Blue Archipelago Berhad

Blue Archipelago Berhad Blue Archipelago Berhad (655173-D) is a shrimp aquaculture company dedicated to the production of pr

Our business is built on the foundations of high quality standards, food safety, ecological sustainability and social responsibility. Our ultimate aim is to develop a Malaysian seafood brand that is associated with wholesomeness and integrity.

Blue Archipelago Berhad (BAB) is proud to have participated in MAHA 2026, one of Malaysia’s premier platforms for agricu...
08/09/2026

Blue Archipelago Berhad (BAB) is proud to have participated in MAHA 2026, one of Malaysia’s premier platforms for agriculture, food and agro-based industries.

Held from 28 August to 6 September 2026, BAB’s participation featured three key engagements:

MAHA 2026 Exhibition | 28 August – 6 September 2026
Throughout the exhibition, BAB connected with visitors, industry players, business partners and stakeholders while showcasing our shrimp aquaculture journey, products and commitment to quality, sustainability and responsible aquaculture.

Mini Stage Session | 2 September 2026
BAB brought shrimp from pond to plate through a Live Shrimp Cooking Session. Giving visitors the opportunity to experience the freshness and quality of our shrimp while learning more about our aquaculture journey.

Hosted Buyer Programme & MoU Signing Ceremony | 1 – 4 September 2026
The Hosted Buyer Programme provided a valuable platform for BAB to strengthen business connections and explore new opportunities in international markets. The engagement culminated in an MoU Signing Ceremony on 4 September 2026, where Blue Archipelago Berhad signed a MoU with Shanghai Unique Paver Co. Ltd. for the distribution of BAB’s shrimp to the China market. This strategic collaboration marks another important milestone in BAB’s journey to expand our market reach and strengthen our presence in the international seafood industry.

MAHA 2026 has been a meaningful platform for BAB to connect, collaborate, and create opportunities across the aquaculture and agro-food ecosystem.

From our pond to your plate, we remain committed to delivering quality seafood with care, responsibility, and sustainability.

--------------------

Blue Archipelago Berhad (BAB) berbangga kerana telah menyertai MAHA 2026, salah satu platform terkemuka di Malaysia bagi sektor pertanian, makanan dan industri berasaskan agro.

Berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026, penyertaan BAB merangkumi tiga penglibatan utama:

Pameran MAHA 2026 | 28 Ogos – 6 September 2026
Sepanjang pameran berlangsung, BAB berpeluang berinteraksi dengan para pengunjung, pemain industri, rakan niaga dan pihak berkepentingan, di samping memperkenalkan perjalanan akuakultur udang kami, produk-produk yang dihasilkan serta komitmen BAB terhadap kualiti, kelestarian dan amalan akuakultur yang bertanggungjawab.

Sesi Pentas Mini | 2 September 2026
BAB membawa pengalaman “dari kolam ke pinggan” menerusi Sesi Memasak Udang Secara Langsung (Live Shrimp Cooking Session).
Sesi ini memberi peluang kepada para pengunjung untuk merasai sendiri kesegaran dan kualiti udang BAB, di samping mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai perjalanan serta amalan akuakultur kami.

Program Hosted Buyer & Majlis Menandatangani MoU | 1 – 4 September 2026
Program Hosted Buyer menyediakan platform yang amat bermakna kepada BAB untuk memperkukuh hubungan perniagaan serta meneroka peluang baharu di pasaran antarabangsa. Penglibatan ini mencapai kemuncaknya menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 4 September 2026, apabila Blue Archipelago Berhad menandatangani MoU bersama Shanghai Unique Paver Co. Ltd. bagi pengedaran udang BAB ke pasaran China. Kerjasama strategik ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan BAB untuk memperluaskan capaian pasaran serta memperkukuh kehadiran kami dalam industri makanan laut di peringkat antarabangsa.

MAHA 2026 telah menjadi platform yang bermakna buat BAB untuk berhubung, bekerjasama dan mewujudkan peluang dalam ekosistem akuakultur dan agro-makanan.

Dari kolam kami ke pinggan anda, kami kekal komited untuk menyampaikan makanan laut berkualiti dengan penuh prihatin, bertanggungjawab dan mampan.

🎓🦐 LAWATAN AKADEMIK PELAJAR POLITEKNIK JELI KELANTAN (PJK) KE iSHARP SDN. BHD.Selasa, 28 Julai 2026 - Blue Archipelago B...
04/08/2026

🎓🦐 LAWATAN AKADEMIK PELAJAR POLITEKNIK JELI KELANTAN (PJK) KE iSHARP SDN. BHD.

Selasa, 28 Julai 2026 - Blue Archipelago Berhad melalui anak Syarikatnya iSHARP Sdn. Bhd. berbesar hati menerima kunjungan 116 orang pelajar Diploma Teknologi Akuakultur Semester Lima bersama 4 orang pensyarah pengiring dari Politeknik Jeli Kelantan (PJK).

Lawatan akademik ini bertujuan memberikan pendedahan industri secara langsung melalui sesi lawatan, perkongsian ilmu serta aktiviti praktikal (hands-on) berkaitan operasi ternakan udang bersepadu di iSHARP.

🤝 Kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan industri merupakan langkah penting dalam melahirkan graduan berkemahiran, kompeten dan bersedia memenuhi keperluan industri akuakultur masa hadapan.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat terus diperkukuhkan dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak pada masa akan datang. 🌱🦐

BENGKEL KOLABORASI PENYELIDIKAN ANTARA iSHARP SDN BHD & UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)Selasa, 14 Julai 2026, Blue ...
15/07/2026

BENGKEL KOLABORASI PENYELIDIKAN ANTARA iSHARP SDN BHD & UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

Selasa, 14 Julai 2026, Blue Archipelago Berhad melalui anak Syarikatnya iSHARP Sdn. Bhd. berbesar hati menerima kunjungan penyelidik daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam Bengkel Kolaborasi Penyelidikan yang diadakan di iSHARP.

Bengkel ini merupakan satu langkah penting ke arah memperkukuhkan kerjasama strategik antara pihak industri dan institusi akademik dalam menjalankan penyelidikan berkaitan pemindahan ilmu penyelesaian berasaskan alam semula jadi yang dipacu oleh komuniti bagi menyokong pembangunan akuakultur udang yang mampan di Malaysia.

Terima kasih kepada pihak UMT atas kesudian menjalinkan kolaborasi bersama iSHARP. Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi dan penyelesaian lestari demi kemajuan industri akuakultur negara.

27 June 2026, Sabtu: Blue Archipelago Berhad menerusi ladang udang iSHARP bersama-sama melakar sejarah di Daerah Setiu a...
27/06/2026

27 June 2026, Sabtu: Blue Archipelago Berhad menerusi ladang udang iSHARP bersama-sama melakar sejarah di Daerah Setiu apabila berjaya mencatat rekod Udang Celup Tepung Terpanjang sepanjang 1 kilometer yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Setiu ini menyaksikan Blue Archipelago Berhad menaja sebanyak 1,000 kilogram udang, yang kemudiannya diagihkan kepada para peserta terdiri daripada pengusaha dan peniaga udang celup tepung di sekitar Pantai Penarik.

Sebanyak 547 buah meja telah disusun sepanjang 1 kilometer bagi menghidangkan udang celup tepung yang digoreng oleh para peserta, sekali gus mencipta rekod kebangsaan dan menjadi simbol kerjasama erat antara agensi kerajaan, komuniti setempat serta pihak industri dalam mempromosikan produk makanan tempatan dan industri akuakultur Setiu.




We are so honored to be part of this moments..our one and only Udang from Isharp Sdn Bhd subsidiary of Blue Archipelago ...
27/06/2026

We are so honored to be part of this moments..our one and only Udang from Isharp Sdn Bhd subsidiary of Blue Archipelago Berhad..




26/06/2026

Karnival Pekan Budaya Daerah Setiu. Jom beramai-ramai hadir di Dataran Laman Seri Rhu 10 Setiu Terengganu.

Blue Archipelago menerusi Ladang iSHARP menaja udang segar untuk program "Udang Celup Tepung Terpanjang Malaysia Book of Record"


24/05/2026

Program Retreat Warga Kerja Arca Biru Sdn Bhd

Pada 21 Mei 2026 yang lalu, seramai kira-kira 50 orang warga kerja Arca Biru Sdn Bhd anak syarikat Blue Archipelago Berhad telah menyertai Program Retreat yang diadakan di Gunung Jerai sebagai salah satu inisiatif memperkukuhkan hubungan silaturahim serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan kakitangan.

Program dimulakan dengan aktiviti hiking dari Jerai Hill Resort menuju ke kawasan Padang Tok Sheikh di puncak Gunung Jerai. Sepanjang aktiviti berlangsung, para peserta bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam semula jadi, malah turut memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama, disiplin, komunikasi yang baik, semangat setiakawan serta sikap saling membantu antara satu sama lain dalam menghadapi cabaran pendakian.

Selain itu, program ini juga menjadi platform untuk meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental warga kerja di samping mengeratkan hubungan antara kakitangan daripada pelbagai jabatan.

Selepas selesai aktiviti di Gunung Jerai, para peserta meneruskan perjalanan ke Merbok untuk menikmati makan tengah hari bersama di Nasi Briyani Hyderabad dalam suasana santai dan penuh kemesraan.

Pihak syarikat merakamkan penghargaan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung. Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuhkan semangat kekeluargaan serta budaya kerja positif dalam organisasi.

Townhall Arca Biru Sdn Bhd Mei 2026Pada 20 Mei 2026 yang lalu, telah berlangsung sesi Townhall bertempat di Arca Biru Sd...
22/05/2026

Townhall Arca Biru Sdn Bhd Mei 2026

Pada 20 Mei 2026 yang lalu, telah berlangsung sesi Townhall bertempat di Arca Biru Sdn. Bhd. anak syarikat Blue Archipelago Berhad yang menghimpunkan warga kerja bagi perkongsian perkembangan semasa syarikat, cabaran operasi serta hala tuju organisasi.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Head Group Facility, En. Yasran Radzi yang berkongsi mengenai cabaran dalam pengurusan facility dan equipment bagi memastikan operasi berjalan lancar dan efisien.

Sesi diteruskan oleh Deputy Farm Manager, En. Ibrahim Ahmad yang menyentuh tentang cabaran penyakit White Spot pada udang serta langkah-langkah pencegahan yang dilaksanakan bagi menjaga kestabilan operasi penternakan.

Seterusnya, Deputy Chief Executive Officer, En. Sudeman Harith telah berkongsi perkembangan semasa syarikat, pencapaian terkini serta fokus strategik organisasi dalam mendepani cabaran dan peluang perniagaan pada masa hadapan. Pembentangan beliau turut merangkumi aspek perancangan operasi, pembangunan organisasi serta inisiatif penambahbaikan dalam memperkukuh daya saing syarikat.

Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Chief Operating Officer, En. Anuar Sani Abd Rahman yang menekankan kepentingan kerjasama berpasukan, budaya kerja profesional serta komitmen berterusan dalam memastikan kecemerlangan organisasi terus diperkukuhkan.

Pihak syarikat turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja atas komitmen, dedikasi serta usaha berterusan dalam menjayakan operasi dan pembangunan organisasi. Semoga semangat kerjasama dan kesatuan ini terus menjadi pemangkin kepada kejayaan syarikat pada masa akan datang.

Blue Archipelago Berhad menerusi anak syarikatnya Arca Biru Sdn Bhd menerima kehadiran 20 orang delegasi daripada Univer...
14/05/2026

Blue Archipelago Berhad menerusi anak syarikatnya Arca Biru Sdn Bhd menerima kehadiran 20 orang delegasi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada 13 Mei 2026 bagi lawatan sambil belajar melibatkan pelajar Program Sains Laut, Fakulti Sains dan Teknologi UKM di Arca Biru Sdn Bhd.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar mengenai industri akuakultur khususnya penternakan udang, selaras dengan pembelajaran akademik mereka dalam bidang Sains Laut. Selain itu, lawatan ini juga membuka peluang kepada para pelajar untuk memahami dengan lebih mendalam proses penternakan udang, pengurusan operasi kolam serta amalan pengurusan industri akuakultur secara praktikal.

Pihak Blue Archipelago Berhad turut berkongsi taklimat dan penerangan berkaitan operasi ladang, pengurusan biosekuriti serta cabaran dan pengalaman dalam industri akuakultur bagi menambah ilmu dan kefahaman para pelajar terhadap sektor ini.

Sebagai syarikat yang komited dalam pembangunan industri akuakultur, Blue Archipelago Berhad sentiasa menyokong usaha pembangunan modal insan dan pendidikan generasi muda melalui perkongsian ilmu serta pengalaman industri secara berterusan.

PROGRAM “KHABAK BUKIT” LADANG iSHARP13 Mei 2026 (Khamis)Blue Archipelago Berhad melalui Ladang iSHARP telah menganjurkan...
14/05/2026

PROGRAM “KHABAK BUKIT” LADANG iSHARP
13 Mei 2026 (Khamis)

Blue Archipelago Berhad melalui Ladang iSHARP telah menganjurkan program mendaki bukit atau “Khabak Bukit” di Bukit Keluang sebagai salah satu inisiatif dalam memperkukuh semangat kerja berpasukan, mengeratkan hubungan silaturahim serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.

Bukit Keluang yang terletak di daerah Besut merupakan antara destinasi rekreasi dan pelancongan terkenal di negeri Terengganu. Bukit ini mempunyai ketinggian sekitar 141 meter (463 kaki) dari aras laut dan terkenal dengan panorama Laut China Selatan yang memukau, selain laluan pendakian yang mencabar namun sesuai untuk aktiviti riadah berkumpulan.

Menariknya, nama “Bukit Keluang” dipercayai diambil sempena kewujudan kelawar besar atau “keluang” yang suatu ketika dahulu banyak menghuni kawasan gua di sekitar bukit tersebut. Selain menjadi lokasi pendakian popular, kawasan ini juga terkenal dengan pantai yang indah, tiupan angin laut yang nyaman serta pemandangan matahari terbit yang menjadi tarikan utama pengunjung dari dalam dan luar negara.

Laluan pendakian sejauh kira-kira 1.5 kilometer memberikan pengalaman yang mencabar dan menyeronokkan kepada para peserta, di samping menguji ketahanan fizikal, disiplin serta semangat kerjasama sepanjang program berlangsung.

Program ini telah disertai oleh barisan pengurusan tertinggi Blue Archipelago Berhad termasuk En. Sudeman Harith selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, En. Anuar Sani selaku Ketua Pegawai Operasi dan Puan Farah Shazeena selaku Ketua Kumpulan Jabatan Sumber Manusia. Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan serta kakitangan Ladang iSHARP yang menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang aktiviti dijalankan.

Penganjuran program “Khabak Bukit” ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal warga kerja, malah menjadi platform dalam memupuk nilai kerjasama, komunikasi dan kebersamaan dalam suasana santai serta positif.

Melalui program seperti ini, Blue Archipelago Berhad berharap dapat melahirkan warga kerja yang lebih cergas, produktif dan berdaya tahan, selaras dengan aspirasi syarikat dalam membentuk budaya kerja yang sihat, progresif dan berprestasi tinggi.





Address

Puchong

Telephone

+603 8074 7555

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Blue Archipelago Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Blue Archipelago Berhad:

Shortcuts

Share