03/09/2026
MEMPERKUKUH KESATUAN, UKHUWAH DAN KEKUATAN JEMAAH
Perwakilan Sarawak, Nurhafiza Binti Wahid menyeru seluruh anggota jemaah agar terus memperkukuh kesatuan, ukhuwah dan kekuatan gerak kerja demi memastikan perjuangan Islam terus diperkasakan.
Beliau berkata, kekuatan jemaah bukan sekadar bergantung kepada jumlah anggota, tetapi lahir daripada kesatuan hati, fikrah dan amal yang berpaksikan agama Allah SWT.
Mengambil pengajaran daripada firman Allah SWT dalam Surah Ali โImran ayat 103, โDan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai,โ beliau menegaskan bahawa perbezaan tidak seharusnya menjadi punca perpecahan dalam jemaah.
Menurutnya, adab berjemaah perlu sentiasa dipelihara dengan saling meminta maaf apabila ada yang terasa, menegur dan menjaga anggota yang tersasar, memberikan sokongan kepada mereka yang bersemangat serta berlapang dada apabila berlaku perbezaan pandangan.
โBersatu kerana Allah, kuat kerana ukhuwah, menang bersama jemaah. Kejayaan seorang Muslimat adalah kejayaan jemaah,โ katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan Wehdatul Fikr dan Wehdatul Amal, iaitu kesatuan fikrah yang diterjemahkan melalui gerak kerja yang tersusun, berdisiplin dan bersungguh-sungguh.
Dalam memperkukuh peranan Muslimat, beliau menggariskan beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian termasuk memperkasakan dakwah, mengutamakan kebajikan, memperkukuh pendidikan dan tarbiah serta menyusun penerangan dengan lebih berkesan.
Katanya, hubungan dengan masyarakat juga perlu dibina secara berterusan dan tidak hanya digerakkan ketika musim pilihan raya.
โMuslimat PAS perlu dikenali sebagai golongan yang sentiasa membawa manfaat, hadir mendengar masalah rakyat dan bersama masyarakat dalam setiap keadaan,โ ujarnya.
Beliau turut mengingatkan seluruh jemaah dengan seruan, โJangan tunggu digertak baru hendak bergerak.โ
โHari ini kita bergerak. Hari ini kita turun. Hari ini kita bina hubungan dengan masyarakat.โ
Mengakhiri ucapan, beliau menyeru agar setiap perwakilan p**ang bukan sekadar membawa fail dan resolusi, tetapi membawa tekad untuk memperkukuh kesatuan, mempererat ukhuwah, memperkemas gerak kerja dan terus istiqamah dalam perjuangan.