Surau Baiturrahman Taman D'alpinia

Surau Baiturrahman Taman D'alpinia SURAU BAITURRAHMAN TAMAN D'ALPINIA PUCHONG

π—₯𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗑 π—žπ—œπ—”π—‘ π—•π—˜π—₯π—”π—žπ—›π—œπ—₯...Hari-hari Ramadan kini semakin hampir ke penghujung. Bulan yang penuh rahmat, keampunan dan pem...
16/03/2026

π—₯𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗑 π—žπ—œπ—”π—‘ π—•π—˜π—₯π—”π—žπ—›π—œπ—₯...

Hari-hari Ramadan kini semakin hampir ke penghujung. Bulan yang penuh rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka ini berlalu dengan begitu cepat. Seolah-olah baru semalam kita menyambut kedatangannya, kini kita sedang menghampiri saat perpisahan dengannya.

Allah Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†Ω‡ وΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰ berfirman :

β€œSesungguhnya Allah hanya menerima (amal) daripada orang-orang yang bertakwa.”
(Surah Al-Ma'idah, ayat 27)

Oleh itu, apabila Ramadhan hampir berakhir, seorang mukmin tidak seharusnya menjadi lalai. Bahkan inilah saat yang paling berharga untuk memperbanyakkan istighfar, doa, sedekah dan ibadah. Malam-malam terakhir Ramadhan juga mengandungi kemungkinan bertemunya Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Semoga kita tidak termasuk dalam kalangan orang yang hanya bersungguh-sungguh pada awal Ramadhan tetapi lalai di penghujungnya. Mudah-mudahan Allah menerima segala amal ibadah kita, mengampuni dosa-dosa kita, dan menjadikan Ramadan ini sebagai sebab perubahan hati kita menjadi lebih dekat kepada-Nya.

Aamiin...🀲

26/01/2026

π™†π™€π™‰π™”π˜Όπ™π˜Όπ˜Όπ™‰ π™π˜Όπ™’π˜Όπ™π˜Όπ™‰ π™Žπ™€π˜½π™π™ π™ƒπ˜Όπ™π™‚π˜Ό

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pihak Pengurusan Surau Baiturrahman, Taman D’Alpinia dengan ini mempelawa ahli kariah yang berminat untuk mengemukakan sebut harga perkhidmatan membekal makanan bermasak bagi berbuka puasa, moreh, sahur 10 malam terakhir Ramadan serta jamuan pagi Raya Aidilfitri bagi Tahun 2026.

Pihak yang berminat diminta untuk merujuk maklumat lanjut melalui bahan edaran dan boleh menghubungi wakil AJK Surau bagi sebarang pertanyaan seperti berikut:
πŸ“ž Haji Ahmad Omar – 018 200 0964
πŸ“ž Haji Helmi – 013 360 5050

Sesi taklimat akan diadakan seperti ketetapan berikut:
πŸ—“ Rabu, 28 Januari 2026
πŸ•° Selepas Solat Isyak
πŸ“ Ruang Makan Surau Baiturrahman

Dokumen sebut harga boleh diperolehi semasa sesi taklimat tersebut.

Sekian, harap maklum.
Terima kasih.

Address

Jalan D’Alpinia 10
Puchong
47120

Telephone

+60139806168

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Baiturrahman Taman D'alpinia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Baiturrahman Taman D'alpinia:

Shortcuts

Share