Masjid Taman Putra Perdana Puchong - Rasmi

Masjid Taman Putra Perdana Puchong - Rasmi Masjid Taman Putra Perdana
Puchong, Selangor Selamat datang ke FanPage Masjid Taman Putra Perdana (Official). Termasuk juga aktiviti spamming.
(256)

Insya Allah hebahan aktiviti masjid termasuk kuliah dan ceramah akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Makluman:

Posting iklan dan seumpamanya adalah tidak dibenarkan. Tindakan menyekat pengguna sebegini akan dibuat tanpa notis.

28/08/2026
Assalamualaikum wbt,YBhg. Tan Sri Dato’/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ PuanQIYAMULLAIL DAN KULIAH SUBUH KHAS SEMPENA S...
28/08/2026

Assalamualaikum wbt,

YBhg. Tan Sri Dato’/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan

QIYAMULLAIL DAN KULIAH SUBUH KHAS SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Pihak pengurusan Masjid Taman Putra Perdana, Puchong akan menganjurkan program ceramah sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 69 bertajuk

"Pasca Merdeka: Merdeka Jiwa, Kukuh Iman"

pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 31 Ogos 2026 (Isnin)
Masa : bermula jam 4.40 pagi (qiyammullail)
( jam 6.45 pagi : Kuliah subuh khas )
Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Penceramah Kuliah Subuh Khas:
AF Ustaz Hasbullah Bin Najib

Qiyamullail akan di pimpin oleh AF Ustaz Mohd Syazwan Helmi Bin Mohd Sukeri

Orang ramai dijemput hadir bagi mengimarahkan lagi program tersebut !!!

Jom datang beramai ramai ke masjid bersama ahli keluarga dan anak-anak !!! 😊

Jamuan sarapan pagi istimewa ( Roti canai kari kambing ).

Salam hormat daripada pihak Pengurusan Masjid Taman Putra Perdana ✨

📸LENSA FOTO : SAMBUTAN MALAM MAHABBAH RASULULLAH SAW SEMPENA MAULIDURRASUL 1448H Masjid Taman Putra Perdana Puchong - Ra...
26/08/2026

📸LENSA FOTO : SAMBUTAN MALAM MAHABBAH RASULULLAH SAW SEMPENA MAULIDURRASUL 1448H Masjid Taman Putra Perdana Puchong - Rasmi

25/8/2026 | SELASA | 12 RABI'UL AWAL 1448H

Alhamdulillah❤️, pihak pengurusan Masjid Taman Putra Perdana Puchong - Rasmi telah menganjurkan program Sambutan Malam Mahabbah Rasulullah SAW sempena Maulidurrasul 1448h. Program telah di mulakan dengan berzanji dan selawat serta doa munajat yang telah di pimpin oleh barisan pentadbiran Masjid Taman Putra Perdana Puchong - Rasmi. Suasana yang penuh syahdu dan indah apabila laungan selawat dan zikir bergema di ruangan solat utama masjid yang telah di hadiri oleh ramai jemaah dan ahli kariah masjid. Majlis di teruskan lagi dengan ceramah perdana khas selepas solat maghrib yang telah di sampaikan oleh AF Ustaz Nabil Ashraf bertajuk " Rasulullah Rahmat Sekalian Alam ". Kupasan dan ilmu yang bermanfaat mengenai sakhsiah dan akhlak nabi Muhammad SAW telah di sampaikan buat pengisian ilmu serta kerohanian jiwa para jemaah pada malam tersebut. Terima kasih di ucapkan buat seluruh jemaah yang telah hadir bagi menjayakan program pengimarahan masjid sempena maulidurrasul pada tahun ini. Jazakallahu khair jaza'. Semoga kita semua peroleh kebaikan dan keberkatan di dalam majlis ilmu ini. InsyaAllah 🤲





📌PROGRAM KEM BESTARI SOLAT ANAK YATIM NEGERI SELANGOR 'KBEST' 2026 (DAERAH SEPANG)Assalamualaikum wbt.Tuan/Puan,Jom hant...
26/08/2026

📌PROGRAM KEM BESTARI SOLAT ANAK YATIM NEGERI SELANGOR 'KBEST' 2026 (DAERAH SEPANG)

Assalamualaikum wbt.

Tuan/Puan,

Jom hantar anak-anak yatim kita ke Program Kem Bestari Solat Anak Yatim Negeri Selangor 'KBEST' 2026 (Daerah Sepang).

Berikut adalah butiran program tersebut:

🗓️ Tarikh : 5 September 2026 (Sabtu)
🕰️ Masa : 8:00 pagi - 5:30 petang
🏠 Tempat : Masjid Taman Putra Perdana, Sepang
💸 HANYA RM 40 UNTUK PESERTA BIASA (TERMASUK MAKAN MINUM & BAYARAN KONSULTAN)
💸 YURAN PERCUMA BAGI ANAK YATIM
💸 DISEDIAKAN RM 50 BAGI SETIAP ANAK YATIM

Maklumat program ada di dalam link pendaftaran dibawah 🤓

🔗 Link Pendaftaran
https://forms.gle/BGvBvQkjY8EMyYZL7

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai YIDE (Ust. Haizan: +60 12 426 9478) atau Ustaz Wafiq (+60 11-1002 5473), Pengurus Masjid Taman Putra Perdana.

Sekian, terima kasih.

Anjuran:
1. Yayasan Islam Darul Ehsan
2. Masjid Taman Putra Perdana

26/08/2026

🔴LIVE ~ CERAMAH PERDANA KHAS SEMPENA MAULIDURRASUL 1448H
📅~ 25/08/2026 (SELASA) ~ 12 RA'AWAL 1448H
👳‍♀️~ USTAZ NABIL ASHRAF
📓~ TAJUK : "RASULULLAH SAW RAHMAT SEKALIAN ALAM"

LIVE STREAMING FACEBOOK Masjid Taman Putra Perdana
https://www.facebook.com/share/v/1EqzciGMBm/

🌙 SAMBUTAN MALAM MAHABBAH RASULULLAH SAW Masjid Taman Putra Perdana Puchong - Rasmi🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabar...
22/08/2026

🌙 SAMBUTAN MALAM MAHABBAH RASULULLAH SAW Masjid Taman Putra Perdana Puchong - Rasmi🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh sukacita nya pihak pengurusan masjid, semua ingin menjemput muslimin dan muslimat, ahli kariah dan penduduk taman putra perdana hadir ke Majlis berselawat dan Ceramah Khas Sempena Maulidurrasul 1448H yang bertajuk:

📖 “RASULULLAH SAW RAHMAT SEKALIAN ALAM”

🎙️ Penceramah Jemputan:

Ustaz Nabil Ashraf

📅 Tarikh: 25 Ogos 2026 (Selasa)

🕰️ Masa:
6.30 pm : Majlis Selawat dan berzanji
8.00 pm : Ceramah Khas Maulidurrasul ( Selepas Solat Maghrib )

📍 Tempat: Dewan Solat Utama Masjid Taman Putra Perdana Puchong - Rasmi
🔹Tema : Tema berpakaian warna putih
🍱 Jamuan di sediakan

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan kasih sayang Rasulullah ﷺ serta berusaha meneladani sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

✨ Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir.

Semoga majlis ini menjadi asbab bertambahnya kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Jangan lupa save the date, pakat hadir dan ajak keluarga serta sahabat handai! 🤲🏻

🔹TILAWAH AL-QURAN -SURAH QAF-🟠QARI JEMPUTANAF USTAZ MUHAMMAD ISYRAQ📅TARIKH : 21/8/2026 ( JUMAAT )📍TEMPAT : DEWAN SOLAT U...
21/08/2026

🔹TILAWAH AL-QURAN
-SURAH QAF-

🟠QARI JEMPUTAN
AF USTAZ MUHAMMAD ISYRAQ

📅TARIKH : 21/8/2026 ( JUMAAT )

📍TEMPAT : DEWAN SOLAT UTAMA Masjid Taman Putra Perdana Puchong - Rasmi

⏰MASA : 12.30 PM ( SEBELUM SOLAT JUMAAT )

SEMUA MUSLIMIN DI JEMPUT HADIR AWAL KE MASJID 😊



📸LENSA FOTO : MESYUARAT KHAS PERSEDIAAN PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG PENCALONAN DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA SURAU-SURAU DI...
12/08/2026

📸LENSA FOTO : MESYUARAT KHAS PERSEDIAAN PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG PENCALONAN DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA SURAU-SURAU DI BAWAH KARIAH Masjid Taman Putra Perdana Puchong - Rasmi

7 OGOS 2026 | JUMAAT | 23 SAFAR 1448H

Alhamdulillah ❤️, pihak pengurusan Masjid Taman Putra Perdana Puchong - Rasmi telah mengadakan mesyuarat khas persediaan pelaksanaan mesyuarat agung bagi pencalonan dan pemilihan jawatankuasa surau-surau di bawah kariah Masjid Taman Putra Perdana Puchong - Rasmi negeri Selangor bagi sesi 2026. Terima kasih di atas kehadiran semua pengerusi surau serta ajk yang telah terlibat secara lansung pada malam tersebut. Mesyuarat ini perlu di adakan bagi membincangkan isu-isu yang berbangkit serta pelaksanaan pemilihan calon agar berjalan dengan lancar semasa hari kejadian. Pemilihan dan pencalonan tersebut perlulah mengikut garis panduan yang telah di tetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ). Mudah-mudahan segala pelaksanaan dan pemilihan calon yang baru bagi sesi 2026 ini dapat berjalan dengan lancar dan jaya nya. InsyaAllah 🤲



📸LENSA FOTO : CERAMAH PERDANA KHAS PROGRAM KESEDARAN HALAL ANJURAN BERSAMA UNIT PENGURUSAN HALAL, PEJABAT AGAMA ISLAM DA...
06/08/2026

📸LENSA FOTO : CERAMAH PERDANA KHAS PROGRAM KESEDARAN HALAL ANJURAN BERSAMA UNIT PENGURUSAN HALAL, PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH SEPANG

31 JULAI 2026 | JUMAAT | 16 SAFAR 1448H

Alhamdulillah❤️, pihak pengurusan Masjid Taman Putra Perdana telah mengadakan program kesedaran halal, anjuran bersama Unit Pengurusan Halal, Pejabat Agama Islam Daerah Sepang bertempat di dewan solat utama Masjid Taman Putra Perdana. Ceramah perdana khas berkenaan kesedaran halal dalam kalangan masyarakat tersebut telah di sampaikan oleh AF Ustaz Aiman Bin Rafie daripada Bahagian Pengurusan Halal, Jakim. Intipati dan mesej yang jelas telah di huraikan oleh penceramah jemputan mengenai penting nya kesedaran halal dalam kehidupan seharian. Pelbagai isu dan laporan kes yang telah di bahas bagi memupuk cakna masyarakat tentang isu halal. Kehadiran para jemaah yang sangat menggalakkan serta sesi soal jawab yang telah di adakan, sedikit sebanyak mampu memberikan kefahaman dan penjelasan terhadap isu semasa yang terjadi di sekitar setempat. Mudah-mudahan Allah SWT menerima segala amalan kebaikan kita semua. InsyaAllah 🤲





📸LENSA FOTO : LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN Masjid Taman Putra Perdana Puchong - Rasmi KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGS...
06/08/2026

📸LENSA FOTO : LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN Masjid Taman Putra Perdana Puchong - Rasmi KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA PERDANA ( SMKPP )

30 JULAI 2026 | KHAMIS | 15 SAFAR 1448H

Alhamdulillah❤️, pihak pengurusan Masjid Taman Putra Perdana Puchong - Rasmi telah mengadakan lawatan kunjungan hormat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana buat kali yang pertama. Kunjungan hormat ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara pihak pengurusan masjid dan barisan pentadbiran sekolah. Masjid merupakan satu tempat penyatuan masyarakat, ia nya juga menjadi wadah kerohanian buat anak-anak remaja yang sedang meningkat dewasa. Pertemuan antara pihak sekolah ini juga telah membincangkan tentang solusi atau pendekatan yang holistik bagi meningkatkan tahap pembelajaran serta pembentukan sakhsiah yang baik dalam kalangan pelajar-pelajar di sekolah. Mudah-mudahan pertemuan dan perbincangan bersama ini, dapat memberikan impak yang besar buat anak-anak didik SMKPP. InsyaAllah 🤲





Address

Bulatan Putra Perdana
Puchong
47130

Telephone

+60383227656

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Taman Putra Perdana Puchong - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category