Page Rasmi Surau Zulkarnain, Kg Sg Naga Api-Api, Pontian diwujudkan adalah untuk memberi informasi /maklumat berkaitan aktiviti kepada kariah & memberi peluang orangramai berinfaq ke tabung surau bagi menjayakan program pengimarahan serta penyelenggaraan. Sungai Naga;
Zulkarnain diambil sempena nama “ISKANDAR ZULKARNAIN” Pahlawan Islam yang Agung sebagaimana termaktub di dalam surah Al-Kahfi. Mas
a berlalu begitu pantas , perubahan demi perubahan daripada mula-mula bangunan papan (atas) yang didirikan secara bergotong royong oleh penduduk tempatan. Kini Surau Zulkarnain, Kampung Sungai Naga, Api-Api telah digantikan dengan bangunan batu (kekal) yang mana sumber kewangan adalah sumbangan daripada kariah surau bernilai lebih kurang RM 150,000.00. Bangunan Baru tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj. Dasuki , Pengerusi J/K JKR Perumahan Kerajaan Johor pada 22 Januari 2005. Berkat permuafakatan penduduk , Surau ini juga telah ditambah dengan bangunan-bangunan lain seperti Balai Islam dan Balai Masak. Banyak aktiviti yang dilaksanakan di Surau ini sekarang.