19/01/2026
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Tuan / Puan,
PERMOHONAN MAKLUM BALAS PERSETUJUAN PENYERTAAN
PROGRAM MAU‘IZAH TAHUN 2026
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM), UiTM Cawangan Selangor akan meneruskan penganjuran Program Mau‘izah bagi tahun 2026.
3. Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Tuan / Puan, program ini telah dilaksanakan secara berterusan sejak tahun 2021 hingga kini dengan objektif untuk memperkukuh penghayatan nilai-nilai ESI dan iDART dalam kalangan warga UiTM Cawangan Selangor. Program ini dirancang untuk dilaksanakan sebulan sekali bermula Februari hingga November 2026, dengan penyertaan Fakulti/Kolej/Bahagian/Unit yang berminat sahaja.
4. Sehubungan itu, bagi melancarkan perancangan dan pelaksanaan Program Mau‘izah bagi tahun 2026, pihak kami memohon jasa baik YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Tuan / Puan untuk memberikan maklum balas persetujuan penyertaan melalui pautan borang yang disertakan.
5. Maklum balas ini amat penting bagi membantu pihak UHEI merancang jadual, tarikh, masa serta penceramah bagi setiap siri program sepanjang tempoh Februari hingga November 2026. Pautan borang maklum balas adalah seperti berikut:
👉 https://forms.gle/T6j6Q2WNdEfuJkGy7
6. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Tuan / Puan boleh menghubungi Encik Khairul Azwad Ibrahim di talian 03-3258 7830 / 014-828 0838 atau melalui e-mel [email protected]. Segala maklum balas yang diberikan amatlah dihargai dan akan membantu pihak kami menyelaras pelaksanaan program ini dengan lebih efisyen.
Sekian, terima kasih