19/04/2026
Alhamdulillah.
Selesai Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026
Terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis ini. Kehadiran Tn/Pn amat memeriahkan suasana majlis pada tengahari ini.
Terima kasih jua kepada para penyumbang yang berbesar hati memberi sumbangan makanan yang pelbagai. Sumbangan ‘potluck’ Tn/Pn amat dihargai.
Akhir, ribuan terima kasih kepada barisan petugas yang bertungkus lumus menggembleng tenaga menyediakan tempat, mengurus juadah makanan dan memeriahkan lagi suasana majlis ini.
Semoga ikatan persaudaraan dan perpaduan semakin utuh dan dikira sebahagian daripada ibadah.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ
Daripada Abdullah bin Amru RA, ada seseorang yang bertanya kepada Nabi SAW; "Islam manakah yang paling baik?" Nabi SAW menjawab: "Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”. (Sahih Bukhari