Surau Eco Grandeur

Surau Eco Grandeur Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Eco Grandeur, Religious Center, Surau Eco Grandeur, Jalan Eco Grandeur 12/1, Puncak Alam.

Surau Eco Grandeur Laman Haris yg terletak di Bandar Puncak Alam.Telah menjadi salah sebuah surau yg sarat dengan Aktiviti pengimarahan & kemasyarakatan di kawasan sekitarnya.Pada Tahun 2024 ini pihak pengurusan telah di barisi dengan kepimpinan yang baru

ASSALAMUALAIKUM Warahmatullahi Wabarakatuh.Segenap saf jawatankuasa Surau Eco Grandeur ingin merakamkan setinggi-tinggi ...
28/08/2026

ASSALAMUALAIKUM Warahmatullahi Wabarakatuh.

Segenap saf jawatankuasa Surau Eco Grandeur ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh kariah yang telah hadir bagi memeriahkan Program Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini.

Secara khusus, pihak surau ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PU Salman atas kesudian menyampaikan ceramah perdana yang amat bermanfaat dan menyuntik kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w.

YBhg. Dato' Jahaya (Penyelaras DUN Jeram) serta barisan pegawai atas kesudian meluangkan masa hadir menyantuni warga kariah & para jemaah

Para sukarelawan dan penginfak yang telah menyumbang tenaga, masa, serta infaq bagi memastikan kelancaran program ini.Kehadiran dan sokongan padu daripada semua pihak bukan sahaja telah menghidupkan suasana surau, malah mengukuhkan lagi ukhuwah dan ukhwah Islamiyah sesama kita di Eco Grandeur.

Semoga segala usaha dan amal kebaikan kita semua diberkati serta diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh.Jazakumullahu Khairan Kathiran.

Ikhlas daripada: Ahli Jawatankuasa Surau Eco Grandeur

🌙 HEBAHAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL ﷺ 🌙Assalamualaikum w.b.t. kepada semua penduduk Laman Haris & kariah Surau Eco ...
24/08/2026

🌙 HEBAHAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL ﷺ 🌙

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua penduduk Laman Haris & kariah Surau Eco Grandeur.

Jom kita bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Maulidul Rasul ﷺ di Surau Eco Grandeur! 🤍💚

📅 25 Ogos 2026 (Selasa)
🕢 7.30 malam
📍 Surau Eco Grandeur

✨ Atur Cara Majlis:
🕌 7.30 malam – Solat Maghrib
🌿 8.00 malam – Selawat dipimpin Imam SEG
🎙️ 8.15 malam – Ceramah Perdana Maulidur Rasul oleh PU Ustaz Salman
🕌 9.00 malam – Solat Isyak
🍽️ 9.15 malam – Jamuan makan Satey & makanan lain

👕 Digalakkan berpakaian warna PUTIH 🤍

🌹 “Jom ke Surau, Jom berselawat, Jom cinta Rasulullah ﷺ”

Ayuh kita hadir beramai-ramai bersama keluarga. Semoga majlis ini menjadi wadah untuk kita memperkukuhkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ serta mengeratkan silaturahim sesama kariah.

Semua dijemput hadir. Jangan lupa ajak keluarga & jiran-jiran! 🤲🏻💚


BARAKALLAH BUAT SELURUH TEAM Siti Khadijah Puncak Alam HARI INI telah mengadakan pembukaan semula butik ini, Terima kasi...
25/07/2026

BARAKALLAH BUAT SELURUH TEAM Siti Khadijah Puncak Alam

HARI INI telah mengadakan pembukaan semula butik ini, Terima kasih kerana sudi menjemput kami dari pihak surau untuk majlis doa selamat pagi tadi, Lebih menggembirakan kami mereka telah sudi memberi INFAK 2 helai sejadah exclusive untuk kegunaan pihak surau, MASYAALLAH TABARAKALLAH.

Semoga Butik ini terus maju & mendapat sambutan seluruh warga puncak alam & sekitar Eco Grandeur.😊

JEMPUT DATANG SEMUA
WARGA PUNCAK ALAM‼️



Alhamdulillah, Gambar-gambar kenangan yg sempat dirakam sewaktu Aktiviti berlansung pada petang tadi di perkarangan Sura...
19/07/2026

Alhamdulillah,

Gambar-gambar kenangan yg sempat dirakam sewaktu Aktiviti berlansung pada petang tadi di perkarangan Surau Eco Grandeur.Terima kasih kepada pihak Pengurusan Jualan Rahmah Madani kerana memilih lokasi surau eco sebagai tempat bagi melaksanakan sebahagian dari aktiviti pengimarahan surau yg dapat memberikan manfaat sepenuhnya kepada Ahli Kariah serta Penduduk sekitar Laman Haris,Puncak Alam.

Terima Kasih kepada semua yg turut hadir kerana sudi singgah ke Surau Eco Grandeur untuk menikmati Jualan Rahmah Madani.Sambutan yg sungguh luar jangkaan dengan ada yg sanggup beratur panjang tengah panas,berhujan. Buat Pakcik/Makcik/Ibu/Ayah/Abang/Kakak/Adik Pihak surau memohon maaf jika berlaku kekurangan dari kami sendiri.

Syukran Jazilan 😊🤲🏻



MAKLUMAN KEPADA AHLI KARIAH SURAU ECO GRANDEUR‼️Assalamualaikum wbt.Sukacita dimaklumkan bahawa Jualan Rahmah MADANI Ber...
14/07/2026

MAKLUMAN KEPADA AHLI KARIAH SURAU ECO GRANDEUR‼️

Assalamualaikum wbt.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jualan Rahmah MADANI Bergerak akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📍 Tempat: Surau Eco Grandeur, Puncak Alam
📅 Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
🕒 Masa: 3.00 petang – 6.00 petang

Pelbagai barangan keperluan harian akan dijual dengan diskaun antara 10% hingga 30%,sementara stok masih ada.

‼️Perhatian‼️
✅ Sila bawa beg membeli-belah sendiri (plastik tidak disediakan).
✅ Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja (IC Biru).
✅ Pembelian minyak paket adalah melalui aplikasi ECOSS.

Alhamdulillah, Surau Eco Grandeur sekali lagi diberi kepercayaan menjadi lokasi program yang memberi manfaat kepada penduduk setempat. Semoga ia dapat membantu meringankan kos sara hidup masyarakat.

Mohon kongsikan makluman ini kepada ahli keluarga dan jiran-jiran yang berdekatan.

Jumpa anda semua pada hari Ahad nanti, insya-Allah. 😊🤲

_Pengurusan Surau Eco Grandeur_

MAKLUMAN AKTIVITI‼️ Hari ini Seperti biasa setiap hari KHAMIS “Surau Eco Grandeur Night Market”Bermula 4.00 Petang- 10.0...
09/07/2026

MAKLUMAN AKTIVITI‼️
Hari ini Seperti biasa setiap hari KHAMIS

“Surau Eco Grandeur Night Market”
Bermula 4.00 Petang- 10.00 Malam.

Pelbagai jualan yg ada di sini antaranya MAKANAN-SAYUR-IKAN-PAKAIAN-BUAH.

Lepas shopping, kita solat jemaah sama-sama,Lepas solat kita QR sama-sama kat tabung surau ok 😊💪🏻



HEBAHAN PROGRAM KURSUS UMRAH PERCUMA‼️Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dimaklumkan kepada seluruh ahli kariah ...
02/07/2026

HEBAHAN PROGRAM KURSUS UMRAH PERCUMA‼️

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan kepada seluruh ahli kariah Surau Eco Grandeur, tuan-tuan dan puan-puan dijemput hadir ke Kursus Umrah Percuma yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓 Tarikh: 4 Julai 2026 (Sabtu)
🕤 Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tempat: Surau Eco Grandeur, Jalan Eco Grandeur 12, Puncak Alam

🎙 Penceramah:
Ustaz Azizan
(Ejen Sah & Group Leader In Saff Travel Cawangan Rawang)

Kursus ini sangat sesuai bagi:

Bakal jemaah umrah.

Mereka yang ingin memahami tatacara ibadah umrah dengan lebih jelas.

Sesiapa sahaja yang berminat menimba ilmu berkaitan umrah.

✅ Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua muslimin dan muslimat.

Marilah kita bersama-sama meluangkan masa menghadiri majlis ilmu yang bermanfaat ini. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita untuk menjadi tetamu-Nya di Tanah Suci.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 📞 019-985 6414

Jom hadir dan sebarkan kepada keluarga serta sahabat. Semoga mendapat manfaat dan keberkatan, insya-Allah. 🤲



MAKLUMAN AKTIVITI PENGIMARAHAN SURAU SEPANJANG MINGGU‼️Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dimaklumkan bahawa pih...
01/07/2026

MAKLUMAN AKTIVITI PENGIMARAHAN SURAU SEPANJANG MINGGU‼️

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa pihak Surau Eco Grandeur akan menjalankan Surau Eco Grandeur Night Market 2026 bermula pada masa berikut :-

🗓 Tarikh: 2 Julai 2026 (Khamis)
🕰 Masa: 4.00ptg-10.00mlm
📍 Tempat: Tapak Festa Surau Eco Grandeur

Sehubungan itu, seluruh ahli kariah dan penduduk sekitar dijemput hadir bagi bersama-sama memberikan sokongan di samping dapat membantu ekonomi surau & peniaga-peniaga setempat.

Semoga dengan kehadiran kita semua dapat memberi manfaat kepada masyarakat serta dapat mengeratkan antara Ahli kariah & penduduk sekitar puncak alam.

Sekian, terima kasih.
AJK Surau Eco Grandeur 🤲🏻🌹




Address

Surau Eco Grandeur, Jalan Eco Grandeur 12/1
Puncak Alam
42300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Eco Grandeur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Eco Grandeur:

Shortcuts

Share