Masjid Jamek Kampung Permatang Duku

Masjid Jamek Kampung Permatang Duku “Halaman rasmi Masjid Jamek Kg Permatang Duku. Menyediakan info aktiviti masjid, pengumuman kuliah, program komuniti serta siaran langsung ceramah & kuliah.”

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana Program Ibadah Qurban yang telah dilaks...
28/05/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana Program Ibadah Qurban yang telah dilaksanakan pagi tadi berjalan dengan lancar dan sempurna.
Sebanyak 5 ekor lembu telah berjaya dilaksanakan Ibadah Qurban dengan penyertaan seramai 35 orang peserta. Semoga setiap pengorbanan, amal dan sumbangan yang diberikan diterima Allah SWT serta dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda.
Hasil daripada program ini juga, sebanyak 175kg daging qurban telah berjaya diagihkan kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan. Semoga agihan ini membawa kegembiraan dan manfaat kepada para penerima.
Pihak penganjur turut merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peserta, penyumbang, petugas, sukarelawan serta ahli kariah yang bersama-sama bergotong-royong menjayakan program ini dari awal hingga selesai.
Semoga semangat kebersamaan, ukhuwah dan pengorbanan ini terus subur dalam masyarakat kita. InsyaAllah, ada rezeki kita berjumpa lagi ditahun hadapan.



Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Daurah Fiqh Qurban pada 23 Mei 2026 yang lalu.Terima kasih kepad...
28/05/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Daurah Fiqh Qurban pada 23 Mei 2026 yang lalu.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir untuk sama-sama menimba ilmu dan menghayati kefahaman berkaitan ibadah qurban agar pelaksanaannya lebih tepat, sah dan menepati syariat.

Semoga perkongsian ilmu yang disampaikan memberi manfaat kepada semua serta menjadi asbab untuk kita melaksanakan ibadah qurban dengan penuh keikhlasan dan memperoleh pahala ibadah, bukan sekadar melaksanakan adat atau kebiasaan.

Jazakumullahu khairan kepada penceramah, para urusetia dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.” (Surah Al-Kauthar : 2)



Tahniah kepada AJK Masjid Jamek Kampung Permatang Duku di atas penganjuran julung kali dan Alhamdulillah tamat dengan Ja...
24/05/2026

Tahniah kepada AJK Masjid Jamek Kampung Permatang Duku di atas penganjuran julung kali dan Alhamdulillah tamat dengan Jayanya..

Pontian: Korban itu ibadah, bukan sekadar sembelihan dan fahami ibadah sebelum Aidiladha.

📢 JEMPUTAN TERBUKA UNTUK SEMUA | DAURAH FIQH QURBAN & PENGURUSANAssalamualaikum wbt.Menjelang Aidiladha, mari luangkan m...
21/05/2026

📢 JEMPUTAN TERBUKA UNTUK SEMUA | DAURAH FIQH QURBAN & PENGURUSAN

Assalamualaikum wbt.

Menjelang Aidiladha, mari luangkan masa hadir menimba ilmu agar ibadah Qurban kita dilakukan dengan betul, sah dan sempurna — bukan sekadar ikut kebiasaan.

Masjid Jamik Kampung Permatang Duku menjemput semua untuk hadir ke program:

Daurah Fiqh Qurban & Pengurusan
Bersama Ustaz Mohd Nazar bin Misran
📅 Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tempat: Masjid Jamik Kampung Permatang Duku

☕ Minum pagi disediakan
✅ Penyertaan adalah PERCUMA

Antara pengisian yang akan dikupas:
• Hukum-hakam ibadah qurban secara tepat
• Panduan pengurusan qurban mengikut syarak
• Tatacara penyembelihan dan agihan yang sempurna
• Isu-isu semasa berkaitan ibadah qurban.

✨ Bila ada ilmu dan pengurusan qurban dibuat dengan betul, Insya-Allah setiap bahagian dan agihan menepati syarak — yang diperoleh adalah pahala ibadah qurban, bukan sekadar pahala sedekah daging semata-mata.

Sesuai dihadiri oleh:
• AJK masjid
• Peserta qurban
• Muslimin & muslimat
• Anak-anak yang ingin belajar asas ibadah qurban

“Qurban itu ibadah, bukan sekadar sembelihan.”

Mari fahami ilmunya dahulu, supaya ibadah yang dilakukan benar-benar menepati tuntutan agama.

📌 Mohon sebarkan kepada keluarga, jiran dan sahabat.

Semua dijemput hadir — ilmu dulu, korban kemudian.




HEBAHAN KULIAH MAGHRIB – MEI 2026Assalamualaikum WBT.Muslimin & muslimat yang dirahmati Allah, Masjid Jamek Kampung Perm...
08/05/2026

HEBAHAN KULIAH MAGHRIB – MEI 2026

Assalamualaikum WBT.

Muslimin & muslimat yang dirahmati Allah, Masjid Jamek Kampung Permatang Duku menjemput seluruh ahli kariah untuk sama-sama menghadiri Kuliah Maghrib Bulan Mei 2026 yang akan diadakan pada setiap hari Isnin selepas solat Maghrib.

Tempat: Masjid Jamek Kg Permatang Duku, Benut
Masa: Selepas Solat Maghrib

Jadual Kuliah:

- 4 Mei 2026 -
👳🏻‍♂️ Ustaz Khairul Naim bin Nasarullah
🕌 Pengajian Hadis

- 11 Mei 2026 -
👳🏻‍♂️ Ustaz Mohd Nazar bin Misran
🕌 Fiqh Solat

- 18 Mei 2026 -
👳🏻‍♂️ Ustaz Mohd Khairul Amin bin Haji Zakaria
🕌 Kitab Penawar Bagi Hati

- 25 Mei 2026 -
👳🏻‍♂️ Ustaz Rasul bin Esa
🕌 Kuliah Umum

Marilah kita bersama-sama melapangkan masa menghadiri majlis ilmu. Sabda Rasulullah SAW, sesiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga.

“Dari masjid, lahirnya masyarakat berilmu dan berakhlak.”

Jemput hadir & sebarkan. Semoga mendapat manfaat dan keberkatan bersama. 🤝



Address

Lot 5038, Kampung Permatang Duku
Pontian
82200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Kampung Permatang Duku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share