Perubatan Islam Syifa Nurani

Perubatan Islam Syifa Nurani Merawat penyakit berkaitan gangguan Jin seperti Saka, Sihir, Santau dan sebagainnya. Pulih & Pagar R Menggunakan kaedah Ruqyah Syariyyah sebagai rawatan.

Ruqyah Syar'iyah adalah jampi-jampi atau mantera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya. Dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadiths-hadiths Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan

22/08/2025
Assalamualaikum....kepada sesiapa yg memerlukan khidmat rawatan islam ruqyah syariyyah boleh hubungi number ini utk temu...
18/03/2025

Assalamualaikum....kepada sesiapa yg memerlukan khidmat rawatan islam ruqyah syariyyah boleh hubungi number ini utk temujanji 01121057874...terima kasih

Assalamualaikum pada semua...perhiasan Khat Arab utk dijual...pada sesiapa yg berminat memilikinya boleh hubungi/what ap...
11/11/2018

Assalamualaikum pada semua...perhiasan Khat Arab utk dijual...pada sesiapa yg berminat memilikinya boleh hubungi/what app 0133661431

Hakikat ujian Allah didunia...semoga kita berjaya melaluinya dengan cemerlang..
10/11/2018

Hakikat ujian Allah didunia...semoga kita berjaya melaluinya dengan cemerlang..

Membaca kenyataan sebegini dari seorang yang mengaku beragama Islam sungguh menyedihkan.
Betapa rapuhnya akidah umat sekarang.
Betapa jauhnya umat Islam hari ini dengan al-Quran.

1. “Di manakah Tuhan?”, “Sibuk sangatkah Tuhan sehingga mengabaikan manusia yang mendambakan atau orang-orang di Afrika yang kebuluran?”.

Semua persoalan ini telah dijawab Tuhan di dalam al-Quran andai kita bertadabbur dengan kalam al-Rahman.

Mereka yang sering ragu dengan Tuhan biasanya kurang beriman dengan Hari Kebangkitan.

Andai kita semua sedar kehidupan dunia ini hanyalah ujian.

Firman Allah:
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌
“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) demi menguji (dan menzahirkan keadaan kamu): Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya” [al-Mulk: 2].

2. Sebagaimana di universiti kita diuji dengan pelbagai subjek, setiap fakulti berbeza jenis ujiannya mengikut bidang, begitu juga di dunia setiap manusia diuji dengan pelbagai bentuk.

Firman Allah:
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa, serta hasil tanaman…” [al-Baqarah: 155].

3. Sebagaimana pelajar yang bersabar demi menggapai sebuah kejayaan akan diganjari hadiah, demikianlah manusia yang bersabar mengharungi proses ujian panjang di dunia ini dijanjikan anugerah besar oleh Tuhan di syurga kelak.

وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ * ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ * أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang dapat diberikan petunjuk” [al-Baqarah: 155-157].

4. Ramai manusia hanya merasakan ujian itu hanyalah dalam bentuk kekurangan harta, sedangkan ujian dikurniakan banyak harta itu lebih dahsyat. Setiap sen yang diperolehi dan dibelanjakan akan disoal sebagaimana yang disabdakan Nabi SAW dalam riwayat al-Tirmidzi.
Bukan mudah untuk melepasi saringan itu!

Justeru Nabi SAW pernah menceritakan:
اطلعت في الجنة فرأيت أكثر أهلها الفقراء

“Aku pernah diperlihatkan syurga, lalu aku mendapati ramai penghuninya dari kalangan para fuqara’” [riwayat al-Bukhari & Muslim].

Apa lagi kebahagiaan dari mendapat syurga Allah yang kekal abadi dengan sedikit sabar dan iman atas kekurangan harta di dunia yang sementara??

5. Jangan hanya melihat mereka yang kebuluran itu diuji Tuhan, sedangkan ujian bagi kita ialah sejauh mana kita menghulurkan??

Ya, “fakulti” mereka diuji dengan kelaparan, manakala “fakulti” kita p**a diuji dengan keduniaan yang sering membuatkan kita lupa dan bongkak dengan Tuhan!

Kita abaikan mereka yang memerlukan walaupun telah dituntut oleh Tuhan!

Kita tamak sehingga tidak mahu berkongsi kesenangan dan kekayaan dengan insan!

Lalu Tuhan juga yang dipersalahkan!

6. Sedarkah kita kerosakan yang berlaku di Afrika, bahkan di seluruh dunia sekalipun merupakan hasil kerakusan kita sendiri??
Jangan laut yang tercemar juga salah Tuhan! Hutan yang botak juga salah Tuhan!

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia sendiri; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka sendiri telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” [al-Rum: 41].

7. Tidak semua manusia yang mampu melepasi ujian sementara dunia ini.
Sama seperti ujian di sekolah atau universiti.
Mereka yang meragui ujian Tuhan ini kerana khuatir terkandas umpama mereka yang mempersoal gurunya di sekolah: “Kenapa cikgu nak buat jugak periksa sedangkan dia akan gagalkan sebahagian pelajar??”.

Ya, supaya dapat dipilih pelajar yang terbaik untuk memasuki institusi berprestij menyambung pengajiannya.
Begitu juga dengan kita, supaya yang terbaik dari kalangan kita dapat menyambung kehidupan di tempat terbaik selepas tamat ujian (mati) kelak, iaitu SYURGA!

Jika semua boleh berjaya, di mana erti UJIAN??

-Dr. Kamilin Jamilin-

Doa sunnah utk sakit
29/12/2017

Doa sunnah utk sakit

Untuk renungan bersama...satu penilaian semula..jom kita muhasabah diri...mari tinggalkan perkara2 yang membahayakan kes...
29/12/2017

Untuk renungan bersama...satu penilaian semula..jom kita muhasabah diri...mari tinggalkan perkara2 yang membahayakan kesihatan diri...ianya sunnah Nabi SAW...Rasulullah saw melarang kita memudaratkan diri dan memudaratkan orang lain...

TINDAKAN Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengisytiharkan Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibu negara Israel telah menyebabkan ramai yang menyeru agar seluruh umat Islam di Malaysia memboikot barangan Amerika Syarikat dan Israel.

Assalamualaikum......bagi sesiapa yang sedang ditimpa ujian Allah samada sakit, kesempitan rezeki, kesusahan hidup, masa...
29/12/2017

Assalamualaikum......bagi sesiapa yang sedang ditimpa ujian Allah samada sakit, kesempitan rezeki, kesusahan hidup, masalah yang berat dan sebagainya....amalkan membaca doa ini dengan penuh perasaan dan pengharapan serta tawakkal pada Allah...baca sebanyak2nya pada waktu2 makbul doa..insha Allah, Allah akan bukakan jalan keluar dan selesaikan semua masalah kita,,,pahala pun dapat,,

DOA SUNNAH KETIKA DITIMPA KESULITAN HIDUP

Dari Ibn ‘Abbas RA berkata: Rasulullah SAW berdoa ketika dilanda kesulitan:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
“Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Agung lagi Maha Lembut. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Arasy Yang Agung. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan langit, Tuhan bumi, dan Tuhan Arasy Yang Mulia” [riwayat al-Bukhariy & Muslim].

21/07/2017

Assalamualaikum kepada semua....Jika sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan rawatan dan temujanji sila hubungi 0133661431 melalui call atau what app...Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui what app...kami beroperasi setiap hari berdasarkan temujanji..sekian terima kasih

21/07/2017

Jangan tertipu dengan makanan sunnah...terlalu banyak sekarang orang yang menggunakan agama utk lariskan jualan produk mereka...sila rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu...sebelum menggunakan apa2 produk di pasaran...

kurangkan makan daging yang telah diproses...
21/07/2017

kurangkan makan daging yang telah diproses...

22 pakar daripada 10 negara telah menganalisisa lebih daripada 800 kajian untuk sampai kepada satu kesimp**an. Mereka mendapati pengambilan 50gram

21/07/2017

Mari kita rebut peluang waktu makbul doa untuk memohon keampunan dan semua hajat samada hajat yang berkaitan dunia atau akhirat...Pasti akan di makbulkan insha allah

Address

Petaling Jaya
52200

Telephone

0133661431

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perubatan Islam Syifa Nurani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share