02/08/2026
HEBAHAN CARTA ORGANISASI MASJID KAMPUNG BELUKAR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dimaklumkan bahawa Carta Organisasi Masjid Kampung Belukar Sesi 2024โ2026 telah disusun sebagai panduan kepada seluruh ahli kariah bagi mengenali barisan kepimpinan serta Ahli Jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan dalam mengurus dan memakmurkan masjid.
Semoga dengan kerjasama, sokongan dan doa daripada seluruh ahli kariah, segala urusan pentadbiran, pengimarahan serta kebajikan masjid dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, berkesan dan diberkati Allah SWT.
Marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid melalui penyertaan dalam setiap program, memberi teguran yang membina serta mendoakan agar semua AJK diberikan kekuatan, keikhlasan dan istiqamah dalam menjalankan amanah.
โMasjid Teras Kesejahteraan Ummah.โ
Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Belukar