Surau Al-Muttaqin Kg Bugis Batu 6

Surau Al-Muttaqin Kg Bugis Batu 6 Dakwah | Tarbiyah | Siasah | Hal Ehwal Semasa

02/06/2026
SALAM AIDILADHA 2026M/1447HPada hari ini, kita memperingati amalan yang diajar oleh Ibrahim AS dengan perintah Allah dan...
26/05/2026

SALAM AIDILADHA 2026M/1447H

Pada hari ini, kita memperingati amalan yang diajar oleh Ibrahim AS dengan perintah Allah dan petunjukNya. Ibadat haji bersifat jasad, roh dan harta kepada mereka yang mampu. Begitu juga kita melakukan ibadat korban menyembelih binatang ternakan dengan bekerjasama mengurusnya dan membahagikan dagingnya kepada orang ramai bagi memperingati pengorbanan Ibrahim dan keluarga AS menunaikan perintah Allah dengan ikhlas.

Hal ini mewajibkan kepada semua amalan kita bersama Islam, agama yang diredai Allah dan mempertahankannya serta memuliakannya mengatasi dan mengalahkan segala ajaran yang lain, demi menyahut seruan Allah SWT dan percaya kepada janjiNya di dunia dan akhirat.

“Bersama Mengimarahkan Surau Kita”

PEMAKLUMAN BERKENAAN WAKTU SOLAT SUNAT AIDILADHA BAGI SELURUH MASJID DAN SURAU NEGERI JOHORTuan-tuan diminta untuk hadir...
26/05/2026

PEMAKLUMAN BERKENAAN WAKTU SOLAT SUNAT AIDILADHA BAGI SELURUH MASJID DAN SURAU NEGERI JOHOR

Tuan-tuan diminta untuk hadir sebelum Solat Sunat Aidiladha dilaksanakan bagi mendapat fadilat solat berjemaah.

Terima kasih.

KULIAH MAGHRIB BULANAN 2026 (MEI)          السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُKuliah Maghrib bulanan ...
04/05/2026

KULIAH MAGHRIB BULANAN 2026 (MEI)

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kuliah Maghrib bulanan akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 9 Mei 2026
Hari : Sabtu malam Ahad
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Kg Bugis Batu 6
Penceramah : Ust Omar bin Maidin (Penceramah bebas)

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bersama dalam kuliah nanti.

Telah berkata Imam al-Syafi’e RA: “Menuntut ilmu itu lebih baik daripada melakukan ibadah sunat”.

“Bersama Mengimarahkan Surau Kita”

Terima kasih.

10/04/2026

Saksikan Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447 / 2026 keindahan alunan ayat suci yang menyentuh jiwa dengan membawa bacaan penuh ketelitian, disiplin dan penghayatan yang mendalam.

Bersama Pengacara Grandstand:
🎙️ Ustaz Rahimi P. Ramle
🎙️ Da’i Azrin bin Md Isa

Terengganu menjadi tuan rumah, menghimpunkan suara-suara Al-Quran dari seluruh Malaysia dalam satu pentas yang sarat makna dan nilai.

🗓️ 13 hingga 18 April 2026 (Isnin – Sabtu)
📌 Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu

Hadir bersama dan rasai sendiri suasana yang membawa kita lebih dekat dengan Al-Quran.

Tidak berkesempatan hadir? Ikuti siaran secara langsung di RTM TV1 dan saluran rasmi media sosial JAKIM bermula jam 8.45 malam.





LENSA KAMERAKuliah Maghrib & Marhaban Perdana Syawal 2026
05/04/2026

LENSA KAMERA

Kuliah Maghrib & Marhaban Perdana Syawal 2026

26/03/2026
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATINMarilah kita menyambut Hari Raya dengan hati yang bersih dan jiwa yang penuh rasa s...
20/03/2026

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Marilah kita menyambut Hari Raya dengan hati yang bersih dan jiwa yang penuh rasa syukur.
Di tengah kemeriahan sambutan hari raya ini, jangan kita lupa untuk merenung dan mensyukuri segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Janganlah kita lupa untuk bermaaf-maafan, bersihkan hati dari segala dendam dan kebencian. Semoga raya ini menjadi lebih bermakna. InshaAllah.

Akhir kata, dalam setiap doa yang kita panjatkan, semoga harapan untuk terus bersama dalam kebahagiaan menjadi nyata.

Ingatan Tulus Ikhlas daripada Jawatankuasa Kariah Surau Al-Muttaqin Kampung Bugis Batu 6.

“Bersama Mengimarahkan Surau Kita”

Address

Kampung Bugis Batu 6 Penerok
Pontian
82300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Muttaqin Kg Bugis Batu 6 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Al-Muttaqin Kg Bugis Batu 6:

Share