03/01/2026
1 Januari 2026 (Khamis) - telah berlangsung Majlis Berkhatan Anak-Anak Kariah Masjid Kampung Kuala Lanjut bertempat di Masjid Al-Mubaarak.
Majlis ini merupakan salah satu tuntutan wajib bagi lelaki beragama Islam sebagai usaha mengutamakan kebersihan, kesucian diri serta kesempurnaan ibadah.
Semoga segala urusan dipermudahkan dan diterima segala amal kebajikan oleh Allah SWT, di samping menjadi permulaan yang baik dalam membentuk jati diri anak-anak kariah sebagai Muslim yang soleh