12/04/2026
Yang Berbahagia Dato/ Datin /Tuan /Puan/ Encik/ Cik yang dirahmati Allah SWT,
*JEMPUTAN RUMAH TERBUKA SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI SURAU AR RAHMAN 1447H/ 2026M*
Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.
2. Dengan penuh rasa rendah diri kami bagi pihak Pengurusan Surau Ar Rahman, Lake Vista, Taman Tasik Prima sukacita menjemput Yang Berbahagia Dato/ Datin /Tuan /Puan/ Encik/ Cik untuk hadir ke Rumah Terbuka Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Surau Ar Rahman 1447H/ 2026M seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 18hb April 2026/ 29 Syawal 1447
Hari : Sabtu
Masa : 5:00 ptg – 10:00 mlm
Tempat : Perkarangan dan Ruang Terbuka
3. Semoga kehadiran Yang Berbahagia Dato/ Datin /Tuan /Puan/ Encik/ Cik dapat memeriahkan lagi Rumah Terbuka Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Surau Ar Rahman 1447H/ 2026M yang diadakan pada tahun ini.
Kerjasama dan perhatian pihak Yang Berbahagia Dato/ Datin /Tuan /Puan/ Encik/ Cik amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian, Wassalam
PENGURUSAN
SURAU AR-RAHMAN
TAMAN TASIK PRIMA