Masjid Al Ehsan Bandar Kinrara

Masjid Al Ehsan Bandar Kinrara One stop Islamic religious center for surrounding community

07/09/2026

Ustaz Muhamad Fitry

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُAlhamdulillah, sekali lagi Masjid Al Ehsan Bandar Kinrara di pilih s...
07/09/2026

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, sekali lagi Masjid Al Ehsan Bandar Kinrara di pilih sebagai salah satu tempat untuk Kursus Asas Haji bagi bagi Tahun 1488H /2027M.

Hukum-hukum Hudud Dan Batasan, Fardhu Dan Kewajipannya Daripada Abu Tha'labah al-Khusyani RA, Nabi Muhammad SAW bersabda...
06/09/2026

Hukum-hukum Hudud Dan Batasan, Fardhu Dan Kewajipannya

Daripada Abu Tha'labah al-Khusyani RA, Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan beberapa kewajipan (fardhu), maka janganlah kamu mencuaikannya; dan Dia telah menetapkan batasan-batasan (hudud), maka janganlah kamu melampauinya."
(Hadis Riwayat al-Daraqutni, dinilai Hasan oleh Imam al-Nawawi)

Hudud bermaksud memisahkan di antara dua benda
Jangan tinggalkan atau tangguhkan hukum hudud
Jangan melampaui batas

Wajib melaksanakan perkara fardhu yang diperintahkan Allah
Semua perkara fardhu adalah wajib, semua kewajipan adalah fardhu - kecuali haji yang boleh digantikan dengan dam

Perkara fardhu terbahagi kepada dua
1. Fardhu Ain
Diwajibkan kepada semua mukallaf seperti solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan dan zakat

Nak solat kena tahu toharah, wajib belajar bab kebersihan dan wuduk
Belajar bab akidah, iman
Betulkan bacaan Al-Quran

2. Fardhu Kifayah
Sebahagian orang Islam yang melaksanakannya maka yang lain tak berdosa
Tetapi sekiranya tiada orang yang melakukannya, maka semua orang berdosa

Contoh solat jenazah, satu kampung kena ada seorang ustaz sebagai rujukan dan boleh mendamaikan

Sebaiknya doktor perempuan yang menyambut kelahiran bayi, kalau tak ada, doktor lelaki Islam, kalau tak ada baru doktor lelaki bukan Islam

Hudud adalah hukuman yang ditentukan Allah

Saidatina Aisyah RA berkata:
“Seorang wanita dari suku Makhzum pernah meminjam barang, namun dia tidak mengaku. Lalu Nabi Muhammad SAW memerintahkan untuk memotong tangannya. Keluarga wanita itu berjumpa Usamah bin Zaid untuk meminta keringanan kepada Nabi. Lalu Usamah memberitahu hal itu kepada Nabi Muhammad SAW. Mendengarnya, Nabi bersabda, “Wahai Usamah, aku tidak ingin melihatmu meminta keringanan berkenaan dengan hukum had yang telah ditetapkan oleh Allah SWT”. Setelah itu Nabi Muhammad SAW berdiri berkhutbah:
“Sesungguhnya kebinasaan orang-orang sebelum kamu dahulu adalah kerana membiarkan orang mulia (bangsawan) yang mencuri tanpa dijatuhkan hukuman. Sedangkan jika golongan lemah mencuri, maka ia dijatuhkan hukuman potong tangan. Demi (Allah) yang jiwaku ada di tangan-Nya, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri pasti aku potong tangannya!”
Lalu tangan wanita dari suku Makhzum itu pun dipotong”
[Hadis Riwayat Bukhari (6788), Muslim (1688) dan An-Nasa’i (8/72-73)]

Larangan mendekati perkara yang diharamkan, melakukan perkara yang haram
Sumpah palsu, makan harta anak yatim dan riba
Kena belajar perkara yang haram, agar tahu yang mana haram

Jangan haramkan perkara yang Allah dah halalkan

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar"
(Surah Al-Mā'idah Ayat 101)

06/09/2026

Ustaz Mohd Khairul Ni'mat

Solat Malam Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya:"Jika salah seorang dari kalian ingin melaksanakan solat malam, maka he...
05/09/2026

Solat Malam

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya:
"Jika salah seorang dari kalian ingin melaksanakan solat malam, maka hendaklah dia memulai solat malamnya dengan mengerjakan (solat) dua rakaat dengan agak cepat.”
(Hadis Riwayat Muslim, no. 768)

Solat paling afdal yang paling lama qiam
Nabi Muhammad SAW solat malam panjang sampai nak masuk Subuh

Bangun tidur baca doa:
"Tiada tuhan melainkan Allah SWT, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan untuk-Nya segala pujian, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Segala puji bagi Allah SWT, Maha Suci Allah SWT, tiada tuhan melainkan Allah SWT, Allah Maha Besar, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT,’) kemudian dia mengucapkan: ‘اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي’ (‘Ya Allah, ampunilah aku,’) – atau dia berdoa, nescaya akan dikabulkan untuknya. Dan sekiranya dia berwudhu’ dan menunaikan solat, maka solatnya akan diterima.”
[Hadis Riwayat Bukhari (1154)]

Siapa yang berdoa akan dimakbulkan Allah, siapa yang mohon keampunan maka Allah akan ampunkan

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal"
(Surah 'Āli `Imrān Ayat 190)

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani RA, beliau menceritakan pengamatan beliau terhadap solat malam Rasulullah SAW:
"Baginda Rasulullah SAW bangun dan mengerjakan “dua rakaat yang sangat panjang, sangat panjang, sangat panjang. Kemudian Baginda solat dua rakaat lagi, yang lebih pendek daripada dua rakaat sebelumnya. Kemudian Baginda solat dua rakaat lagi, yang lebih pendek daripada yang sebelumnya... Kemudian Baginda mengerjakan solat witir. Maka jumlah keseluruhannya adalah 13 rakaat.”

Daripada Abu Salamah RA, bahawa beliau bertanya Aisyah R.Anha: “Bagaimana Nabi SAW mendirikan solat (malam) pada bulan Ramadhan?” Maka Aisyah RA menjawab maksudnya:
“Baginda tidak pernah menunaikan solat melebihi 11 rakaat pada bulan Ramadhan dan selainnya. Baginda solat 4 rakaat dan jangan kamu tanya tentang kesempurnaan dan panjangnya. Kemudian Baginda solat 4 rakaat lagi dan jangan kamu tanya tentang kesempurnaan dan panjangnya. Kemudian Baginda solat 3 rakaat. Aku pernah bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah engkau akan tidur sebelum melakukan solat witir?” Baginda menjawab: “Wahai Aisyah, sesungguhnya hanya kedua mataku yang lelap, namun hatiku tidak pernah tidur.”
[Hadis Riwayat Bukhari (1147), (2013), (3569) dan Muslim (738)]

Nabi Muhammad SAW solat malam 11-13 rakaat

Daripada Abu `Abdullah Hudzaifah bin Al-Yaman RA (beliau dikenali sebagai pemegang rahsia Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam), beliau berkata:
“Suatu malam aku solat bersama Nabi Muhammad SAW. Sesudah membaca Al-Fatihah, Baginda membaca surah Al-Baqarah, di dalam hati saya berkata, “Mungkin Baginda akan rukuk setelah membaca seratus ayat”. Tetapi sesudah seratus ayat, Baginda tetap membacanya. Dalam hati saya berkata lagi, “Mungkin Baginda akan membaca satu surah Al-Baqarah dalam satu rakaat”. Tetapi setelah selesai membaca satu surah, beliau membaca lagi surah An-Nisa’ sampai selesai. Setelah itu beliau mulai lagi membaca surah Ali Imran sampai selesai. Baginda membacanya secara tartil. Jika bertemu dengan ayat yang mengandungi perintah memohon, maka Baginda memohon. Dan jika Baginda bertemu dengan ayat yang menyuruh untuk berlindung diri, maka Baginda berlindung diri, iaitu dengan membaca ta`awudz. Sesudah itu, Baginda rukuk dan membaca, “Subhana Rabbiyal `Azim” (Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung). Lamanya hampir sama dengan berdiri. Kemudian Baginda bangkit dari rukuk seraya mengucapkan, “Sami`Allahu liman hamidah, Rabbana lakal hamdu” (ALLAH mendengar orang yang memujiNYA. Wahai Tuhan kami, hanya bagiMU lah segala pujian), dan berdiri lama, hampir sama lamanya dengan rukuk. Kemudian beliau sujud dan membaca, “Subhana Rabbiyal A`la” (Maha Suci Tuhan Yang Maha Tinggi), lamanya hampir sama dengan berdiri.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Daripada Ibnu Mas’ud RA, ia berkata:
“Pada suatu malam, aku shalat bersama Nabi Muhammad SAW , kemudian beliau berdiri sangat lama sehingga aku berniat untuk melakukan suatu keburukan.”
Kemudian ditanyakan: “Apa yang ingin kamu lakukan?”
Maka dia (Ibnu Mas’ud) menjawab: “Aku ingin duduk dan meninggalkan baginda nabi (shalat sendirian).”
(Hadis Riwayat Bukhari, no. 1135 & Muslim, no. 773)]

05/09/2026

Ustaz Muhamad Fitry

05/09/2026

Ustaz Faisal

Sifat-sifat Neraka Dan Penghuni Neraka Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:“Kami pernah bersama Nabi SAW, tiba-tiba...
04/09/2026

Sifat-sifat Neraka Dan Penghuni Neraka

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:
“Kami pernah bersama Nabi SAW, tiba-tiba beliau mendengar seperti suara benda jatuh ke dasar
“Nabi SAW bertanya, ‘Tahukah kalian suara apa itu?’ Kami menjawab, ‘Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.’”
Baginda bersabda yang bermaksud: ‘Ini adalah batu yang dilemparkan ke neraka sejak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru sampai ke dasarnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Neraka sangat ngeri dan sangat seksa
Neraka diciptakan panas paling panas
Bila dengar tentang neraka harapnya bimbang dan takut dimasukkan Allah ke dalam neraka

Daripada Saidina Umar RA, Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Perbanyakkanlah mengingati neraka. Sungguh kepanasannya bersangatan, lantainya amat dalam dan cemeti-cemetinya adalah besi.”
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Kami pernah bersama Nabi Muhammad SAW tiba-tiba beliau mendengar seperti suara benda jatuh ke dasar. Nabi bertanya:
"Tahukah kalian suara apa itu?' Kami menjawab, 'Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.' Beliau bersabda, 'Ini adalah batu yang dilemparkan ke neraka sejak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru mencapai dasarnya'”
(Hadis Riwayat Muslim No. 2844)

Dua golongan yang masuk neraka, orang kafir dan orang beriman tapi buat maksiat

Dari Abu Sa’id al-Khudri RA bahwa Rasulullah SAW bersabda:
“Maksud ayat ‘Aku akan membebaninya dengan pendakian yang memayahkan’ adalah gunung dari api yang membebani orang yang mendakinya. Jika ia meletakkan kedua tangannya, nescaya akan meleleh. Dan jika ia mengangkatnya nescaya akan kembali. Jika ia meletakkan kakinya nescaya akan meleleh. Dan jika ia mengangkatnya nescaya akan kembali. Ia mendaki gunung itu selama tujuh puluh tahun, kemudian begitu juga ketika ia tergelincir.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Seksaan orang kafir, naik gunung 70 tahun, jatuh pun 70 tahun

"Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya"
(Surah Al-Muddaththir Ayat 17)

Saiz penghuni neraka sangat besar untuk memaksimumkan kesakitan dan penyeksaan

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya:
"Bahawasanya tebal kulit orang orang kafir di dalam neraka itu 40 hasta, kerana apabila besar tubuh seseorang itu, maka banyaklah tempat akan merasa sakit
Dan bahawasanya gigi geraham orang-orang kafir itu sebesar Bukit Uhud
Dan bahawasanya tempat duduknya p**a di dalam neraka Jahannam itu sebagaimana jarak Mekah dan Madinah"
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya:
“Jarak antara dua hujung bahu orang kafir di dalam neraka sejauh perjalanan 3 hari yang ditempuh penunggang kuda yang larinya cepat.”
(Hadis Riwayat Bukhari 6551 Muslim 2852)

Orang kafir kekal dalam neraka

Orang beriman tetap akan masuk syurga selepas diseksa dalam neraka
Pelihara iman daripada dicabut
Takut dengan dosa-dosa besar, jaga kefarduan agama

04/09/2026

Ustaz Mohd Mydin

04/09/2026

Da'i Hakim

Address

Bandar Kinrara
Puchong
47180

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:30 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 11:00

Telephone

+60380820805

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al Ehsan Bandar Kinrara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al Ehsan Bandar Kinrara:

Shortcuts

Share

Category