10/05/2026
Alhamdulillah, Mesyuarat Agong Tahunan Surau Darul Naim 2026 telah selesai berlangsung dengan lancar.
Pihak surau ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli kariah Kg Sri Andalas, Puchong yang telah hadir serta memberikan sokongan dan pandangan sepanjang mesyuarat berlangsung.
Semoga segala usaha dan kerjasama yang diberikan mendapat keberkatan serta ganjaran daripada Allah SWT. 🤲
“Bersama Mengimarahkan Surau, Memperkukuh Ukhwah”