Musalla Raudatul Ilmi SK Taman Putra Perdana

Musalla Raudatul Ilmi SK Taman Putra Perdana Raudatul Ilmi Wadah Ilmu dan Budi

03/12/2024
24/06/2023

Gimik Perasmian Musalla Raudatul Ilmi iaitu aktiviti menanam pokok Mangga yang disempurnakan oleh Tn. Hj. Shopuan Anuar bin Ahmad. Semoga subur pokok Mangga ini dan mengeluarkan buah yang manis untuk dirasai oleh seluruh warga SK Taman Putra Perdana suatu masa nanti.

Alhamdulillah. Pada hari ini telah dilaksanakan Majlis Perasmian Musalla Raudatul Ilmi oleh Tn. Hj. Shopuan Anuar bin Ah...
24/06/2023

Alhamdulillah. Pada hari ini telah dilaksanakan Majlis Perasmian Musalla Raudatul Ilmi oleh Tn. Hj. Shopuan Anuar bin Ahmad (Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam JPN Selangor).

Sedang berlangsung sambungan Pertandingan Da’i Cilik Tahun 4.
11/04/2023

Sedang berlangsung sambungan Pertandingan Da’i Cilik Tahun 4.

10/04/2023

Antara persembahan peserta Pertandingan Da’i Cilik

Sedang berlangsung Pertandingan Da’i Cilik sempena Program Bulan Dakwah dan Ihya Ramadan 2023 di Dewan Perdana. Diucapka...
10/04/2023

Sedang berlangsung Pertandingan Da’i Cilik sempena Program Bulan Dakwah dan Ihya Ramadan 2023 di Dewan Perdana. Diucapkan semoga berjaya mempersembahkan persembahan terbaik untuk semua peserta.

07/04/2023

Sedikit sedutan lagu bertajuk Damai Yang Hilang oleh Ustaz Idzhar bin Jumali penyanyi Nasyid kumpulan NowSeeHeart semasa menyampaikan ceramah sempena Program Nuzul Quran.

07/04/2023

Sedang berlangsung Program Ceramah Nuzul Quran Peringkat SK Taman Putra Perdana

Oleh : Ustaz Idzhar bin Jumali
Penyanyi Nasyid Kumpulan NowSeeHeart

Assalamualaikum Sempena Program Bulan Dakwah dan Ihya Ramadan SKTPP 2023, Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Perta...
04/04/2023

Assalamualaikum

Sempena Program Bulan Dakwah dan Ihya Ramadan SKTPP 2023, Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Pertandingan Da’i Cilik seperti ketetapan berikut :

Hari/ Tarikh : Isnin/10 April 2023
Tempat : Musalla Raudatul Ilmi SKTPP
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Oleh itu, pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 yang berminat menyertai pertandingan ini supaya mendaftarkan penyertaan mengikut seperti ketetapan yang disediakan di poster pertandingan.

Rujuk poster pertandingan untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

Wednesday, February 15, 2023Tahniah Musalla Raudatul IlmiTahniah buat Musalla Raudatul Ilmi SKTPP yang telah dianugerahk...
22/02/2023

Wednesday, February 15, 2023

Tahniah Musalla Raudatul Ilmi
Tahniah buat Musalla Raudatul Ilmi SKTPP yang telah dianugerahkan Tempat Ke-4 dalam Penarafan Surau Imarah Sekolah-Sekolah (PERSISS) Peringkat Negeri Selangor 2022 kategori musalla yang diadakan pada bulan Julai 2022 yang lepas. Setinggi-tinggi tahniah buat pentadbir dan guru-guru khususnya guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab atas usaha keras serta pengorbanan yang dicurahkan.

Kenangan manis mengurus dan membuat persiapan untuk penarafan tersebut takkan dilupa. Syukur alhamdulillah atas pencapaian memberangsangkan selaku orang baru yang baru masuk gelanggang. Insyaa Allah bertambah mudah jika kita diminta berdayung dan mengayuh lagi. Semoga musalla kita akan lebih cemerlang dengan pelbagai program, inovasi dan keceriaan yang bermaklumat pada masa depan.

http://sktmnputraperdana.blogspot.com/2023/02/tahniah-musalla-raudatul-ilmi.html?m=1

Majlis Tautan Kasih Kilauan BudiUstaz Ahmad Zunaidi bin Jinalabin Puan Siti Raudah binti Hamid (GPK Petang)Kedua-dua gur...
25/11/2022

Majlis Tautan Kasih Kilauan Budi

Ustaz Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
Puan Siti Raudah binti Hamid (GPK Petang)

Kedua-dua guru telah menerima kenaikan pangkat di sekolah baharu. Pihak Musalla Raudatul Ilmi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas segala bakti mereka dan Selamat Maju Jaya dengan portfolio baru di sekolah masing-masing. Semoga segala jasa yang ditabur Allah balas dengan pahala berterusan.

Penyampaian semula trofi dan sijil pemenang Pertandingan Adab dan Nilai Adni Sekolah - Sekolah Rendah Daerah Sepang 2022...
07/11/2022

Penyampaian semula trofi dan sijil pemenang Pertandingan Adab dan Nilai Adni Sekolah - Sekolah Rendah Daerah Sepang 2022 (ILSS, MQSS dan FKISS). Lebih membanggakan lagi SK Taman Putra Perdana telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Ihtifal Lughawi Sekolah - Sekolah Rendah Daerah Sepang Tahun 2022. Alhamdulillah. Semoga lebih cemerlang lagi untuk tahun-tahun akan datang.

Address

Puchong

Telephone

+60383119204

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Musalla Raudatul Ilmi SK Taman Putra Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share