Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai, Johor Bahru.

Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai, Johor Bahru. Semua tentang kubur : Pengkebumian, ziarah, adab, khurafat, nasihat, info dan banyak lagi.

Sila hubungi
Tuan Haji Mahmod bin Ahmad pada nombor 013 704 9400 atau 010 885 2010 untuk urusan berikut :

1- Pengkebumian Jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai.

2- Pembuatan dan pemasangan kepok serta nisan.

Program Belajar Urus Jenazah yang lalu pada 21.12.2016 telah disempurnakan dengan majlis penyampaian sijil penghargaan k...
04/01/2017

Program Belajar Urus Jenazah yang lalu pada 21.12.2016 telah disempurnakan dengan majlis penyampaian sijil penghargaan kepada para pengajar & peserta.

Majlis diadakan pada 4.1.2017 bermula jam 8.02 malam di Masjid Nur Syahadah, Kampung Melayu Kangkar Pulai.

Sebahagian daripada para pengajar serta peserta telah hadir bagi menerima sijil masing- masing. Jumlah penuh yang terlibat adalah 34 peserta & 4 tenaga pengajar.

Terima kasih atas sokongan semua yang terlibat samada langsung atau tidak langsung.

Tanpa bantuan semua, program ini tidak akan berjaya.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1204354972996869&id=100002671322942

"Terima kasih pada yang sudi mendaftar nama".Kami mahu 30 sahaja tapi yang beri nama 38 orang, oleh itu pendaftaran tela...
20/12/2016

"Terima kasih pada yang sudi mendaftar nama".

Kami mahu 30 sahaja tapi yang beri nama 38 orang, oleh itu pendaftaran telah ditutup..

Allah sahaja yang tahu berapa yang pasti hadir esok.

-------------

Sesi pengkebumian tidak wajib pada peserta WANITA, boleh datang ke Masjid Nur Syahadah, Kangkar Pulai pukul 10.30 pagi.

Sesi pengkebumian wajib bagi peserta LELAKI, perlu hadir ke Masjid Nur Syahadah, Kangkar Pulai pukul 8 pagi.

"Tak payah bayar sesen pun, samada lelaki atau wanita yang nak belajar".30 TEMPAT DAH DITAJA..Siapa nak belajar urus jen...
19/12/2016

"Tak payah bayar sesen pun, samada lelaki atau wanita yang nak belajar".

30 TEMPAT DAH DITAJA..

Siapa nak belajar urus jenazah, tak payah keluar duit kocek sendiri.

Daftar & datang je :
> 8-5 petang
> 21.12.2016, Rabu
> Tanah perkuburan & Masjid Nur Syahadah, Kangkar Pulai.

makan & minum
nota & lampiran.
sijil.

Hantar nama & no telefon.
Kepada :
Imam Yusof 013 283 8302

04/07/2016

Sudah menjadi kebiasaan pada hari raya ramai yang akan ziarah ke kubur, di sini ada pesanan yg perlu kita ambil berat ketika ziarah kubur.

📌Adab Ziarah Kubur

- Mengucapkan Salam

“Assalamu ‘ala ahlid diyari minal Mu’minina wal Muslimin, wa inna insya Allah ta’ala bikum laa hiqun. As-alullahu lana wa lakumul afiyah."

“Keselamatan kepada penghuni kubur dari kaum Mukminin dan Muslimin, kami insya Allah akan menyusul kalian. Aku memohon keselamatan kepada Allah untuk kami dan kalian semua."

- Mendoakan si Mayat

- Berziarah dalam Posisi Berdiri

- JANGAN DUDUK dan JANGAN LANGKAH di atas kuburan. Rasulullah s.a.w bersabda, “Sungguh jika salah seorang dari kalian duduk di atas bara api sehingga membakar bajunya dan menembus kulitnya, itu lebih baik daripada duduk di atas kubur."

- HARAM meminta-minta dari orang yg mati

- Jangan berbual mengenai hal keduniaaan, ambil iktibar, timbulkan rasa keinsafan di dalam diri

- Jangan berbual mengenai keburukan arwah yg kita ziarahi bahkan menyebutkan segala kebaikkannya

- Jangan HISAP ROKOK

- Jaga AURAT kita khususnya yg perempuan

- Menyiramkan Air di Atas Pusara

Diperbolehkan menyiramkan air biasa di atas pusara si mayat. Rasulullah s.a.w sabda, “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menyiram (air) di atas kubur Ibrahim, anaknya, dan meletakkan kerikil di atasnya." Riwayat Abu Dawud dalam Al Marasil, Imam Baihaqi dalam Sunan, Thabarani dalam Mu’jam Al Ausath.

CEPATNYA BERTAMBAH KUBUR-KUBUR KAT SINI?Dulu Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai, Johor Bahru ni memang khas untuk oran...
07/04/2014

CEPATNYA BERTAMBAH KUBUR-KUBUR KAT SINI?

Dulu Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai, Johor Bahru ni memang khas untuk orang Kampung Melayu Kangkar Pulai tapi sekarang tak lagi. Perubahan ni seiring dengan perkembangan kawasan Kangkar Pulai itu sendiri.

Cuba perhati, sudah banyak kawasan perumahan yang baru dah dibangunkan di sekitar sini. Kawasan yang dulunya ladang kelapa sawit dah naik bangunan. Orang dari pelbagai tempat yang datang ke sini.

Antara kelebihan khidmat pengkebumikan jenazah disini adalah petugasnya yang sentiasa bersedia mengkebumikan jenazah samada siang atau malam, hari bekerja atau cuti. Lagi satu, tanah disini masih luas dan mudah nak dicari kubur-kuburnya.

Anda ada saudara-mara atau rakan yang dikebumikan kat sini?

TREND DAH BERUBAH?Sesuatu perkara yang menarik perhatian admin di Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai, Johor Bahru iala...
07/04/2014

TREND DAH BERUBAH?

Sesuatu perkara yang menarik perhatian admin di Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai, Johor Bahru ialah para penziarah yang datang ke kubur bukan lagi golongan berusia emas sahaja.

Berbeza dengan beberapa tahun yang lalu, sekiranya dibuat pemerhatian dalam tempoh masa yang lama. Setiap hari samada hari bekerja atau hari cuti pasti sahaja kubur yang ada di sini didatangi oleh para waris.

Bagi admin itu suatu perkembangan yang baik kerana timbulnya kesedaran untuk menziarahi kubur. Kita ingat pada orang yang telah pergi dam lambat laun kita yang ziarah kubur ni pun akan pergi juga. Takdenya manusia ni kebal dan kekal selama-lamanya.

Hari cuti Johor Darul Ta'zim dah tukar kepada Hari Jumaat betul tak?

Jadi sama-samalah kita ambil peluang dengan meluangkan sedikit masa daripada 24 jam yang ada untuk ziarahi kubur. Tak Rugi pun kita..

DAH SAMPAI PERINGKAT YANG MANA?Permulaan kita sama sebagai bayi, pengakhiran manusia juga sama jadi jenazah & akan dikub...
07/04/2014

DAH SAMPAI PERINGKAT YANG MANA?

Permulaan kita sama sebagai bayi, pengakhiran manusia juga sama jadi jenazah & akan dikuburkan.

Cuma yang harus diperingatkan, tak semestinya dah tua baru anda akan mati. Kematian ni tak kenal usia, pangkat dan kedudukan anda. Bila dah sampai masanya maka terpisahlah nyawa daripada badan.

Jadi pada anak-anak muda terutamanya, admin nak pesan jika anda ada niat nak buat perkara baik atau berhijrah jadi lebih baik.

Tak perlu bertangguh, jangan berani-berani cakap "Rileklah dulu, nanti dah tua aku taubatlah. Masa muda nilah nak enjoy". Lebih kurang macam tu ayatnya.

Kita tak tahu bila ajal akan tibakan?
Jadi sentiasalah bersedia. Bersedia tu bukan bermakna duduk 24 jam atas tikar sejadah atau kekal di masjid tak keluar-keluar buat ibadah sampai kita mati.

Bersedia menghadapi kehidupan yang seterusnya selepas kematian dengan melaksanakan tuntutan Allah, tuntutan Rasullullah dan tuntutan kehidupan berlandaskan syariat. Setiap kerja elok yang diniatkan kerana Allah akan dikira sebagai ibadah.

Soalan terakhir, anda di peringkat yang mana?

BOLEH SAYA TAHU SIAPA SIMPAN PERMIT KUBUR?Lebih kurang macam tu soalan yang akan diajukan kepada waris-waris jenazah yan...
05/04/2014

BOLEH SAYA TAHU SIAPA SIMPAN PERMIT KUBUR?

Lebih kurang macam tu soalan yang akan diajukan kepada waris-waris jenazah yang akan dikebumikan di sini.

Nak kebumikan jenazah pun kena ada permit?
Ya, sekarang ni bukan pekerja asing je perlu ada permit untuk kerja di negara kita. Menguburkan jenazah ni urusan yang amat penting jadi wajib ada rekod, tak boleh main cincai.


Kalau tertinggal permit tu masa nak kebumikan jenazah, nak buat macam mana?
Waris perlu pergi ambil atau cari kemudian serahkan kepada pengurus kubur. Nak tau lebih lanjut tentang permit kubur. Sila hubungi Jabatan Pendaftaran Negara atau Balai Polis yang berdekatan.

Dah tau sikit-sikitkan?

Sekarang admin nak minta anda buat 1 perkara :

1) Klik 'Like' page 'Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai' :
https://www.facebook.com/KuburIslamKangkarPulai

MACAM MANA NAK BEZAKAN KUBUR LELAKI DENGAN KUBUR PEREMPUAN?Mudah sebenarnya cam sebuah kubur tu milik jenazah lelaki ata...
04/04/2014

MACAM MANA NAK BEZAKAN KUBUR LELAKI DENGAN KUBUR PEREMPUAN?

Mudah sebenarnya cam sebuah kubur tu milik jenazah lelaki atau wanita. Tak perlu nak belek-belek atau berkerut dahi baca tulisan yang ada pada nisan.

Cukup dengan melihat tandanya terletak pada batu atau kayu nisan atas kubur..

Semudah macam tu je? Ya betul, senangkan kalau tengok je pun dah tahu. Biar admin terangkan lagi.


Kubur Lelaki
--------------
Kayu nisan yang disediakan bagi kubur lelaki biasanya berbentuk segi empat atau bulat. Pengurus pengkebumian akan membuat sedikit bentuk atau lekukan pada setiap penjuru nisan kayu tersebut.

Kadang-kadang nisan batu juga dipacak pada kubur. Nisan jenis ni dibuat melalui cetakan simen. bentuknya p**a hampir sama dengan rupa bentuk nisan kayu bagi lelaki.

Kubur Perempuan
---------------------
Kubur Perempuan turut menggunakan kayu atau cetakan simen sebagai tanda nisan kubur. Rekaan nisan untuk kubur perempaun lebih nipis atau pipih, tidak setebal nisan lelaki.

Lebar nisan perempuan p**a tidak ditetapkan ukurannya. Boleh jadi sama lebar dengan nisan lelaki atau kurang daripada itu.


Boleh bayangkan sikit-sikit apa yang admin terangkan?

Cuba cari mana kubur jenazah lelaki & mana kubur jenazah perempuan dalam gambar ni.

Cari sampai jumpa ye...

KENAPA NAK KENA KENAL?Assalamualaikum warga Johor Darul Ta'zim..Harapnya semua sihat sejahtera.Admin nak tanya sikit ni....
03/04/2014

KENAPA NAK KENA KENAL?

Assalamualaikum warga Johor Darul Ta'zim..

Harapnya semua sihat sejahtera.
Admin nak tanya sikit ni. Anda kenal tak siapa pakcik ni? Kalau tak kenal takpe, biar saya tolong perkenalkan & beri sikit latar belakang beliau.

Eh, tak boleh ke kalau tak nak kenal?

Boleh je, tapi lebih senang dan tenang rasanya nak uruskan pengkebumian jenazah insan yang tersayang bila saat kematiannya dah tiba.

Mudah nak berurusan, jadi tak kusut tercari-cari.


Tuan Haji Mahmod bin Ahmad, Pengurus Pengkebumian Jenazah serta Penyelia Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai, Johor Bahru.

- Boleh dihubungi pada nombor telefon 013 704 9400 dan 010 885 2010.

- Telah menguruskan lebih daripada 500 pengkebumian jenazah sejak memegang jawatan tersebut.

- Sentiasa bersedia 24/7 memberi khidmat pengkebumian jenazah sepanjang masa. Tak kira malam atau siang, hari bekerja, cuti umum dan sebagainya.

- Tutut menjalankan kerja-kerja pembuatan serta pemasangan kepok dan nisan kubur di Tanah Perkuburan dalam Negeri JDT.

- Antara individu yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem baru bagi susunan kubur, nombor kubur dan kaedah penggalian kubur di Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai..


Dah kenal sikit-sikitkan?

Sekarang admin nak minta anda buat 2 perkara :

1) Simpan nombor telefon Tuan Haji Mahmod

>013 704 9400
>010 885 2010

2) Klik 'Like' page 'Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai' :
https://www.facebook.com/KuburIslamKangkarPulai

Address

Jalan Insaf, Kampung Melayu Kangkar Pulai
Pulai
81300

Telephone

0137049400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai, Johor Bahru. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category