22/05/2020
Serai Wangi atau nama Botaninya (Cymbopogon nardus) atau Citronella (Inggeris) adalah dari keluarga
yang sama dengan serai makan.
Ianya merupakan sejenis tanaman yang menyerupai tumbuhan rumput tetapi mempunyai batang yang agak pendek sedikit dari serai makan.
Helaian-helaian daunnya tirus dan panjang
dan lebih lebar dari serai makan dan kelihatan terkulai ke bawah.
Batangnya lebih langsing dan tidak
terlalu membulat jika dibandingkan dengan serai wangi manakala batang dan daunnya beraroma kuat yang menyegarkan.
Serai wangi kebiasaannya ditanam di sekitar rumah atau secara komersial untuk penghasilan minyak pati minyak.
Serai wangi juga boleh digunakan untuk menghalau serangga.
Jika di India, serai wangi banyak digunakan
sebagai herba perubatan tradisional Aryuveda dan industri wangi-wangian.
Bagi masyarakat Melayu, pati minyak serai wangi berguna untuk mengubat sakit perut dan juga digunakan ke dalam campuran air mandian.
Ianya juga digunakan untuk cucian ibu selepas bersalin selain aromanya yang digunakan sebagai penghalau nyamuk.
Maklumat baru yang kami terima, masyarakat di Thailand menggunakan serai wangi ke dalam masakannya.