Masjid Jamek Batu 14 Puchong

Masjid Jamek Batu 14 Puchong Masjid Jamek Batu 14 ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam

21/08/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, kerja-kerja menaik taraf mihrab Masjid Jamek Batu 14 Puchong telah pun selesai dengan sempurna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa, doa dan dana bagi menjayakan projek ini.

Semoga mihrab yang baharu ini menjadi tempat yang penuh keberkatan, menjadi saksi kepada ibadah dan ketaatan kita kepada Allah SWT, serta memberi keselesaan kepada imam dan jemaah dalam melaksanakan solat.

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang dan yang terlibat. Semoga Allah SWT membalas setiap sumbangan dengan pahala yang berpanjangan dan menjadikannya sebagai amal jariah yang terus mengalir pahalanya. 🤲🏻

Alhamdulillah… satu lagi amanah telah disempurnakan.

🌙✨SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙🕌 MASJID JAMEK BATU 14 PUCHONG“MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”📅 25 Ogos 2026 (Selasa...
09/08/2026

🌙✨SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙

🕌 MASJID JAMEK BATU 14 PUCHONG

“MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”

📅 25 Ogos 2026 (Selasa)

Jom bersama-sama memeriahkan Program Sambutan Maulidur Rasul dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seluruh komuniti! ❤️

📌 AKTIVITI PROGRAM

🕌 Subuh Macam Jumaat
🎙️ Kuliah Subuh bersama Faizal Bin Ismail (FBI)

🚶‍♂️ Perarakan Maulidur Rasul
🏆 Hadiah disediakan untuk kontinjen terbaik!

🎨 Pertandingan Mewarna
• 7 – 9 tahun
• 10 – 12 tahun

✍️ Pertandingan Tulisan Khat
• 9 – 12 tahun

📖 Pertandingan Bercerita Sirah Nabi
• 7 – 9 tahun
• 10 – 12 tahun

📞 PENYERTAAN & MAKLUMAT LANJUT
Hubungi Puan Hidayah
📱 017-298 9736

🍽️ SARAPAN PAGI DISEDIAKAN

👳‍♂️ Pakaian Muslimin:
Baju Melayu & Sampin

🌹 Ayuh kita bersama-sama menghidupkan sunnah, menyemai kecintaan kepada Rasulullah ﷺ dan mengeratkan ukhuwah sesama ummah.

Jangan lupa hadir dan ajak keluarga serta sahabat! 🤍

📍 Masjid Jamek Batu 14 Puchong

10/07/2026

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
— Riwayat al-Bukhari

🌙 JOM MENYOKONG OPERASI MASJID MELALUI INFAQ BIL UTILITIAssalamualaikum wbtMasjid merupakan rumah Allah yang sentiasa di...
10/07/2026

🌙 JOM MENYOKONG OPERASI MASJID MELALUI INFAQ BIL UTILITI

Assalamualaikum wbt

Masjid merupakan rumah Allah yang sentiasa digunakan untuk solat berjemaah, majlis ilmu, dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Bagi memastikan segala kemudahan di masjid terus berfungsi dengan baik, kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada para jemaah untuk menampung kos bil utiliti.

Setiap infaq yang diberikan akan membantu menampung perbelanjaan elektrik sekali gus memastikan suasana masjid sentiasa selesa dan kondusif untuk beribadah.

💡 Salurkan sumbangan anda ke akaun TNB:
No. Akaun: 220291242902

📲 Bayaran melalui JomPAY
Biller Code: 5454
Ref-1: 220291242902

✨ Tiada sumbangan yang terlalu kecil di sisi Allah SWT. Semoga setiap ringgit yang diinfakkan menjadi amal jariah yang berterusan serta dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.

“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai terdapat seratus biji.”

27/06/2026

Syukur kepada Allah swt. Terima kasih kepada Yb Yeo Bee Yin Ahli Parlimen Puchong di atas sumbangan RM 35,000.00 bagi menaik taraf mihrab di Masjid Jamek Batu 14 Puchong. Cek di serahkan oleh Pegawai Khas Yb iaitu En Kamarul Hafiz. Majlis serahan cek di lakukan sebelum Ceramah Perdana oleh Ustaz Syamsul Debat.

26/06/2026

Ceramah Perdana Ustaz Syamsul Debat.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan meriah.

25/06/2026

Ceramah Perdana Ustaz Syamsul Debat

Masjid Jamek Batu 14 Puchong
25 Jun 2026

HARI INI ‼️‼️CERAMAH PERDANA DI MASJID JAMEK BATU 14 PUCHONGPenceramahUSTAZ SYAMSUL DEBATMasa   : Selepas Solat MaghribT...
25/06/2026

HARI INI ‼️‼️

CERAMAH PERDANA DI MASJID JAMEK BATU 14 PUCHONG

Penceramah
USTAZ SYAMSUL DEBAT

Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Dewan Solat Utama Masjid Jamek Batu 14 Puchong

Live di FB Masjid Jamek Batu 14

https://www.facebook.com/share/1BeYnhY9cs/?mibextid=wwXIfr

TERDAPAT BANYAK GERAI JUALAN AKAN DI BUKA

SEMUA DI JEMPUT HADIR

Address

Jalan Masjid, Batu 14
Puchong
47100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Batu 14 Puchong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Jamek Batu 14 Puchong:

Shortcuts

Share

Category