Masjid Nurul Huda Kampung Kenangan

Masjid Nurul Huda Kampung Kenangan Ini adalah laman sosial rasmi Masjid Nurul Huda Kg Kenangan.

31/05/2026
Kuliah tafsir surah Al-Baqarah bersama Ustazah Laila...
07/05/2026

Kuliah tafsir surah Al-Baqarah bersama Ustazah Laila...

03/05/2026

✨ CERAMAH PERDANA ✨
🕌 MASJID NURULHUDA KG. KENANGAN BATU 13 PUCHONG

🗓️ 3 MAY 2026/ 15 ZULKAEDAH 1447H

👳 PENCERAMAH:
AL-FADHIL USTAZ SYAMSUL DEBAT

📌 TAJUK:
"BAHAGIAKAH KELUARGAKU"

23/03/2026

Hari Raya Aidilfitri, ziarah-menziarahi menjadi jambatan mengeratkan silaturahim. Namun, keindahan Syawal lebih bermakna apabila disulami dengan adab yang terpuji.

Maklumkan kedatangan, hormati tuan rumah, hargai hidangan, dan tidak berlama-lama. Jangan lupa mendoakan kebaikan buat mereka yang menerima kunjungan.

Adab dijaga, silaturahim terpelihara, itulah sebenar-benar kemeriahan Aidilfitri




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.Berikut adalah update tajaan Ihya' Ramadhan Masjid NurulHuda Kg Kenangan Batu 13 Puchong...
15/02/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Berikut adalah update tajaan Ihya' Ramadhan Masjid NurulHuda Kg Kenangan Batu 13 Puchong bagi sesi 2026.

Slot terkumpul: 33/336 (berbaki 303 slot)

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang tersebut.”

✨ RM2,400 – Tajaan 1 malam
✨ RM200 – 1 bahagian
✨ RM100 – ½ bahagian

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan ataupun berminat untuk menyertai slot tajaan Ihya' Ramadhan Masjid NurulHuda bolehlah hubungi:-
•Haji Nasiruddin: 019-2711 460
•Haji Zamri: 013-3943 783
•Encik Shamsuri: 018-3699 974

Mungkin sumbangan anda tidak besar pada nilai, tetapi sangat besar di sisi Allah jika disertai keikhlasan.

Mudah-mudahan melalui tajaan ini:
✔ Allah melapangkan rezeki kita
✔ Mengangkat segala kesulitan
✔ Menyembuhkan yang sakit
✔ Mengampunkan dosa yang lalu
✔ Dan menjadikan kita hamba yang kembali kepada-Nya dalam keadaan husnul khatimah

Ya Allah, terimalah setiap infaq dan tajaan yang dilakukan kerana-Mu.
Jadikanlah ia cahaya di dalam kubur, pemberat timbangan amal dan asbab kami berteduh di bawah naungan-Mu pada hari tiada naungan melainkan naungan-Mu.
Kurniakan kepada para penyumbang keberkatan rezeki, ketenangan hidup dan kebahagiaan dunia serta akhirat.
آمين يا رب العالمين.

Ayuh… jangan lepaskan peluang Ramadhan ini.
Mungkin inilah Ramadhan terakhir kita dan jadikan Ramadhan ini sebagai Ramadhan terbaik bagi kita. 🤲🏻🌙

Alhamdulillah Ya Allah 🤍Terasa lapang dan tenang hati melihat anak-anak kariah bersama-sama mengimarahkan Majlis Solat S...
01/02/2026

Alhamdulillah Ya Allah 🤍

Terasa lapang dan tenang hati melihat anak-anak kariah bersama-sama mengimarahkan Majlis Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Tasbih dan Tazkirah Dhuha.

Setiap langkah yang dibawa ke masjid, setiap sujud dan zikir yang dilafazkan, semoga dicatat sebagai amal kebaikan dan sumber keberkatan dalam kehidupan kita.
Buat yang belum berkesempatan, insya-Allah pintu masjid sentiasa terbuka.
Datanglah bila ada ruang dan waktu, walau seketika, untuk menenangkan hati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ya Allah, terimalah amal kami, satukan hati kami dalam kebaikan,
kurniakanlah ketenangan, keampunan dan rezeki yang berpanjangan buat kami semua.
Jadikanlah masjid ini tempat yang sentiasa hidup dengan iman dan rahmat-Mu. 🤲

🌺Program Bengkel Surah Lazim Ohsem (SuLoH)🌺🌺Anjuran Geng Ngaji Global bekerjasama dengan MASJID NURUL HUDA KAMPUNG KENAN...
23/12/2025

🌺Program Bengkel Surah Lazim Ohsem (SuLoH)🌺

🌺Anjuran Geng Ngaji Global bekerjasama dengan MASJID NURUL HUDA KAMPUNG KENANGAN, Puchong 🌺

📮Hari : Khamis
⏰Masa : 9.30-11.30 Pagi
⏰Tarikh: 25/12/25
📮Tempat: MNH

📒Program ini adalah bengkel utk membaiki bacaan surah2 lazim, agar dapat memperbaiki bacaan dan mengamalkan bacaan yg sebenar. 📒

🥇Lain2:
1. *Bengkel PERCUMA*
2. *Ada Jualan Buku*
(Modul SuLOh RM35)

🌺🌺Kepada jemaah yang berminat, sedang belajar mengaji dan hendak mengenal pasti bacaan yang betul digalakkan hadir.🌷
Kita rasa bacaan dah betul sebab dah hafal ayat-ayat lazim ini.
🌺🌺Peserta akan dibimbing tentang makhraj dan sifat huruf🌺🌺

Pendaftaran sila hubungi Pn Anida : 01137600405

Address

Lorong Masjid
Puchong
47150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Nurul Huda Kampung Kenangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Nurul Huda Kampung Kenangan:

Share

Category