21/02/2024
Hari ini kami berbesar hati menerima kunjungan ziarah daripada Al-Fadhil Ustaz Zulkiflee Bachik dari Attartil QI , Singapura.
Persahabatan antara Ustaz Abdullah Endut dan Ustaz Zulkiflee Bachik telah terjalin sejak sekian lama bermula 10-15 tahun yang lepas.
Ustaz Abdullah sempat menyampaikan amanah kepada Ustaz Zulkiflee untuk terus berjuang menyebarkan ilmu Al-Quran, meninggalkan pelbagai nasihat, dorongan dan kata-kata motivasi untuk Ustaz Zulkiflee terus berjuang di medan dakwah.
Jazakumullah khairan Ustaz Zulkiflee atas ziarah dan cenderahati untuk Ustaz Abdullah.
Mohon doa dari antum untuk kesihatan ayahanda Ustaz Abdullah Endut yang kini sedang menghidapi penyakit kanser hati. Amin…