tetapi yang sudah dikhaskan untuk kerja amal. Tok namakan akaun 191. (Hujung no akaun bimb tu)
Bagi sahabat yang sudah join mana mana 2 projek di atas. Jemput join tabung. Tak dapat saham keuntungan, tapi servis charge pun tak dikenakan. Ya ka ka! Kalau saya mati boleh halalkan saja sebagai derma umum ya, atau claim kat tok yang akan pening kepala jalankan last amanah untuk tabung 191 ini.
Tok memang sedang kempen untuk naikkan tabung sokong sahabat tu, sebab jumlah bulanannmasih rendah, belum mapu tanggung sahabat2 yang jalankan institusi kerja amal dan sahabat musibah, cipuut sangat sebab baru mula projek ini. Tapi tak ada rayuan ya sebab ini semua kerja s**arela sahaja. Jika sudah puas hati dengan derma n tempat derma sedia ada, tak perlu join. Ini hanya untuk sahabat yang s**a menambahkan cawangan saluran derma sahaja.
Mohon share, semoga dirahmati Allah.